Friday, 9 March 2012

PENIAGA TEMPATAN SAMAN HARRIS

SEORANG peniaga tempatan mengemukakan saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap Mantan Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh terhadap penyerahan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan pada 1984.

James Albanus @ Richard, 59, yang berasal dari Kampung Biau, Papar, mengemukakan saman itu di bahagian pendaftar Mahkamah tinggi melalui peguamnya Marcel Jude Joseph dengan menamakan Harris sebagai defendan tunggal.

Beliau memohon daripada mahkamah bahawa defendan bagi pihaknya bertindak secara salah dengan menyerahkan Labuan.

Plaintif, yang sedang menjalankan kajian sosial dan isu politik di Sabah dan Malaysia, juga menuntut ganti rugi, injunksi, kos dan faedah.

Dalam kenyataan tuntutannya, James menegaskan ketika membuat penyelidikan tentang penubuhan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1984, dia mendapati penyerahan Labuan kepada Kerajaan Persekutuan adalah bertentangan dengan undang-undang berikutan wawancaranya dengan Tan Sri Simon Sipaun, yang ketika itu menjadi Pemangku Setiausaha Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Beliau berkata dalam wawancara itu, dia mendapati defendan tidak mendapatkan pandangan, perasaan dan perhatian penduduk Sabah termasuk beliau (plaintif).

James mendakwa defendan juga tidak ada mengadakan pungutan suara untuk menentukan sama ada penduduk Labuan dan warganegaranya sama ada di tanah besar Sabah dan Labuan bersetuju atau sebaliknya.

James juga berkata beliau berpandukan kepada hasil penyelidikan dan wawancara dengan Sipaun dan buat masa ini beliau juga bergantung terhadap Seksyen 2, ‘Labuan Order in Council 1946.’ (SABAHTIMES)

14 comments:

  1. Can someone explain to me how suing Harris can bring back Labuan to Sabah? I'm not really sure how it works.

    ReplyDelete
  2. Anyway, we shall see how the case goes. It might be interesting to see the rakyat suing an ex-CM. Who knows what will happen next.

    ReplyDelete
    Replies
    1. End April 2014 this case will be on in kk court....so hoping all Sabahan people pray for him.

      Delete
  3. adakah dgn saman tersebut Labuan akan kembali kepada Sabah?

    ReplyDelete
  4. tidak dinafikan satu kerugian kepada Sabah apabila Labuan keluar dari Sabah. tapi bagaimanapun, amat sukar untuk mendapat labuan semula, apa yang perlu adalah Sabah perlu lebih maju ke depan. tanpa Labuan Sabah masih boleh menbangun dgn pesat.

    ReplyDelete
  5. Tunggu saja keputusan mahkamah mengenai hal tu.

    ReplyDelete
  6. Itu terpulang dengan Penduduk Labuan sendiri mahu dikedudukan mana dalam Malaysia.

    ReplyDelete
  7. kalau memang mahu saman, kenapa baru sekarang? perkara ini sudah lama berlaku. agak mustahil juga Labuan akan dikembalikan dengan status asalnya.

    ReplyDelete
  8. Harris sudah banyak melakukan kesilapan terhadap rakyat Sabah! Sikap tamak beliau merosakkan segala-galanya.

    ReplyDelete
  9. Plaintif, yang sedang menjalankan kajian sosial dan isu politik di Sabah dan Malaysia, juga menuntut ganti rugi, injunksi, kos dan faedah.

    Untuk apa? Siapa yang akan menfaatkan faedah ini jika Haris dipihak yang kala>

    ReplyDelete
  10. kalau saman ini tidak berhasil membawa Labuan kembali kepada Sabah, tunggu sajalah ketika pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.. minta mereka kembalikan Labuan.. itupun kalau mereka sanggup la..

    ReplyDelete
  11. agaknya kenapa pula ahli perniagaan ini yang sibuk memfailkan saman terhadap Harris?? adakah beliau mempunyai apa2 kepentingan jika Labuan dikembalikan kepada Sabah??

    ReplyDelete
  12. Doakan agar semua berjalan lancar. Apa2 yang terjadi kita serah saja pada yang lebih berkuasa. Tuhan itu lihat dan membantu jika kita membuat sesuatu yang baik untuk semua orang tanpa ada apa2 kepentingan. Jadi teruskan berdoa agar sesuatu keajaiban akan terjadi untuk negeri Sabah dan Labuan khususnya.

    ReplyDelete