Saudara Pengarang,
SAYA ingin menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) agar memantau kegiatan peniaga runcit tong gas memasak yang mengenakan caj sesuka hati ala Ah Long tanpa sebarang kawalan sehingga membebankan pengguna.
Baru-baru ini saya telah pergi ke bandar Keningau untuk menukar tong gas dan biasanya harga satu tong gas adalah RM 28.60 termasuk 'handling charge', tetapi pada hari tersebut saya dikenakan caj tambahan RM2.00 (seperti resit yang saya sertakan).
Apabila saya bertanya mereka, kenapa saya dikenakan caj tambahan, dengan selamba memberi alasan saya parking jauh sedikit iaitu kira-kira 10 meter dari kedai mereka.
Memandangkan alasan yang diberikan tidak munasabah dan saya yakin bukan saya seorang yang menjadi mangsa lintah darat ini, maka saya menggesa agar KPDNKK menjalankan pemeriksaan secara berkala dan menyamar sebagai pembeli gas untuk mendapatkan bukti untuk mendakwa penjual gas yang berperangai seperti Ah Long ini.
Salam Hormat,
RAKYAT SUSAH
The businessmen should not make unreasonable charges to the customers as this will add to their burden.
ReplyDeleteIf the business continues to do this, I'm sure soon their customers will begin to shun them.
ReplyDeletetak wajar peniaga mengenakan caj yang tidak munasabah, jika begini sikap mereka, pasti pelanggan akan lari.
ReplyDeletepelanggan boleh beli tong gas di kedai lain yang tidak kenakan caj seperti ni.
DeleteMemang patut kena complain. Diharap kedai tu dikenakan tindakan sewajarnya.
ReplyDeleteNah keluar sudah di Sabahkini pasti Kedai Fung Kong Woo disiasat nanti. Siapa suruh menaikkan harga sesuka hati.
ReplyDeletesudahlah harga tong gas bertambah mahal sekarang, ada lagi pula peniaga yang ambil kesempatan. sebagai pengguna, memang wajar membuat aduan ini.
ReplyDeletekalau seluruh penduduk keningau baca Sabahkini, minta mereka boikot saja kedai ini sebagai pengajaran..
ReplyDelete