Najib berkata melontarkan pertanyaan mengenai tarikh pilihan raya tidak ubah seperti meminta Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Coca-Cola untuk mendedahkan ramuan minuman ringan terkenal yang menjadi rahsia sejak sekian lama.
“Saya pasti anda semua memahami kenapa saya tidak boleh memberitahu tarikh itu,” katanya pada sesi soal jawab selepas melancarkan Kelab Koresponden Asing Malaysia di sini. “Meskipun saya tahu, saya tidak boleh mendedahkan perkara itu,” katanya dipetik Bernama Online.
Menurut Najib, beliau sedar bahawa sesetengah agensi berita asing meramalkan pilihan raya umum Malaysia akan diadakan pada Jun.
Menjawab pertanyaan mengenai pentingnya Barisan Nasional memperoleh majoriti dua pertiga, Najib menegaskan negara memerlukan sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil bagi mengelakkan Malaysia daripada ketidaktentuan politik.
Perdana Menteri mengakui dalam senario politik semasa, kemenangan majoriti dua pertiga kini memerlukan usaha yang lebih berbanding sebelum ini.
“Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat,” katanya, sambil menambah kata ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi.
“Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial, rakyat juga semakin bijak selain maklumat yang mudah diperoleh,” katanya.
Menjawab satu pertanyaan, Najib berkata dasar kerajaan kini adalah lebih terangkum dan adil kerana kekayaan negara perlu diagihkan bukan sahaja dalam kalangan rakyat bumiputera tetapi juga kaum-kaum minoriti.
Mengenai lawatannya ke Myanmar pada 26 Mac, Perdana Menteri berkata lawatan itu akan merapatkan hubungan antara Malaysia dan Myanmar terutamanya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
“Kita kini berhadapan dengan situasi yang berbeza dengan kewujudan media sosial,
ReplyDelete"RAKYAT JUGA SEMAKIN BIJAK" selain maklumat yang "MUDAH DIPEROLEHI",” kata Najib.
Maksudnya sebelum kewujudan media sosial spt facebook, blog, wordpress, dsb,
rakyat terus-terusan disaji dengan pembohongan oleh umno/bn melalui TV dan media
rasmi kerajaan umno terutamanya TV3 dan Utusan Malaysia. dulu, sebelum paras
pendidikan rakyat meningkat, mereka juga melakukan pelbagai penipuan, pembohongan serta
janji manis yg kosong semata-mata utk memperdayakan rakyat yg "KURANG@BELUM BIJAK".
Tapi padah bagi perbuatan itu kerana kedatangan internet yg menjadikan dunia ini tanpa sempadan.
sukar bagi mereka utk terus menyembunyikan salah laku, kes salahguna kuasa, rasuah, kroni
dan malah kekayaan mereka dgn adanya media tanpa kertas.
“Tetapi kami akan cuba sedaya upaya untuk mencapai matlamat itu. Saya sendiri
kini berusaha keras dan jadual kerja saya begitu padat,” katanya, sambil menambah
kata ia adalah sesuatu yang perlu dihadapi, katanya lagi-Najib.
Apa ko ingat ko jadi PM hanya utk berkempen sepanjang penggal? menggunakan semua kekuatan jentera kerajaan (penerangan,
pendidikan, pertanian, perikanan, dan lain2 jabatan) dan harta kerajaan (bangunan, logistic darat, kapal terbang, helikopter, dan lain2
harta yg tertera no aset negara).....? kalau macam tu baik letak jawatan dan berpolitiklah sampai mampus. Kerja PM sewaktu menjawat
jawatan itu adalah utk negara, bukan utk parti umno.