Oleh : MUTALIB M.D
PARTI Keadilan Rakyat Sabah (PKR) mempersoalkan tindakan Polis Tawau yang disifatkan sebagai 'lembap dan bersubahat' dengan 'Taukeh Judi' kerana gagal mengambil tindakan menyerbu premis judi walaupun beberapa laporan polis telah dibuat dan Ahli Parlimen Kalabakan membuat teguran secara terbuka melalu media.
Timbalan Ketua Penerangan AMK PKR Sabah, Citra Masadi yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi mempersoalkan Unit D7 Kontingen Polis Sabah dan Keua Polis Dearah Tawau yang memandang remeh pertumbuhan premis judi di daerah tersebut yang beroperasi 24 jam di kawasan yang terbuka tanpa lesen atau berselindung di sebalik lesen Cafe Siber.
Salah satu premis judi paling kebal, kata Citra ialah di Taman Bintang, Batu 3, Jalan Apas kerana tidak pernah diserbu sekalipun laporan polis telah beberapa kali dibuat dan dibuka 24 jam sehari.
Berikut isi kandungan laporan polis terbaru yang dibuat Citra (Tawau/003618/12);
"Pada lebih kurang jam 5.10 petang (06 Mac 2012) saya datang sekali lagi membuat aduan berkenaan aduan saya berkaitan dengan premis judi (mesin slot) yang terdapat di kawasan Batu 3 (Taman Bintang) Jalan Apas yang langsung tidak mendapat perhatian phak polis walaupun beberapa laporan telah dibuat sebelum ini.
Pada 05 Mac 2012, lebih kurang jam 10.30 pagi, saya sekali lagi menghubungi seorang pegawai yang memperkenalkan diri beliau sebagai Zuraimah melalui telefon bimbitnya bernombor 0138550990 tentang kewujudan premis tersebut, namun hasilnya bagaikan sekadar melepaskan batuk ditangga.
Pihak AMK Negeri Sabah beranggapan bahawa pihak polis bersekongkol dengan pengusaha judi tersebut memandangkan ia dijalankan secara meluas dan beroperasi 24 jam. Jadi apalagi alasan polis untuk tidak mengetahui aktiviti ini.
AMK Sabah juga ingin menarik perhatian Pesuruhjaya Polis Sabah untuk mengambil inisiatif terhadap pegawai-pegawai polis yang lembap membuat buat kerja membenteras sebarang jenayah atau ditukarkan sahaja ke bahagian lain.
Walaupun Ahli Parlimen Kalabakan telah membuat kenyataan dalam sebuah portal baru-baru ini berkenaan isu ini dan mungkin kerana kuasa seorang 'Taukeh Judi' di Sabah lebih besar berbanding teguran seorang Ahli Dewan Rakyat atau adakah dia mendapat restu dari pihak tertentu sehingga tindakan-tindakan polis sebelum ini hanya ibarat sandiwara pada 'Taukeh Judi' itu. Sekian laporan saya."
Menurut Citra, walaupun telah membuat beberapa laporan sebelum ini, tetapi tiada seorang pun pegawai yang menghubungi beliau untuk diambil keterangan menyebabkan beliau tidak lagi mempercayai Polis Tawau yang dipertanggung jawabkan menjaga kepentingan awam jika sikap begini yang dipamerkan.
Sebelum ini Ghapur telah membuat teguran terbuka melalui Bernama yang turut disiarkan Sabahkini.net bertajuk 'Polis Sabah Cegah Judi Sambil Lewa?' tetapi sehingga laporan ini ditulis polis belum menjalan sebarang serbuan.
Pihak berkuasa harus tegas membanteras gejala negatif dalam masyarakat kita.
ReplyDeletepihak polis kena ambil tindakan dalam membanteras kegiatan judi.
ReplyDeleteWe should not encourage gambling as it can lead to many social ills such as borrowing from loan sharks and others.
ReplyDeleteThe police must do what they can do bring down these gambling dens from continuing their operation.
ReplyDeleteIni tidak boleh jadi..Seharusnya mereka yang melakukan kesalahan tidak boleh dilindungi,
ReplyDeleteSelagi ada permintaan, di situ ada penawaran.
ReplyDeleteJalankan tugas dengan amanah.
ReplyDeleteCitra selalu menggunakan media untuk menyalurkan maklumat sebelum membuat laporan polis.. bukankah tindakan itu boleh memberikan peluang kepada tauke2 judi untuk menghapuskan segala bukti2 kegiatan perjudian mereka??
ReplyDelete