BEKAS Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz membidas Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dengan mendakwa Menteri Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Masyarakat itu tidak membuat sebarang pengorbanan sebenar dalam mengumumkan yang beliau akan 'meletakkan jawatan'.
Bekas Menteri Perdagangan Dan Industri Antarabangsa itu berkata tempoh jawatan menteri yang dipegang oleh Shahrizat akan luput pada hari lantikannya sebagai senator berakhir pada 8 April.
Justeru, katanya pengumuman Shahrizat pada Ahad lalu langsung tidak membawa sebarang makna.
"Berundur? Apa berundur...? Tidak timbul isu berundur atau meletakkan jawatan! Tidak ada apa-apa untuk berundur kerana secara sah beliau tidak lagi menjadi menteri pada 8 April...
"Jadi, sebenarnya, tiada langsung pengorbanan kerana ia hanya satu urutan peristiwa," kata Rafidah yang dipetik akhbar Malay Mail kelmarin.
Semalam, pemimpin BN termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji pada Shahrizat kerana membuat pengorbanan besar dengan mengumumkan bahawa beliau akan 'meletakkan jawatan' apabila tempohnya sebagai senator berakhir.
Rafidah, antara pemimpin paling awal mendesak Shahrizat untuk berundur dari kabinet, berkata keengganan Shahrizat meletakkan jawatan semasa tempohnya sebagi senator masih sah telah mencemarkan nama baik Umno dan kerajaan.
Menurutnya lagi, keputusan Shahrizat untuk terus memegang jawatan Ketua Wanita Umno akan turut menimbulkan masalah.
At least Tan Sri Rafidah Aziz have made this point clear. There are resignation since the tenure of senatorship for Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil will end on the mentioned date.
ReplyDeleteApart from that, it is good to see that the parties involved in this matter has been brought to court to face justice.
ReplyDeleteThis too has demonstrated that there are no interference of the executive branch within the judiciary system.
ReplyDeleteThe point is Sharizat is leaving her position as a result for the breech of contract by her partners regarding the NFC.
ReplyDeleteRafidah has always been Sharizat's harshest critics throughout both their careers in politics.
ReplyDeleteTindakan yang terbaik
ReplyDeleteSharizat nak berundur, jadi tak perlu timbul apa2 isu lagi
ReplyDeletegood luck sajalah untuk sharizat selepas ini.
ReplyDeletePerletakkan jawatan ini disebabkan oleh tarikh sudah tamat.
ReplyDeleteapa yang Rafidah mahu nafi jika Sharizat sendiri tidak pernah buat kenyataan bahawa beliau berkorban untuk umno??
ReplyDelete