Wednesday, 21 March 2012

ROGOL PERLU PENYELESAIAN CARA ISLAM



Oleh : HAZAYANI ZAKARIA

SEBANYAK 24,635 kes rogol direkodkan di seluruh negara bagi tahun 2003 hingga 2011. Demikian dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein secara bertulis kepada soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria (gambar) di Dewan Rakyat.

Pada 2003, jenayah rogol mencatat 1,479 kes, 2004 (1,765), 2005 (1,931), 2006 (2,431), 2007 (2,098), 2008 (3,409), 2009 (3,626), 2010 (3,595) dan 2011 (3,301).

Mengulas statistik tersebut, Nasir berkata, melihat kepada jumlah kes yang semakin meningkat dari setahun ke setahun, ternyata umat Islam memerlukan undang-undang yang lebih berkesan bangi menanganinya.

Maka katanya, sangat wajar jika undang-undang syariah dilaksanakan kerana ianya bukan sahaja sekadar untuk menghukum dan mendenda penjenayah, tetapi untuk mendidik dan mencegah mereka dan masyarakat daripada melakukan jenayah.

"Tahun lalu saya ada mengemukakan soalan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman tentang memperkasakan undang-undang jenayah Islam apabila statistik jenayah pada 2008 adalah sebanyak 211 kes.

"Tapi beliau hanya menjawab kerajaan akan mengekalkan undang-undang yang sedia ada," katanya.

No comments:

Post a Comment