Tuesday, 13 March 2012

SABAH MISKIN KERANA TIADA AUTONOMI

TERIMA....Dr Jeffrey (kanan) dan Azroy (kiri) menerima keahlian Star dari Felix Martin (tengah)

JIKA kekayaan negeri Sabah diagehkan secara sama rata di kalangan penduduk, sudah pasti negeri ini menjadi yang terkaya di Malaysia dan bukan antara yang termiskin.

Pengerusi Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata Sabah menyumbang kira-kira RM40 bilion kepada hasil negara namun hanya mendapat agihan yang kecil pada setiap tahun disebabkan negeri ini sudah kehilangan otonomi memungut cukai.

“Rakyat negeri ini pada hakikatnya memiliki hak mengawal kewangan, tabungan, dana pembangunan dan tarif seperti yang dinyatakan dalam Memorandum 20 Perkara No 11 mengenai tarif dan kewangan,” katanya ketika melancarkan Bahagian Star kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap di Kg Pamilaan pada Jumaat.

Turut hadir Ketua Pemuda Star Sabah yang juga Ketua Bahagian Star Tenom, Hasmin Azroy Abdullah; Ketua Wanita Star, Melanie Annol; Ketua Pemuda Usno, Mohd Abdillah Timbasal; Ahli Majlis Tertinggi Usno, Leong Chau Chu; Naib Presiden SAPP, Jimmy Jawatah dan Ketua Bahagian SAPP Kemabong, Saul Sally.

Majlis pelancaran yang dihadiri kira-kira 500 orang itu berlangsung di rumah Petrus Hendrikus, seorang peniaga yang selama ini tidak terlibat dengan politik tapi kemudian menjadi pendukung utama Agenda Borneo yang diperjuangkan Star.

LAUNG....Para pemimpin tertinggi Star beserta hadirin melaungkan slogan parti ‘Ini Kali Lah’

Pada majlis itu, Dr Jeffrey menerima keahlian dari kawasan Daerah Mengundi Pamilaan termasuk Felix Martin, mantan Ahli Jawatankuasa Pemuda PBS Melalap.

Terdahulu dalam ucapannya, Azroy menyatakan perjuangan Agenda Borneo bukanlah cakap-cakap politik semata-mata, sebaliknya adalah satu keikhlasan membela nasib rakyat Sabah yang terpinggir selama ini.

“Penindasan itu bukan pula sebuah rekaan untuk mendapat simpati tetapi diiringi fakta yang jelas dan tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak,” kata Azroy sambil menambah Star turut memperjuangkan keseimbangan perjawatan awam di kalangan rakyat Sabah.

Menurut Azroy, rakyat negeri ini juga masih berhadapan dengan sistem jalan raya yang teruk, pembangunan lembab, pengangguran dan pelbagai masalah minor lagi akibat kehilangan kuasa menurut Perjanjian Malaysia 1963.

Azroy menyeru golongan belia agar mengambil kesedaran untuk bangkit berjuang demi kelangsungan hidup bermaruah generasi akan datang sebelum semuanya menjadi terlambat dan hak-hak didominasi oleh warganegara baru.

14 comments:

  1. Adakah Pakatan Rakyat boleh menjanjikan autonomi kepada Sabah jika mereka menjadi kerajaan? Saya rasa tidak, kerana mereka masih memerlukan undian Sabah untuk mengekalkan posisi mereka dalam kerajaan.

    ReplyDelete
  2. Mungkin PR akan menjadikan Sabah sebagai fixed deposit mereka, tiada berubahan.

    ReplyDelete
  3. pembangkang seperti Star hnya tau melaungkan isu autonomi, RCI dan mcm2 lagi . tapi ia hnya sekadar kata2. tak ada tindakan diambil untuk selesaikan hal ini. semua tindakan hnya pihak BN yang lakukan seprti bagaimana UPKO yang begitu kerja keras mendapatrkan perstujuan PM agar menubuhkan RCI.

    ReplyDelete
  4. Usaha berterusan kerajaan untuk memastikan kehidupan rakyat Sabah selesa dan membantu mereka yang masih dalam belenggu kemiskinan untuk memperbaiki ekonomi diri dan keluarga.

    ReplyDelete
  5. jika kekayaan negeri ini diagihkan secara sama rata kepada semua penduduk, dari mana lagi sumber dana kerajaan negeri untuk membangunkan negeri ini dari segi ekonomi dan kemudahan prasarana??

    ReplyDelete
  6. Sabah’s per capita income in 2010 went up fromRM14,829 to RM17,242. And during the same period, the rate of unemployment also dropped from 5.6 per cent to 5.4 per cent. Apart from that, Sabah had already spent 75.5 per cent of the state allocation and 74.9 per cent of federal allocation to undertake development projects last year.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Head of State Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin pointed out (during opening the first sitting of the State Legislative Assembly’s fifth session) that Sabah must shift from the low value commodity-based economy to one of high value and innovative that was knowledge- based.

      Delete
    2. Tun Juhar said the dependence on several major commodities alone would not strengthen the state’s economy. And, he also stressed the need for development of the industrial and service sectors. As a state that is rich with natural resources, Sabah has the edge to further develop these two sectors.

      Delete
    3. Commending the Chief Minister (Datuk Seri Musa Haji Aman) on his efforts to develop the oil and gas industry, the Governor also extended his appreciation to the Prime Minister (Datuk Seri Najib Tun Razak) for his support.

      Delete
    4. He was confident that with the commitment of the state government and the support and assistance of the federal government, the huge investment in the oil and gas sector would certainly boost Sabah’s economic growth. This will also help ensure the success of the Economic Transformation Programme (ETP) in the state.

      Delete
    5. Tun Juhar also said RM77.5 billion was needed to carry out 31 entry point projects (EPPs) in Sabah.The federal government would provide eight per cent of the amount to assist the private sector to kick off the projects.

      Delete
    6. A comprehensive implementation plan for each of EPP is ready and the private sector must seize the opportunity to invest in these EPP projects. The EPPs, Tun Juhar said, would create 144,000 jobs by 2020. The federal government has allocated RM459.2 million to help start six high-impact projects worth RM5.15 billion.

      Delete
    7. The Governor added that the projects under the Sabah Development Corridor (SDC) had been implemented smoothly, with 98.4 per cent of the RM100.4 million allocation utilised last year.

      Delete
    8. According to him, Sabah’s financial standing was strong as a result of competent and efficient management as well as proactive steps undertaken by the state government.

      Delete