Tuesday, 13 March 2012

"SAYA LAPAR DAN DAHAGA!"


Oleh : MAZLAN ALIMAN

TINDAKAN Kerajaan BN Sabah menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul.

Notis Penolakan Masuk di bawah Seksyen 65 (1)(a) Akta Imigresen 1959/63 yang ditandatangani oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Sabah, Addy Rizal bin Jamlidi telah mencabul hak asasi saya sebagai warganegara Malaysia.

Berkali-kali saya mempersoalkan kenapa saya ditahan dan tidak dibenarkan masuk ke Sabah?

Apa kesalahan saya; apa jenayah yang saya lakukan? Mereka mengatakan tiada alasan dan sebab melainkan arahan Pihak Berkuasa Negeri!

Saya dikawal ketat, dalam keadaan lapar; bukan sahaja tidak diberi makan; segelas air pun tiada!

Saya telah membuat laporan Polis di Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Kota Kinabalu dan dihantar balik melalui penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur sekitar jam 11 malam kelmarin.

Hampir dua tahun yang lalu, regim Taib Mahmod juga telah memperalatkan Imigresen untuk menghalang saya masuk ke Sarawak.

Saya berkeyakinan ini semua berpunca dari kebimbangan dan ketakutan regim BN dari kebangkitan rakyat yang menentang kezaliman Kerajaan BN.

Isu rampasan tanah Adat atau NCR berleluasa dan sangat kritikal. Kuasa Ketua Menteri sangat besar; sewenang-wenangnya tanah yang diduduki dan diusahakan penduduk puluhan tahun dirampas. Kononnya penduduk menceroboh kawasan hutan simpan dan tadahan air.

Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun disodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dan sebagainya.

Peliknya; kawasan yang dirampas diberi pula kepada syarikat-syarikat kroni atas nama pembangunan. Rakyat menderita dan hilang pergantungan.

Hatta; menuntut hak di Mahkamah pun ditangkap, dipukul dan dipenjarakan seperti yang berlaku di Pensiangan.

Saya mengetuai Lajnah (Biro) Pembangunan Tanah & Wilayah PAS Pusat bersama rakan-rakan berulang alik ke Sabah Sarawak secara konsisten bertahun lamanya. Turun ke kawasan Pedalaman dan menyaksikan penderitaan rakyat.

Kemiskinan tegar, kemunduran melampau, sangat kurangnya kemudahan asas dan tersiksanya rakyat akibat cengkaman regim BN yang menindas rakyat. 20 tahun ke belakang jika dibandingkan Semenanjung.

Bahkan jika di ukur dengan negeri Kelantan pun seperti langit dengan bumi! Kelantan jauh lebih maju dan membangun daripada Sabah dan Sarawak.

Saya bawa wakil penduduk ke Parlimen bertemu menteri dan pimpinan BN dan Pakatan Rakyat. Kita iringi mereka membuat aduan di Suhakam. Suhakam mengakui isu tanah Sabah dan Sarawak begitu kritikal dan 'political will' pimpinan BN untuk menyelesaikannya sangat menyedihkan. Laporan Polis, serahan memorandum, bawa kes ke Mahkamah dan apa ruang telah kami lakukan.

Pagi kelmarin, Himpunan 123 Bangkit diadakan di perkarangan Pejabat Ketua Menteri. Ratusan rakyat yang datang dari Tawau, Keningau, Pensiangan, Kudat, Lahad Datu, Sandakan, Sepanggar dan sebagainya dengan Bas sewa khas serta pengangkutan awam dilayan begitu buruk oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Harapan tinggi rakyat yang sengsara kerana tanah mereka dirampas untuk mengiringi pimpinan NGO dan pimpinan etnik kaum menyerah memorandum di anggap remeh Kerajaan BN.

Adakah wajar pegawai rendah di tugaskan menerima memorandum hanya di 'tepi jalan' Wisma Negeri?

Mana pergi Ketua Menteri atau sekurang-kurangnya Menteri Kanan Sabah? Hina sungguh rakyat jelata diperlaku Kerajaan BN!

Apa salahnya dibawa masuk wakil-wakil NGO dan penduduk sekurang-kurangnya di ruang tamu Wisma Negeri? Apa salahnya Kerajaan Negeri mendengar dahulu isi hati dan derita rakyat?

Ada penduduk menempuh perjalanan selama 12 jam; hanya mampu makan nasi bungkus sepanjang perjalanan, tayar kereta pancit di tengah jalan dan macam-macam kesukaran yang dialami untuk sampai ke Pejabat Ketua Menteri. Begini kesudahan layanan Kerajaan Negeri. Mana slogan 'Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan?'

Perjuangan rakyat akan diteruskan. Seperti slogan penduduk Sabah; 'Tanah adalah nyawa kami, tanah adalah kehidupan kami.'

(NOTA : Penulis, AJK PAS Pusat, telah dihalang memasuki Sabah malam tadi. Beliau ditahan dan dihantar balik kemudiannya ke Semenanjung.)

14 comments:

  1. Saya dikawal ketat, dalam keadaan lapar; bukan sahaja tidak diberi makan; segelas air pun tiada!

    Kalau En Mazlan ada minta, mungkin mereka akan memberikan.

    ReplyDelete
  2. Kenapa Parti semenanjung mesti campur tangan dalam hal orang Sabah? Apakah motif mereka melakukan semua ini?

    ReplyDelete
  3. kena tahan beberapa jam pun nak bising pasal tak kena bagi makanan, lainlah kalau kena tahan beberapa hari. penahanan tersebut bagi elakkan dia dari mempengaruhi rakyat sabah agar terikut budaya tak sesuai dgn Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai dia komplen kan.. tapi boleh pula dia join perhimpunan yang bukan sahaja membuatkan perut rasa lapar dan dahaga, malah memenatkan fizikal dan mental..

      Delete
  4. TINDAKAN Kerajaan BN Sabah menghalang saya masuk ke Sabah sebagai angkuh, bongkak dan bacul.

    Kenapa beliau dihalang masuk? Dia bukannya penjenayah,

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab mulut dia boleh merosakkan suasana aman di negeri ini.. lagipun untuk apa dia sertai atau menyokong perhimpunan itu jika mereka sebenarnya mampu membantu penduduk kampung dengan membawa masalah mereka untuk mendapatkan keadilan melalui saluran mahkamah??

      Delete
  5. Ada rumah penduduk yang dibakar, kebun disodok oleh jentolak, tanaman musnah dicincang lumat oleh anggota penguatkuasa kerajaan negeri seperti Jabatan Hutan dan sebagainya.

    Kerajaan harus membela hak milik dan bukannya menindas terhadap rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PATI ba tu punya rumah setinggan, kena kasi bersih.

      Delete
  6. Should respect human right. He is also Malaysian, should freely to travel everyway within Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Pasti ada sebab beliau ditahan.

    ReplyDelete
  8. Hope its not a politics tricks.

    ReplyDelete
  9. Sekiranya dia boleh menberi impak negatif kepada Sabah dan rakyat memang kena sekat.

    ReplyDelete
  10. "SAYA LAPAR DAN DAHAGA!"

    ayat minta simpati ka ni?? tidak payah la minta simpati.. balik saja ke negeri asal.. tidak payah sibuk2 mahu sertai perhimpunan 123Bangkit..

    ReplyDelete
  11. tidak payah la Mazlan dan pemimpin2 PAS yang lain tunjuk baik dengan mempertahankan hak tanah adat di negeri ini sedangkan tanah2 penduduk kampung di kelantan habis mereka kebas.. bila penduduk kampung buat perhimpunan atau laporan polis, dia upah pula samseng untuk mengugut penduduk kampung yang lemah ini..

    ReplyDelete