Friday, 16 March 2012

SKANDAL ADUN SABAH DAN BURSA MALAYSIA

Oleh : MUTALIB M.D

SEORANG Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah dan sebuah syarikat Bursa Malaysia didakwa melakukan jenayah penipuan dan pemalsuan urusniaga sehingga menyebabkan ramai Anak Negeri Sabah kehilangan tanah.

Salah seorang pemilik tanah, Dayang Abdul Rashid, 73, yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi memaklumkan beliau datang ke Kuala Lumpur setelah menemui jalan buntu di Sabah; semata-mata untuk memfailkan laporan rasmi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan menemui Perdana Menteri Malaysia agar ADUN berkenaan tidak lagi dicalonkan pada pilihanraya umum akan datang.

"Tidak ada pihak yang mahu mempedulikan aduan saya di Sabah termasuk SUHAKAM, BIRO Aduan Awam; malah polis hanya menganggap remeh jenayah yang dilakukan oleh ADUN durjana ini," kata Dayang yang kesal kenapa Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mencalonkan Adun ini bertanding dan menjadi wakil rakyat mereka untuk meneruskan penindasan; seraya berharap agar Datuk Seri Najib tidak mengulangi kesilapan Perdana Menteri lalu.

Memandangkan ADUN berkenaan telah menjadi dalang yang merampas tanah adat dan NT Anak Negeri Sabah dan bersubahat membantu syarikat Bursa Malaysia memperdaya pelabur dan membuat 'perniagaan dalaman' urusniaga perolehan tanah, maka beliau tidak mempunyai pilihan melainkan memfailkan aduan rasmi di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sabahkini.net akan menyiarkan kes Dayang (termasuk Videoklip) dalam masa yang terdekat setelah mendapat semua pengesahan daripada beberapa pihak terbabit.Untuk mengetahui siapakah ADUN 'Durjana' dan nama syarikat Bursa Malaysia yang menjadi penjenayah perladangan di Sabah sila ikuti di siri yang akan datang.

3 comments:

  1. siapakah ADUN tersebut? Adun tersebut harus digugurkan dan dikenakan tindakan, pasti rakyat takkan sokogan dia lagi.

    ReplyDelete
  2. Dedahkan nama adun tersebut, agar rakyat tahu siapa beliau.

    ReplyDelete
  3. Jika benar semua itu berlaku, Datuk Najib perlu menyiasat benar atau tidak dakwaan ini bagi memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi.

    ReplyDelete