DATUK Dr. Jeffrey Kitingan telah menyatakan rasa tidak percayanya bahawa Suruhanjaya Piliharaya (SPR) telah kehabisan borang pedaftaran pengundi baru.
Pengerusi STAR Sabah itu memaklumkan dia telah menerima rungutan dari para penyokong STAR di beberapa daerah yang menyatakan mereka yang mahu mendaftar sebagai pengundi baru sebelum pilihanraya akan datang tidak dapat berbuat demikian kerana telah diberitahu oleh semua Pejabat Pos di tempat mereka bahawa borang itu kononnya telah habis.
Sebagai contoh, katanya, para pemimpin STAR di Tenom telah bertanya di Pejabat Pos Tenom tetapi telah diberitahu borang telah habis dan apabila mereka menelefon Pejabat Pos Kota Kinabalu mereka diberi makluman yang sama, dan stok borang yang baru 'Belum sampai.'
“Saya tidak boleh menerima alasan bahawa SPR boleh menghadapi masalah yang begini kecil memandang SPRlah yang selama ini menggesa rakyat Malaysia agar mendaftarkan diri mereka sebagai pengundi,” katanya. “Adakah mungkin ini satu daripada banyak permainan kerajaan mengurangkan borang kerana motif-motif tertentu?”
Dia meminta SPR agar memberikan penjelasan mengenai perkara itu, untuk menerangkan kepada rakyat apa sebenarnya yang berlaku kerana masalah kehabisan borang SPR adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama-sekali.”
“Borang-borang ini tidaklah susah untuk dicetak, bukan seperti mengeluarkan kad pengenalan atau kad kredit,” ujarnya. “Jika sebuah akbar kebangsaan boleh mencetak sehingga 300,000 naskhah akhbarnya setiap hari, saya tidak nampak sebab kenapa sebuah organisasi kebangsaan seperti SPR boleh kehabisan borang yang berbentuk satu muka sahaja. Sepatutnya borang ini boleh dimuat turun dari laman sesawang SPR.”
“Jika benar seluruh Sabah telah kehabisan borang ini rakyat akan membuat tafsiran yang negatif dan percaya SPR mempunyai permainan tertentu,” tambahnya. “Malah, kami di STAR sekarang mensyaki mungkin ini adalah tindakan terancang untuk menghadkan atau menghentikan pendaftaran para pengundi baru di Sabah kerana ada pandangan bahawa para pengundi baru kebanyakannya bersikap anti-BN.”
EC must always ensure that the forms will not run out by printing more forms when its nearly out of stock.
ReplyDeleteIts best for EC to print the forms immediately before more politicians make this matter a big deal.
ReplyDeleteThe EC should make all registration go on smoothly.
DeleteHarap kejadian seperti tu diberulang lagi.
ReplyDeleteTo register as an voter, you don't necessary have to go to the Election Commission, in fact, you can easily register yourself as a voter in any post office or registration drives.
ReplyDeleteWe have more than 312,000 Malaysians who still haven't registered as voters, all over the country there are around 1 million locations where you can register. Please do so before May to enable yourself to vote in this general election.
ReplyDeleteEC should make sure a clean list.
ReplyDeleteSeharus juga EC memastikan senarai yang bersih, PRU harus dijalankan dengan adil dan bersih.
DeleteKelemahan ini harus diperbaiki di masa akan datang.
ReplyDeleteHope they can handle the issue well and be able to get the form ready soon.
ReplyDeleteAlternatively to register in other center.
ReplyDeletekehabisan borang tak harus berlaku, seharusnya SPR menyediakan borang yang byk.
ReplyDeletewalau bagaimanapun, pendaftaran melalui online boleh dilakukan, ia lebih mudah.
ReplyDeletePendaftaran boleh dibuat di tempat lain juga sedangkan banyak pusat yang disediakan khidmat pendaftaran.
ReplyDeleteBorang yang mencukupi harus disediakan untuk menyenagkan kerja mendaftar.
ReplyDeleteEC harus baiki kesilapan ini.
ReplyDeleteSPR harus mempercepatkan proses menyediakan borang yang mencukupi untuk pendaftaran. Kesilapan yang kecil ini tidak harus juga diperbesarkan.
ReplyDeleteMasalah ini sepatutnya tidak terjadi. SPR kena lebih peka.
ReplyDeleteKita mengharapkan PRU akan datang ini akan berjalan dengan lancar dan bersih. Teruskan usaha memberikan perkhidmatan yang terbaik.
ReplyDeletekenapa bukan Jeffrey sendiri sahaja yang mengesahkan dakwaan ini?? kenapa Jeffrey tidak menghubungi pihak SPR samada dakwaan itu betul atau tidak??
ReplyDeleteseperti sebelum ini, bila pihak SPR banyak mengeluarkan borang permohonan untuk mendaftarkan pengundi baru, tidak ada pula yang memuji tindakan SPR ini.. sebaliknya menuduh bahawa SPR mendaftarkan warga asing atau bermacam2 lagi tuduhan dan persoalan dilemparkan..
ReplyDelete