PARA pembeli rumah di Bandar Seri Gemilang Lahad Datu merayu agar pembayaran pinjaman perumahan mampu milik yang dibangunkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) ditangguhkan serta-merta, sehinggalah projek perumahan itu yang didakwa terbengkalai sejak lebih tiga tahun lalu siap dibina sepenuhnya.
Ini kerana, mereka mendakwa terpaksa menangggung perbelanjaan tinggi berikutan perlu membayar pinjaman perumahan meskipun belum menduduki rumah berkenaan dan pada masa sama mereka (pembeli) terpaksa menyewa rumah di tempat lain.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Rumah Bandar Seri Gemilang Lahad Datu, Sultan Abdullah, mengakui pembayaran pinjaman yang dibuat sejak 2010 amat membebankan mereka kerana sebahagian besar pembeli daripada golongan berpendapatan rendah.
Beliau berkata, projek itu yang menempatkan 2,622 unit rumah teres dan kedai mampu milik dimulakan sejak 2007 secara berperingkat-peringkat di Bandar Seri Gemilang di sini, dengan tempoh penyiapan selama tiga tahun berdasarkan perjanjian jual beli rumah.
“Masalah ini menyebabkan kami (pembeli) amat terbeban kerana terpaksa menanggung perbelanjaan tinggi setiap bulan untuk membayar pinjaman perumahan dan pada masa sama perlu membayar sewa rumah.
“Walaupun aduan sudah berkali-kali dikemukakan kepada pihak pemaju, namun sehingga kini tiada tindakan susulan diambil dan hingga sekarang juga seperti belum ada petanda yang rumah kami akan siap dibina.
“Setiap kali meminta penjelasan mengenai status rumah kami, mereka juga tidak dapat memberi alasan kukuh berhubung kelewatan itu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam satu perjumpaan Majlis Sesi Dialog Bersama Pembeli-pembeli Rumah Bandar Seri Gemilang yang turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tungku, Datuk Mohd Suhaili Said.
Sultan berkata, pembeli turut menerima surat daripada SPNB yang mendakwa projek berkenaan sudah diambil alih kontraktor baru iaitu Tetuan Supernesa Sdn Bhd dengan kerja pembinaan dimulakan pada April ini yang dijangka siap dalam tempoh 36 bulan lagi.
Bagaimanapun katanya, jaminan itu tidak memadai bagi pembeli kerana masih terbeban dengan kos perbelanjaan tinggi jika pembayaran pinjaman perumahan diteruskan.
Sehubungan itu beliau juga berharap kerajaan mengambil langkah sewajarnya bagi menangani keadaan itu sekali gus memastikan projek perumahan di kawasan itu berupaya memberi manfaat kepada golongan sasar.
Sementara itu, Datuk Mohd Suhaili Said, berkata masalah dikemukakan pembeli itu akan dibawa dalam perbincangan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) depan.
Katanya, ia bagi mencari langkah terbaik bagi menangani kemelut yang dihadapi pembeli rumah mampu milik itu sekali gus memastikan matlamat kerajaan meningkatkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah tercapai.
Baguslah isu ini akan dibawa ke sidang DUN. Kelewatan projek ini telah menyusahakan ramai pihak. Seharusnya projek ini diberi kepada kontraktor yang layak saja. Tak perlulah sampai kontraktor lain yang ambil alih. Bukan saja masa terbuang malah ini menyebabkan kerugian. Mohon pihak yang bertanggungjawab lebih berhati-hati memberikan projek seperti ini pada masa akan datang.
ReplyDeletediharapkan nanti, pada persidangan DUN akan dapat mencari penyelesaian kepada kemelut ini.
DeleteIni adalah suatu kerugian buat pembeli rumah. Harap selepas perbincangan sidang DUN dibuat, masalah ini akan mendapat satu jalan penyelesaian yang terbaik.
ReplyDeleteMasalah harus ditanggani supaya tidak merisikokan rakyat.
DeleteWe urge fro prompt action.
DeleteIn the past (circa 2009) there are similar incident in the peninsular. At the time, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB), a wholly owned subsidiary of the Minister of Finance Incorporated,has restored these mentioned abandoned projects.
ReplyDeleteAmong the ABANDON PROJECTS:: Taman Lingkaran Nur, Taman Sungai Pinang dan Taman Kantan Permai Fasa 1 dan 2 (Selangor); Taman Widuri dan Taman Sejahtera (Pulau Pinang); dan Taman Sura Jati (Terengganu).
DeleteAmong the RESTORED ABANDON PROJECTS: Taman Rakyat Gambang (Pahang), Taman Desa Melati (Kelantan), Taman Bistari (Perak), Taman Rancha-Rancha (Sabah) dan Taman Sri Gedong (Kedah).
DeleteAt the time, its managing director Datuk Mohd Amin Mohd Salleh, said buyers are looking for is composed of 12 abandoned housing projects across the country.
DeleteSPNB urge all buyers and people who know the buyer to come forward to contact the Section Rehabilitation Project in line 03-2057 3407, 03-2052 3894 or 03-2052 3889 to facilitate the delivery of title to their homes.
DeleteMohd Amin said SPNB 73 successful restoration projects, involving 23.089 units.
Delete"From the project, 19 restored through financial assistance SPNB while 54 projects through advisory services and expertise SPNB.
ReplyDelete"Under the 2009 Economic Stimulus Package announced by the government last year, a total of RM430 million is allocated to SPNB to revive abandoned projects identified by the Ministry of Housing and Local Government in the National," he said.
DeleteThe detail article can be found at the following URL: http://www.drumah.com/spnb-cari-pembeli-untuk-projek-terbengkalai-dibaik-pulih/473.html
Deletetidak salah para pembeli menuntut penangguhan pembayaran pinjaman perumahan memandangkan kesulitan ini berpunca dari pihak SPNB itu sendiri.. lagi baik jika pihak SPNB dapat membayar pampasan atau ganti rugi kepada mana2 pembeli yang ingin menarik diri dalam jual beli ini termasuk saya sendiri..
ReplyDeletepihak pemaju iaitu SPNB harus meningkatkan kualiti kerja mereka...janganlah menyusahkan para pembeli...
ReplyDeleteDiharap masalah mereka dapat segera diselesaikan. masalah seperti akan menyukarkan lagi keadaan hidup mereka.
ReplyDeleteContractor should ensure the quality of their work.
ReplyDeletePemaju harus bertanggung jawab dan amanah. Sikap pemaju ini memberi beban amat besar kepada rakyat. Pihak berkuasa harus memberi pertolongan kepada mangsa pembeli rumah tersebut.
ReplyDeletePembeli pasti akan berasa kecewa dengan keputusan yang dibuat mereka.
DeleteSemoga kerajaan mengkaji polisi yang menjamin pembeli rumah supaya tidak jatuh ke perangkap.
ReplyDeleteadalah tidak wajar pembeli membuat pembayaran tapi rumah tersebut belum disiapkan. bukankah ia membebankan pembeli? projek tersebut tidak harus dibiarkan terus terbengkalai.
ReplyDeleteMemang kesian mereka kena tunggu lagi.
DeleteThis matter should be taken notice.
ReplyDeleteBarang tidak ada lagi tapi terpaksa membayar pinjaman.
ReplyDeletePerkara ini hanya membebankan pembeli itu saja dengan projek yang belum siap-siap namun pembeli terpaksa berhutang dengan bank. Harap perkara sebegini perlulah diambil serius.
ReplyDelete