PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Musa Aman mengulangi peringatannya kepada semua anggota Umno dan parti komponen BN di Sabah supaya menerima secara terbuka siapa sahaja yang diputuskan pucuk pimpinan sebagai calon pilihan raya umum ke-13.
Pendirian seperti itu penting bagi memastikan BN terus kukuh seterusnya mampu memenangi pilihan raya umum akan datang dengan pencapaian lebih baik berbanding pilihan raya umum lepas, kata Ketua Menteri Sabah itu kepada pemberita selepas menutup program Penerangan Perdana Zon 6 di Tawau, Khamis.
Melalui program berkenaan, masyarakat dari kawasan Lahad Datu, Kunak, Semporna, Kalabakan dan Tawau berpeluang mendapat penjelasan terus terhadap isu-isu yang berbangkit di kawasan masing-masing daripada ketua-ketua jabatan kerajaan.
Terdahulu dalam ucapannya, Musa percaya BN Sabah boleh mengulangi pencapaian cemerlangnya pada pilihan raya umum 2008 malah lebih baik dari itu berdasarkan trek rekod dan pencapaian kerajaan BN sama ada di peringkat pusat atau negeri.
Musa yakin rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan fitnah dan pembohongan pembangkang dan golongan tidak bertanggungjawab terhadap BN.
Dalam pada itu, Musa yakin projek biogas yang kini diterokai sektor perladangan di Sabah berupaya memberi imej positif kepada industri sawit sebagai industri mesra alam kerana ia menitikberatkan perlindungan alam sekitar.
Beliau berkata teknologi penghasilan biogas daripada bahan buangan kelapa sawit itu bukan sahaja mesra alam malah amat membantu dalam menjana elektrik untuk kegunaan kilang kelapa sawit sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil yang dikenal pasti sebagai antara punca pencemaran udara.
"Dahulu sisa buangan kelapa sawit dan kilang kelapa sawit ini memberi banyak masalah kepada kita. Sekarang ia sudah menjadi sumber tenaga elektrik kepada kita," kata beliau ketika berucap merasmikan Loji Biogas di Kilang Sawit Apas Balung milik Kumpulan Sawit Kinabalu di Tawau pada Khamis.
Projek logi biogas di Kilang Sawit Apas Balung itu merupakan projek biogas pertama Kumpulan Sawit Kinabalu, agensi kerajaan negeri Sabah, sejajar dengan hasrat syarikat itu untuk mewujudkan kekayaan yang lestari yang mengambil kira penjagaan alam sekitar dalam menjalankan operasi ekonominya. (BERNAMA)
I'm sure each party will appoint the best candidate to represent their party, all members should be open minded to receive the appointment.
ReplyDeleteHopefully Bung will not be appointed as one of the candidate. Just saying.
Deletepastikan calon yang dipilih betul-betul berkeupayaan dan berkebolehan untuk memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.
DeleteThose who wasn't chosen as the candidate this time should work harder so that they will be given chances during the next general elections.
ReplyDeleteyang tercalon pula jangan bertindak menarik diri di saat2 akhir.
Deletecalon yang telah ditetapkan merupakan calon yang terbaik. jadi, terima saja keputusan tersebut.
ReplyDeleteHopefully the chosen candidates are someone with good qualities to be a good candidate.
ReplyDeletePemilihan calon amat penting sebab ia akan menjejaskan kesemua parti.
ReplyDeleteProjek logi biogas di Kilang Sawit Apas Balung itu merupakan projek biogas pertama Kumpulan Sawit Kinabalu, agensi kerajaan negeri Sabah, sejajar dengan hasrat syarikat itu untuk mewujudkan kekayaan yang lestari yang mengambil kira penjagaan alam sekitar dalam menjalankan operasi ekonominya.
ReplyDeleteSemoga projek ini mencapai kejayaan yang 100% berjaya. Penjagaan alam sekitar adalah tanggung jawab semua pihak.
Rakyat juga harus pandai menilai siapakah calon yang boleh membawa perubahan dan berjuangkan lebih banyak untuk rakyat.
ReplyDeleteBN masih kuat di Sabah. Harus juga BN membaiki kelemahan yang menyebabkan perasaan tidak puas hati golongan awam.
ReplyDeleteBetul..Calon yang dipilih bukannya atas dasar yang salah namun atas kebolehan yang ada pada calon tersebut. Maka terima calon tersebut seadanya.
ReplyDeletesetiap ahli kena menyokong calon2 mereka yang ditetapkan. ini bagi memastikan parti terus kukuh.
ReplyDeleteThe people ought to be able to judge the propoganda and lies of the opposition by now.
ReplyDeleteHopefully in the future there will be more bio gas plant such as those in Balung
ReplyDeleteThis coming election is more interesting than the previous. We can see the changes in our political scenarios.
ReplyDeleteyup.. siapa pun calon yang dipilih, terima saja.. tidak perlu ada sabotaj dikalangan ahli2 umno atau BN..
ReplyDeletekalau ada pihak yang tidak puas hati, bincangkan saja secara tertutup dengan pucuk pimpinan parti..
ReplyDelete