PRESIDEN Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Dompok berkata formula agehan kerusi antara parti komponen Barisan Nasional (BN) wajar dikaji semula pada pilihan raya umum akan datang.
Dompok, yang juga Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi, berkata langkah itu merupakan usaha baik bagi memastikan kemenangan BN seperti yang pernah dinyatakan bekas Perdana Menteri keempat Tun Mahathir Mohamed ketika memegang tampuk pemerintahan.
"Itu satu pandangan baik (kenyataan Ketua Umno Penampang Datuk John Ambrose) sebab 'ia merupakan idea baru' dalam pembahagian kerusi. Saya masih ingat Tun Mahathir apabila menjawat jawatan Perdana Menteri dan datang menghadiri Kongres UPKO, menyatakan negeri Sabah tiada parti perlu menguasai lebih 50 peratus kerusi.
"Itu salah satu aspek (untuk kemenangan BN)," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ambrose bahawa BN perlu menghapuskan amalan memperuntukkan semula kerusi kepada parti komponen yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini.
Terdahulu, Dompok merasmikan majlis penutupan program Hello Komoditi anjuran kementeriannya dengan kerjasama Pejabat Daerah Putatan di Dewan Kompleks Rakan Muda Putatan isnin. (BERNAMA)
Kerajaan BN perlulah membuat pengagihan kerusi dengan adil kepada semua parti komponen, diharapkan ahli dalam parti akan berusaha mencapai kemenangan pada PRU-13 nanti.
ReplyDeleteParti yang berjaya mendapat keputusan yang baik pada PRU-12 sewajarnya diberikan kerusi lebih tetapi parti yang lebih lemah pada PRU yang lepas masih boleh diberikan kerusi tetapi lebih sikit berbanding yang lain. Ini boleh memberikan peluang kepada parti yang lebih lemah untuk membuktikan kebolehan mereka seperti apa yang John Ambrose cadangkan sebelum ini.
ReplyDeleteSetuju, dan diharap parkara tu boleh dibincangkan di meja bulat.
ReplyDeletepengagihan kerusi BN di Sabah harus dilakukan dgn adil dan pastikan semua pihak berpuas hati.
ReplyDeletePengagihan kerusi bukan saja perlu adil malah kena bijak. Pembahagian perlu dilihat dari pelbagai aspek kerana ia mempengaruhi potensi untuk kemenangan dalam PRU13 ini.
ReplyDeleteItu pasti akan dilakukak untuk memastikan semua pihak berpuas hati dengan kerusi yang diagihkan tersebut.
ReplyDeletesebelum melaksanakan apa cadangan yang dikemukakan oleh pemimpin2 komponen BN, baik kaji dulu sedalam2nya.. bagi saya cadangan John Ambros juga boleh dipertikaikan dimana jika dilaksanakan akan mengurangkan komitment para wakil rakyat untuk menyumbang kepada kemenangan BN dan kawasan yang diwakili.. alasannya mudah saja,, untuk apa mereka mempertahankan kerusi itu jika akhirnya kerusi itu beralih tangan/parti pada pilihanraya seterusnya??
ReplyDeleteThe final report of the Parliamentary Select Committee (PSC) on Electoral Reforms tabled by Datuk Seri Dr Maximus Ongkili in the Dewan Rakyat yesterday touched on the issue concerning parliamentary seat allocation for Sabah and Sarawak.
ReplyDeleteOngkili, the PSC chairman, said the committee took note of the proposal for a balance in the number of Dewan Rakyat seats between the peninsula, and Sabah and Sarawak, as spelled out in the Inter-Government Committee (IGC) report during the formation of Malaysia in 1963.
DeleteIn this regard, the PSC recommended that a detailed study be carried out on this issue for the purpose of implementation, taking into consideration the principles behind the formation of Malaysia, Ongkili said.
DeleteHe added that the committee also followed-up on the recommendation that the Election Commission (EC) accommodate the need of voters who are residing outside their polling areas.
DeleteThis was to allow voters, particularly those from Sabah and Sarawak, as well as Peninsular Malaysians who were posted to the two states, to cast their votes in any polling station without having to return to their original areas, he said.
DeleteOn the proposal for an automatic registration of Malaysians reaching the voting age of 21, he said, although the proposal was good, it could only be implemented in the long term because the effort to clean up the electoral roll should be given priority.
Delete“Further investigation into doubtful names of voters as highlighted by Sabah and the call for the setting up of a Royal Commission of Inquiry on illegal immigrants in Sabah, should be carried out to ensure the electoral roll is accepted by all,” he said.
Delete