Friday, 16 March 2012

USAHAWAN WALIT AMAT BERPOTENSI


BERUCAP Azizah sedang berucap merasmikan majlis penutupan Kursus Industri Sarang Burung Walit di Beaufort.

MENTERI Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun mahu usahawan di dearah ini komited dalam bidang yang mereka ceburi bagi memastikan kejayaan yang sewajarnya dapat dicapai.

Beliau berkata para usahawan mesti mempunyai komitmen yang tinggi untuk terus berusaha dan mendalami ilmu perniagaan dari masa ke semasa.

“Para usahawan mesti bekerja keras untuk memajukan perniagaan yang diceburi tanpa mengenal rasa putus asa. Justeru itu tingkatkanlah usaha dan ilmu pengetahuan dalam kerjaya urusniaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan penutupan Kursus Industri Sarang Burung Walit di River Park Hotel, Beaufort di sini kelmarin.

Kursus dua hari anjuran Koperasi Rezeki Walit Sdn Bhd (KRWSB) yang bermula 13 Mac itu dihadiri 30 peserta.

Hadir sama, Penasihat KRWSB yang juga penceramah pada kursus itu, Dr Faiz Hashim, Pengerusi KRWSB Ahmad Barawi Moktar dan Timbalan Pengerusi KRWSB, Sabadin Kasim.

PESERTA....Sebahagian daripada 30 peserta yang menghadiri kursus berkenaan.

HEBAT Azizah, Ahmad Barawi (dua kiri), Dr Faiz (dua kanan), Sabadin (tiga kanan) dan pegawai KRWSB mengakui kebaikan khasiat produk berasaskan sarang burung walit.

KENANGAN.....Peserta Kursus Industri Sarang Burung Walit di Beaufort merakamkan gambar kenangan bersama Azizah, Dr Faiz, Ahmad Barawi, Sabadin dan Jawatankuasa Penganjur.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu berharap semua peserta dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari melalui kursus itu.

“Selepas mendapat ilmu pengetahuan mengenai industri sarang burung walit ini, saya berharap semua peserta kursus ini akan berjaya menerokai industri sarang burung walit ini. Dan saya ingin melihat dalam tempoh tiga bulan dari sekarang sekurang-kurangya 30 rumah burung walit dapat didirikan di daerah ini,” katanya.

Beliau berkata industri sarang burung walit adalah industri yang berdaya maju dan peluang yang baik itu perlu dimanfaatkan oleh para peserta kursus.

“Melihat dari senario masa kini, industri sarang burung walit ini mendapat pasaran yang baik terutamanya bagi produk kesihatan. Oleh itu anda semua mestilah mengambil peluang untuk mendapatkan keuntungan daripada industri yang semakin berkembangan ini,” katanya.

Azizah juga mengumumkan akan sedia memberi bantuan kepada penduduk yang kurang kemampuan untuk membina rumah burung walit di kawasan Dun Klias.

“Saya difahamkan bahawa rumah burung walit boleh dibina dengan kos serendah RM5,000.00 sahaja. justeru itu, sebagai wakil rakyat di kawasan ini, kita akan mempertimbangkan untuk memberi bantuan kepada penduduk yang benar-benar berminat untuk mengusahakan industri ini.

"Bagaimanapun bantuan ini hanya akan diberikan kepada penduduk yang layak sahaja iaitu mereka yang tidak berkemampuan untuk membina rumah burung walit ini,” katanya sambil disambut dengan tepukan oleh hadirin.

Pada majlis itu Azizah menyampaikan sijil kursus kepada peserta selepas menyempurnakan gimik perasmian penutupan kursus.

9 comments:

  1. Hopefully those who are interested to go into this industry but does not have the financial capabilities will be given the loans to build their own swallow houses. Its a good move from the People Representative to help the people go into this business.

    ReplyDelete
  2. There is a good market for the bird's nest, locals should take the opportunity to enter this industry as it will bring in a good profit.

    ReplyDelete
  3. Untuk berjaya, perlukan komitmen dan usaha yang berterusan. Industri Walit ini memang menguntungkan dan kerajaan sendiri menggalakkan rakyat untuk menceburinya.

    ReplyDelete
  4. syabas Azizah kerana sentiasa tampil membantu rakyat yang memerlukan bantuan.. saya harap kesungguhan beliau ini dapat dijadikan contoh oleh pemimpin2 masyarakat yang lain..

    ReplyDelete
  5. bertuah penduduk Klias kerana mempunyai pemimpin yang sentiasa memberikan maklumat tentang peluang ekonomi serta bersedia menghulurkan bantuan kepada yang layak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bertuah. pasti Azizah akan bertanding untuk PRU13.

      Delete
  6. Business burung walit memang menguntungkan tapi harus tahu mengendalinya.

    ReplyDelete
  7. mengusahakan burung walit adalah perniagaan yang memberi pulangan yang lumaya, sebaiknya lebih ramai menceburi bidang ini.

    ReplyDelete
  8. Betul..Banyak tempat telah mengusahakan burung walit ini. Mungkin ini akandapat menarik lebih banyak usaha dibuat bagi memastikan burung walit ini akan menjadi produk utama di Sabah.

    ReplyDelete