Oleh : NAZRI ABDULLAH
KOTA KINABALU: Pakatan
Rakyat bersedia mengubah polisi pengangkutan laut atau kabotaj yang selama ini
menyebabkan harga barangan di Sabah lebih tinggi berbanding semenanjung, jika
diberi mandat untuk memerintah negara pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Naib Presiden PAS, Datuk
Husam musa berkata, polisi kabotaj yang dibuat oleh kerajaan BN selama ini
hanya bersifat menguntungkan pihak pengusaha kapal dan bukan rakyat kebanyakan.
"Pada saya ianya bukan
kabotaj, tapi sabotaj polisi. Ianya Zalim, tidak berperi kemanusiaan. Kenapa
perlu orang Sabah bayar gula, gandum, beras dan lain-lain dengan harga lebih
mahal?
"Sebab itu jika Pakatan
Rakyat memerintah, saya akan cadang kerajaan peruntukkan RM1 bilion untuk
kapal-kapal angkut barangan, supaya harga barang jadi murah," katanya.
Beliau berkata demikian
ketika membentangkan kertas kerja pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star
City Convention Centre di sini hari ini.
Polisi kabotaj ini didakwa
adalah punca utama perbezaan harga barangan Sabah dengan semenanjung sekaligus
memperlahankan dan menyekatkan pertumbuhan ekonomi Sabah.
Ianya juga menyebabkan harga
barangan di Sabah lebih mahal antara 20 hingga 30 peratus berbanding
Semenanjung.
Menurut Husam lagi, kerajaan
sehingga kini tidak berhasrat mengubah polisi kabotaj ini biarpun disuarakan
rakyat negeri ini.
"Kalau dia (BN) tak nak
tukar (kabotaj), kita kena tukar kerajaan, baru boleh tukar polisi kabotaj.
"Kalau kita terima
sahaja polisi ini, maknanya rakyat Sabah mengainaya diri sendiri," katanya
yang juga Exco Kerajaan Kelantan.
Lebuh Raya tanpa tol jika
Dalam pada itu, Pakatan
Rakyat bersedia membina lebuh raya tanpa tol jika diberi mandat oleh rakyat
untuk memerintah negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Menurut Husam, perkara itu
tidak mustahil kerana Sabah mempunyai hasil negeri yang sangat banyak jika
diurus dengan betul.
"Saya boleh dengan
yakinnya jika Pakatan Rakyat menang di Sabah, lebuh raya tanpa tol.
"Lebuh raya bandar Kota
Kinabalu-Sandakan-Tawau akan dibina Pakatan Rakyat tanpa tol," katanya.
No comments:
Post a Comment