Saudara Pengarang,
SEPATUTNYA dari awal-awal
lagi Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali diambil tindakan undang-undang oleh Kementerian
Dalam Negeri (KDM) dan bukannya membiarkan begitu sahaja atas perbuatannya menyuruh
umat Islam membakar gereja dan bible yang menggunakan perkataan 'Allah'.
Perbuatan Ibrahim Ali telah
menaikkan sentiment orang Cina, India dan bumiputera bukan Islam di Sabah dan di
Sarawak; tidak hairanlah jika yang menerima tempiasnya ialah BN yang hampir
kecundang jika tanpa bantuan Sabah dan Sarawak.
Andai kata ada orang kuat
UMNO menegur perbuatan biadap Ibrahim Ali agar jangan sentuh sentiment agama
dan bangsa; mungkin dapat meredakan kemarahan masyarakat Cina dan India yang
beragama Kristian dan BN akan mempertahankan kerusi yang telah dirampas PKR dan
DAP.
Kemarahan masyarakat Cina
dan India tidak sama dengan orang Melayu. Orang Melayu jika marah suka
menimbulkan hura-hara dan bergaduh sesama sendiri, kononnya untuk menunjukkan
anak jantan!
Sebaliknya, Kaum Cina, India
dan Bumiputera Bukan Islam hanya menyimpan rahsia kemarahan dan hanya
melepaskan geram pada pilihanraya untuk menghukum pemimpin BN dan kerajaan yang
cuai dan gagal menjalankan tugas menjaga keharmonian.
Terdapat pemimpin UMNO yang
mendabik dada bahawa tanpa sokongan orang Cina dan India; mereka boleh
menubuhkan kerajaan kerana yakin orang Melayu akan menyokong mereka 100
peratus.
Kebiadapan ahli UMNO Sabah
dan Semenanjung semakin jelas kerana suka melakukan Vandalisme sehingga sanggup
merosakkan poster atau jentera kempen Pakatan Rakyat; terutama Ketua Pemuda
UMNO Semporna, Abdul Aziz Jamman yang telah menghasut ahli-ahlinya agar merosakkan
poster Pas dan PKR sehingga mencetuskan pergaduhan antara satu sama lain.
Apabila dilaporkan kepada
polis, polis pula takut campurtangan kerana yang membuat onar itu ialah orang
UMNO sendiri. Lainlah halnya jika ahli pembangkang yang melakukannya; 'tangkap
dulu baru bicara'?
Di Sandakan juga, poster
calon Bebas Libaran habis ditumbangkan oleh ahli UMNO. Laporan polis yang
dibuat sama juga jawapannya; tidak diambil tindakan disebabkan pelaku musnahnya
orang UMNO.
Dalam pada itu, beberapa tuan
punya hotel di Semporna, mengadu bahawa orang UMNO yang menggunakan nama Datuk
Jaujan Sambakong dan Datuk Shafie Apdal tidak membayar bil hotel sehingga ke
hari ini.
Salam Hormat,
JIKRUN MOHD HANIS
Kg Sungai Tohok, Semporna
No comments:
Post a Comment