Saudara Pengarang,
SAYA, Zulkifli Teo (gambar)
ingin mendedahkan sedikit sebanyak mengenai penyelewengan ahli-ahli UMNO
keseluruhannya. Darjah kepanasan PRU-13, sudah semakin menyurut tetapi riak
kemarahan yang masih bergelombang, belum dapat diredakan, sekalipun rahsia peti
undi telah diketahui.
Walaupun keputusan rakyat Sabah
masih memihak kepada BN dan terus kekal dengan jolokan 'Fixed Deposit' namun
kehilangan 12 kerusi DUN dan Tiga kerusi parlimen di Sabah adalah sesuatu yang
tidak diduga sama sekali.
Agak mengejutkan, kerana ketika
proses penamaan calon dijalankan, telah berlaku 'unpredictable history' kerana
dalam sejarah demokrasi tanah air kita, jurang peratusan bilangan calon bebas (berasal
dari Komponen BN) amat jauh berbeza sekali jika dibandingkan dengan PRU yang
lepas.
Kemunculan golongan 'desperado'
bukan sahaja berupaya mengusarkan hati para pemimpin atau calon BN yang
bertanding; malah bakal terdedah dengan perbuatan jahat, khianat atau tindakan
di luar jangka dan boleh mendatangkan kerugian besar kepada parti, mahupun
rakyat secara keseluruhannya.
Kehilangan beberapa kerusi
Dun dan Parlimen di Sabah mungkin boleh dijadikan indikasi kepada perkembangan
senario politik semasa yang tidak menentu akibat kegiatan melobi calon dan
menuding jari kepada pucuk pimpinan parti setelah mereka tidak dipilih sebagai
calon.
Saya amat tertarik dengan
cebisan kenyataan Ketua Umno Bahagian Kalabakan yang mencadangkan kepada pucuk
pimpinan BN Pusat supaya mengambil tindakan yang lebih tegas terhadap mana-mana
individu atau pihak yang didapati melakukan perbuatan sabotaj pada parti sepanjang
tempoh berkempen PRU-13 baru-baru ini.
Secara jujurnya, saya
menyokong penuh saranan Datuk Ghaffur Salleh memandangkan perbuatan sedemikian
disifatkan sebagai amat serius kerana bukan sahaja mampu mencemarkan
kredibiliti atau imej parti; tetapi secara tidak langsung menjejaskan prestasi
undi calon BN di setiap kawasan yang ditandingi rentetan daripada penyebaran
fakta yang tidak berasas dan tuduhan liar semata-mata
Pimpinan UMNO BN harus
menyedari perkara ini dan bersedia mengambil sebarang langkah drastik bagi
mengelak perkara yang sama daripada berlaku untuk beberapa tempoh akan datang.
Saya yakin dengan adanya
hukuman yang lebih tegas kepada mana-mana pengkhianat parti atau dalam erti
kata lain 'gunting dalam lipatan'; usaha ke arah mengimarahkan semangat taat
setia, rasional dan berfikiran positif di kalangan ahli parti komponen BN
berkemungkinan besar berada pada landasan yang tepat
Salam Hormat,
ZULKIFILI BIN JOSEPH TEO
No comments:
Post a Comment