KOTA KINABALU : Ketua
Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan Barisan Kabinet Negeri Sabah, yang
menggabungkan muka lama dan baharu, sebagai pasukan yang kukuh, dinamik dan
boleh bekerjasama bagi meneruskan perancangan dan pelaksanaan agenda dan dasar
pembangunan negeri.
Musa yang juga pengerusi
Barisan Nasional (BN) negeri percaya pelantikan pemimpin, yang pernah
menganggotai jemaah menteri sebelum ini, akan memastikan kesinambungan menerusi
pengalaman mereka.
"Dalam masa yang sama,
barisan muka baharu juga akan menyuntik idea-idea yang baharu dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri," katanya pada sidang media
khas bagi mengumumkan portfolio anggota jemaah menteri negeri Sabah yang baharu
di kediamannya di Sri Gaya, dekat sini.
Sebelum itu, anggota jemaah
menteri Sabah menerima watikah perlantikan dan mengangkat sumpah jawatan di
hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.
Musa berharap barisan jemaah
menteri baharu itu dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan
sebaik-sebaiknya bagi memenuhi mandat dan kehendak rakyat sesuai dengan gagasan
'1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'.
Katanya barisan jemaah
menteri itu turut dibantu barisan pembantu menteri yang juga menggabungkan muka
lama dan baharu.
"Saya tekankan bahawa
barisan jemaah menteri dan pembantu-pembantu menteri ini memerlukan sokongan
dan dukungan daripada semua wakil rakyat BN.
"Sama ada kita terpilih
dalam jemaah menteri dan pembantu menteri atau sebaliknya, sebagai wakil rakyat
BN adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita untuk memberikan
perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat," katanya.
Musa berkata setiap wakil
rakyat mempunyai peranan dan sumbangan yang penting bagi memastikan mandat
rakyat dipenuhi, janji ditepati dan dilaksanakan dengan terbaik bagi membawa
lebih banyak kemajuan dan pembangunan negeri serta memastikan kesejahteraan
rakyat.
BN Sabah melakar kejayaan
dalam pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti
dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri
manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding satu pada 2008.
Mengenai cadangan beberapa
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar beberapa wakil BN yang kalah dalam pilihan
umum Ahad lepas diberi peluang untuk menjawat Anggota Dewan Undangan Negeri
Dilantik, Musa berkata tidak ada cadangan untuk berbuat demikian buat masa ini
tetapi sedia menimbangkannya jika ada keperluan.
Musa juga mengumumkan bahawa
bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran, yang digugurkan
daripada barisan Kabinet Sabah yang baharu, dilantik sebagai pengerusi
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) berstatus menteri.
Berikut ialah senarai jemaah
menteri Sabah dan pembantu menteri yang diumumkan ketua menteri hari ini:
JEMAAH MENTERI NEGERI SABAH
Ketua Menteri/Menteri
Kewangan - Datuk Seri Musa Aman
Timbalan Ketua
Menteri/Menteri Pembangunan Infrastruktur - Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Timbalan Ketua
Menteri/Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Yahya Hussin
Timbalan Ketua
Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian - Datuk Raymond Tan Shu Kiah.
Menteri Kerajaan Tempatan
dan Perumahan - Datuk Hajiji Noor
Menteri Pelancongan,
Kebudayaan dan Alam Sekitar - Datuk Masidi Manjun
Menteri Tugas-Tugas Khas -
Datuk Teo Chee Kang
Menteri Pembangunan Luar
Bandar - Datuk Radin Malleh
Menteri Pembangunan Sumber
dan Kemajuan Teknologi Maklumat - Datuk Siringan Gubat
Menteri Belia dan Sukan -
Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna - Datuk Jainab Ahmad Ayid.
SENARAI PEMBANTU MENTERI
NEGERI SABAH
Pembantu Menteri di Jabatan
Ketua Menteri
1. Datuk Edward Yong Oi Fah
2. Datuk Ellron Angin
3. Datuk Arifin Mohd Arif
Pembantu Menteri Belia dan
Sukan
1. Masiung Banah
Pembantu Menteri Kewangan
1. Datuk Ramlee Marahaban
2. Datuk Michael Asang
Pembantu Menteri Pembangunan
Infrastruktur
1. Datuk Bobbey Ahfang Suan
2. Datuk Ghulam Haidar @ Yusof
Khan Bahadar
Pembantu Menteri Kerajaan
Tempatan dan Perumahan
1. Datuk Zakaria Edris
2. Datuk Dr Joachim Gunsalam
Pembantu Menteri Pembangunan
Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
1. Datuk Hamisah Samat
Pembantu Menteri Menteri
Pertanian dan Industri Makanan
1. Datuk Sairin Karno
2. Datuk Musbah Jamli
Pembantu Menteri Pembangunan
Perindustrian
1. Datuk Bolkiah Ismail
Pembantu Menteri
Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
1. Datuk Pang Yuk Ming
2. Datuk Kamarlin Ombi
Pembantu Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
1. Lasiah Baranting @ Anita
Sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment