KUALA LUMPUR : Tunku Abdul
Aziz Tunku Ibrahim berkata, tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh memberi amaran
kepadanya untuk berhenti dedahkan 'rahsia' parti membuktikan pendedahannya
sebelum ini adalah benar.
"Apa maksud rahsia
dalaman parti oleh Karpal? Adakah dengan ini, beliau mengaku semua pendedahan
saya sebenarnya benar dan tidak seharusnya diceritakan kepada masyarakat umum?
Mereka cuba 'menghancurkan' keamanan negara ini dan saya harus menutup mulut?
"Siapa Karpal untuk
mengarahkan saya 'tunduk' kepada kemahuan beliau? Saya tidak sekali pun gerun
dengan amaran ini, saman saya dengan segera pada bila-bila masa, saya tidak
takut dengan ugutan kebudak-budakan seperti ini," katanya kepada akhbar
Utusan Malaysia.
Tunku Aziz yang juga bekas
Naib Pengerusi DAP itu menegaskan, beliau tetap akan terus membuat pendedahan
berkaitan parti itu dan bersedia disaman pada bila-bila masa.
Tunku Aziz berkata demikian
mengulas amaran Karpal kepadanya agar menghentikan segala cerita yang menjadi
'rahsia' dalam parti itu kepada umum.
Karpal yang juga anggota
Parlimen Bukit Gelugor berkata, beliau juga akan mengemukakan saman di mahkamah
sekiranya Tunku Aziz tidak menghentikan perbuatan memburukkan DAP.
Tunku Aziz turut mengingatkan
Karpal bahawa beliau tidak pernah menjual 'maruah dan suara hatinya' sehingga
terpaksa tunduk kepada golongan hipokrit serta pentingkan diri dalam parti
tersebut.
"Saya sertai DAP kerana
terpedaya dengan retorik parti itu, dan kerana tidak tahan 'diperhambakan'
serta diperbodohkan oleh orang-orang ini, saya telah keluar. Adakah Karpal, Lim
Guan Eng dan Lim Kit Siang ingat saya boleh dibeli dan diugut seperti ini?
"Apakah maksud Karpal
dengan menuduh saya mendedahkan rahsia parti? Andai rahsia itu membawa musibah
kepada negara dan rakyat di negara ini, saya akan teruskan perjuangan saya.
Saman saya beratus kali sekalipun, saya sedia hadapinya," ujarnya.
Tambah Tunku Aziz, beliau
akan membuat lebih banyak pendedahan dari semasa ke semasa selepas ini tanpa
menghiraukan amaran Karpal.
Dalam pada itu, beliau turut
membidas sikap 'talam dua muka' Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham yang
mengkritik MCA kerana membenarkan wakilnya menjawat dalam Exco Kerajaan Negeri
Johor.
"Saya hendak tanya kepada
Koo Ham, mengapa beliau menerima darjah kebesaran yang dikurniakan raja-raja
Melayu yang membawa gelaran Datuk kepadanya sedangkan DAP 'melarang' ahlinya
daripada menerima gelaran seumpama itu?
"Kamu boleh berbuat apa
sahaja sesuka hati kamu walaupun melanggar peraturan parti tetapi sekiranya
orang lain berbuat demikian, pemimpin dalam parti itu akan melompat-lompat cuba
mendapatkan pembelaan, DAP sebenarnya penuh dengan pemimpin hipokrit dan tidak
tahu malu," tegasnya.
Koo Ham dalam laman
twitternya pada 15 Mei lepas mendakwa MCA tidak berpendirian kerana sebelum ini
tunduk kepada UMNO dan kini kepada Sultan Johor khususnya melibatkan soal
penerimaan jawatan Exco Kerajaan Negeri Johor oleh Ahli Dewan Undangan Negeri
Pulai Sebatang, Datuk Tee Siew Kiong.
Pengerusi DAP, Karpal Singh ketika ini nampaknya tak senang duduk dengan segala tindakan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Mana tidaknya, selepas Tunku Aziz keluar dari parti DAP, terlalu banyak perkara dan kepincangan dalam parti DAP yang didedahkan oleh beliau. Jadi, Karpal mengambil pendekatan yang sama seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu saman. Ya, saman!
ReplyDeleteKarpal telah memberi amaran kepada Tunku Aziz sekiranya masih lagi meneruskan tindakannya mendedahkan kepincangan dan masalah dalam parti DAP, beliau tidak teragak-agak untuk memfailkan saman terhadap bekas rakan seangkatannya itu. Samalah seperti Anwar, ‘You ulang, I saman!’
ReplyDeleteKalau diikuti segala pendedahan yang dilakukan oleh Tunku Aziz, tidak terhitung setiap masalah yang benar-benar berlaku dalam parti DAP. Antaranya dakwaan Tunku Aziz di mana kerjasama parti PAS dan DAP hanya mainan wayang kulit, tak ubah umpama sebuah perkahwinan yang gagal dan hanya bertujuan untuk mencapai kuasa dalam politik Malaysia.
ReplyDeleteSecara tidak langsung, dakwaan Tunku Aziz itu ada benarnya. PAS-DAP hanya bermuka-muka sahaja di hadapan umum menunjukkan mereka boleh bekerjasama tetapi hubungan kedua-dua parti itu tidak berdaya maju.
ReplyDeleteIa ditambah dengan ‘lakonan’ hebat mereka hanya untuk menghadapi PRU13 sahaja. Selepas keputusan pilihan raya, jelas menampakkan DAP meninggalkan PAS apabila terang-terangan tidak mahu parti Islam itu diberi lebih kuasa dari mereka.
ReplyDeleteBeberapa minggu sebelum penamaan calon, Tunku Aziz sekali lagi bertindak mendedahkan terdapatnya rancangan khusus dari parti gabungan PKR-PAS-DAP di mana mahu mencetuskan huru-hara sewaktu pembuangan undi.
ReplyDeleteTerdapat beberapa individu yang telah dibayar oleh PR untuk berlakon dan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap SPR di pusat-pusat membuang undi.
ReplyDeleteTunku Aziz juga pernah mahukan Pendaftar Pertubuhan (ROS) digesa menggantung DAP sebagai parti politik sementara menunggu siasatan mengenai dakwaan penyelewengan ketika pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu sehingga selesai siasatan lanjut. Kata Tunku Aziz, penyelewengan yang dilakukan oleh DAP itu hanyalah mempunyai kepentingan parti sahaja.
ReplyDeletePemilihan CEC DAP diadakan pada 15 Disember tahun lalu dan keputusannya diumumkan pada hari yang sama, namun kira-kira tiga minggu kemudian DAP mengakui ada beberapa kesilapan dalam pengiraan undi dan membuat pembetulan, menyebabkan beberapa anggota parti membuat aduan kepada ROS.
ReplyDeleteParti DAP itu juga gagal mematuhi Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan 1966 yang memperuntukkan pertubuhan berdaftar termasuk parti politik mengadakan mesyuarat agung dan menghantar laporan tahunan yang turut mengandungi kenyataan kewangan dan senarai anggota jawatankuasanya dalam tempoh 60 hari selepas mesyuarat diadakan.
ReplyDeleteTunku Aziz juga menempelak sikap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menghalang siasatan diteruskan kerana ia adalah tindakan menghalang proses keadilan selain menimbulkan tohmahan dan memberikan kesan negatif terhadap reputasi DAP sebagai parti politik.
ReplyDeleteYang terbaru pula, Tunku Aziz mendedahkan wujudnya komplot dirancang pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan seperti himpunan bantah ‘Balckout 505′ yang sedang gigih dilaksanakan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya termasuklah DAP.
ReplyDeleteKomplot seperti ini amatlah serius untuk dipandang remeh sahaja kerana unsur provokasi yang cuba dilakukan pembangkang yang merancang melakukan rusuhan jalanan bagi membantah keputusan PRU-13 membabitkan keselamatan awam dan negara.
ReplyDeleteJika difikirkan logik juga, tidak ada masalah untuk Tunku Aziz ‘menghentam’ pucuk pimpinan DAP kerana beliau bukan lagi ahli DAP dan prinsip beliau tetap sama seperti dahulu, membetulkan apa yang tidak betul dan perjuangkan kebenaran.
ReplyDeletePrinsip Tunku Aziz inilah yang membuatkan Karpal tidak senang duduk kerana khuatir nama dan imej DAP akan tercalar nak-nak lagi selepas DAP menang banyak kerusi selepas PRU13.
ReplyDeleteHakikatnya, Tunku Aziz mendedahkan apa yang benar dan bakal terjadi demi menjaga keharmonian dan kestabilan negara. Kalau DAP menghentam kerajaan yang memimpin Malaysia dengan baik tak ada masalah pulakah?
ReplyDeleteKarpal perlu sedar, Tunku Aziz pernah berada dalam parti DAP dan pernah memimpin parti itu, sudah pasti beliau mengetahui kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh DAP. Seharusnya, Karpal perlu muhasabah diri dan ambil segala pendedahan yang dibuat oleh Tunku Aziz sebagai cara untuk mengatasi kepincangan parti DAP sendiri.
ReplyDeletecadangan Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh supaya kerajaan memansuhkan Dewan Negara atas alasan merugikan wang rakyat mempunyai maksud tersirat.
ReplyDeleteKarpal mahu menguji respon kerajaan dan juga rakyat. Karpal berharap rakyat akan bersetuju dengan kenyataannya itu. Bila bersetuju, rakyat akan mendesak kerajaan bertindak menghapuskan Dewan Negara. Selepas menerima tekanan, kerajaan pun akan memansuhkan Dewan Negara. Inilah yang dimahukan oleh Karpal. Jika ini berjaya direalisasikan, tidak mustahil selepas ini, semua institusi yang wujud di bawah Perlembagaan Malaysia juga akan didesak untuk dimansuhkan.
ReplyDeleteMaka, institusi Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, Islam sebagai agama rasmi Persekutuan dan institusi-institusi atau pertubuhan yang ditubuhkan untuk memajukan Melayu dan Bumiputera seperti UiTM, MARA, FELDA dan sebagainya akan dimansuhkan. Cadangan memansuhkan Dewan Negara merupakan satu permulaan saja terhadap banyak lagi strategi DAP laknatullah untuk menghapuskan apa sahaja yg memberi kelebihan kpd Melayu n Bumiputera.
ReplyDeleteKalau boleh, mereka mahu membolot atau memonopoli apa saja yg ada di Malaysia ini. Prinsip mereka, tak mahu berkongsi dengan bangsa lain. Mereka mahu hanya kaum mereka saja yg tinggal di Malaysia ini.
ReplyDeleteTindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut menyaman Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim kerana mendedahkan rahsia parti itu disifatkan sebagai hipokrit dan dwi standard.
ReplyDeleteBekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, Karpal tidak sedar DAP selama ini melakukan perkara sama kerana sentiasa mahu mendedahkan kesalahan atau kesilapan yang kononnya dilakukan kerajaan.
DeleteSehubungan itu, tambahnya, pemimpin DAP tersebut perlu bersedia dan menerima tindakan pihak lain yang mendedahkan kepincangan parti itu apatah lagi perkara berkenaan dilakukan bekas pemimpin dan ahli DAP sendiri.
Deletebeliau (Mohamed Razali Abdul Rahman) sokong tindakan Tunku Abdul Aziz 100 peratus. Sekiranya Karpal dan DAP tidak melakukan perkara seperti didedahkan menerusi beberapa siri kenyataan Tunku Abdul Aziz sebelum ini, kenapa mereka perlu berasa takut.
DeleteDalam pada itu, bekas Setiausaha DAP Kampung Baru Balakong, Tan Chew Wah menyelar tindakan Karpal yang dilihat sebagai usaha terakhir mengunci mulut Tunku Abdul Aziz.
DeleteKatanya, Karpal tidak sewajarnya berbuat demikian memandangkan DAP selama ini sering mendabik dada kononnya menjadi parti yang mengamalkan demokrasi.
DeleteApabila DAP Mahu dedahkan silap orang lain boleh, tetapi apabila ada orang lain mahu dedah salah dan rahsia sendiri, mereka melompat dan mahu saman.
ReplyDeleteIni sikap dwi standard yang diamalkan DAP. Mereka takut agenda yang direncana diketahui rakyat.
DeleteDengan banyaknya ''rahsia'' DAP ini mampu menghancurkan keharmonian dan keamanan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia selama ini. Hanya BN sajalah yang mempunyai agenda transformasi ke arah kebaikan. Itulah sebab ohamed Razali Abdul Rahman mentokong Tunku Aziz.
DeleteKita mungkin tidak tahu adakah pakatan mempunyai lebih banyak rahsia dalaman yang boleh merosakkan sistem baik serta pepaduan kaum yang ada di Malaysia sekarang. Ini juga satu sebab BN yang telah dikenali dengan rekod nya menyatukan semua dipilih rakyat.
DeleteKarpal juga takut dengan Tungku Aziz kerana dia mengeluarkan kelemahan DAP secara terang-terangan kepada awam di mana rakyat seharusnya tahu kerana jika agenda jahat itu dikerjakan tanpa pengetahuan rakyat maka musnahlah negara.
ReplyDeleteBekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim mendakwa akan terus
ReplyDeletemendedahkan semua rancangan DAP yang didakwanya bertujuan untuk
merosakkan negara kepada umum.
Sebagai seorang anak Melayu tegasnya, beliau tidak pernah menjual
ReplyDelete'rohnya' kepada DAP dan menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan
negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan 'rahsia' DAP yang cuba merosakkan negara.
ReplyDelete"Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut!" dakwanya
Ditanya mengenai amaran Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu mengambil
ReplyDeletetindakan mahkamah sekiranya Abdul Aziz terus mendedahkan rahsia DAP,
Abdul Aziz menjawab beliau bersedia berhadapan dengannya di mahkamah
Saya tidak takut dengan amaran
ReplyDeletetersebut, ini negara saya, keluarga saya sudah berada di negara ini
sejak ribuan tahun lalu, saya tidak akan jual roh saya kepada DAP.
Semakin amaran begini dikeluarkan, semakin itulah semangat saya untuk dedahkan 'rahsia'DAP berkobar-kobar," katanya.
ReplyDelete