Monday, 20 May 2013

SS5558J : KERETA MISTERI DI TELUPID?





Saudara Pengarang,

SAYA bagi pihak penduduk Kampung Kiabau, Telupid sudah lama memantau pergerakan sebuah kenderaan Pacuan 4 roda (Double Cap) berwarna hitam yang menggunakan No Plat SS5558J kerana begitu mencurigakan kerana sering dilihat membawa rokok seludup dan juga syabu keluar masuk ke kampung kami.

Kami semakin curiga kerana kereta ini selalu bergerak pada tengah malam dan kami sering melihat muatan kereta ini ketika berhenti di suatu tempat untuk memunggah barangan belum dibayar cukai seperti rokok Gudang Garam, Kretek, Astro dan Malboro.

Sebagai orang awam, kami sudah mengadukan masalah ini kepada Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, Wakil Rakyat dan juga Pegawai Polis, namun tidak ada yang berani bertindak memeriksa atau menggeledah kenderaan ini.

Walaupun kemungkinan kenderaan tersebut menggunakan nombor plet palsu, namun adalah mustahil tidak pernah dilihat pihak polis. Kami telah memeriksa nombor pendaftaran kenderaan ini SS5558J di Jabatan Pengangkutan Jalan; didaftarkan atas nama Suhuyah @ Sauyah Bt Ismail (NRIC : 650625-12-5490) yang beralamat di  Lot 491, Taman Fajar, Batu 7, Jalan Airport, Sandakan.

Sekiranya kenderaan SS5558J bukan milik Suhuyah, maka kami menggesa agar Suhuyah tampil membuat laporan polis untuk membersihkan nama beliau kerana kenderaan ini telah digunakan untuk kegiatan penyeludupan rokok, dadah dan minuman keras.




Kami juga sempat menyemak rekod SPR dan mendapati Suhuyah adalah pengundi berdaftar di Taman Merpati, Sibuga, Libaran.

Salam Hormat,

SUNTIPAN KANDIU

5 comments:

  1. mungkin penduduk kampung sendiri perlu bertindak menahan kereta tersebut.. bila wujud kekecohan, barulah polis akan masuk campur..

    ReplyDelete
  2. Tidak boleh dibiarkan ni apa lagi jika mencurigakan lakukan kegiatan haram.harap pihak berkuasa bertindak segera.

    ReplyDelete
  3. Perkara ini harus diberi perhatian bagi membantu mengelakkan apa-apa perkara yang tidak diigini berlaku.

    ReplyDelete
  4. Kerjasama semua pihak memang diperlukan cuma jangan sampai terlebih dari pihak berkuasa pula ya:P

    ReplyDelete