Oleh : WONG KAH KIET
PARA peniaga dan penduduk di
Bandar Kimfung, Batu 4, Sandakan telah mengadu bahawa mereka mengalami pencemaran
bunyi yang dihasilkan oleh Jentera Telekomunikasi di atas bumbung rumah kedai
ini sejak beberapa tahun lalu, namun aduan tidak pernah dipedulikan Pemimpin
Kemajuan Rakyat Elopura atau pihak berkenaan.
Kata mereka pencemaran bunyi
ini telah memberi gangguan kepada mereka yang tinggal di sekitar rumah kedai
terutama pada waktu malam sehingga mereka tidak lena tidur malam dan para pelajar
hilang tumpuan dan tidak dapat mengulangkaji pelajaran.
"Kami tidak tahu lagi
kepada siapa mahu mengadu kerana mereka hanya menabur janji dan ambil undi kami
sebelum pergi tanpa kembali sampai ke hari ini," ujar Wong yang mengeluh
agar Kerajaan Tempatan mengharamkan pemasangan jentera komunikasi di atas
bumbung rumah kedai.
Tambah Wong, walaupun kadar
radiasi dikatakan rendah, namun gangguan pancaran gelombang komunikasi
mengganggu keselesaan hidup mereka dan mendatangkan kesan sampingan yang lain.
No comments:
Post a Comment