Thursday 8 March 2012

RCI, SEHEBAT EPIK MERONG MAHAWANGSA?







Oleh : MUTALIB M.D

FILEM epik Merong Mahawangsa yang menelan belanja RM8 juta tidak sehebat Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri dalam masa terdekat kerana memerlukan kos berbilion ringgit disebabkan isu kerakyatan songsang sudah berakar umbi; serumit pendedahan Sabahkini.net berhubung Epik Arsad Bin Haji Alwi pada kali ini.

Arsad Bin Haji Alwi, adalah salah seorang daripada puluhan ribu warga asing tanpa izin (PATI) yang telah menyerap dalam perkhidmatan kerajaan dan telah diterima secara sah melalui proses asimilasi dan terlepas tapisan keselamatan serta kuat kuasa undang-undang.

Mengikut siasatan Sabahkini.net, Arsad yang tidak mempunyai sijil lahir atau MyKad telah berjaya memaksa rakyat Sabah membayar semua kos pelajarannya sejak sekolah rendah sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia (USM).

Lebih membanggakan, ketika ramai graduan Sabah masih menganggur, Kementerian Pelajaran Malaysia kini melantik Arsad sebagai Guru yang berjawatan Penolong Kanan HEM Skel hakiki DG 44 secara Tetap dan Berpencen di SMK Balung, Tawau dengan gaji kasar RM5,963.68 sebulan.

Arsad mula dilantik ke Perkhidmatan Tetap pada 1 September 1994 sebelum disahkan dalam jawatan tetap dan berpencen pada 1 September 1997.

Mengikut rekod perkhidmatannya, Arsad mula bertugas di SMK Kunak pada 1 September 1994 sehingga 1 Januari 1999 sebelum berpindah ke SMK Balung mulai 1 Januari 1999 sehingga 16 Disember 2006; kemudian ke SMK Pasir Putih pada 12 Disember 2006 sehingga 1 Jun 2009 sebelum kembali ke SMK Balung bermula 1 Jun 2009 sehingga kini.

Persoalan yang menarik untuk dikaji oleh 222 Ahli Parlimen Malaysia dan 65 Senator yang menggubal Akta Pendaftaran Negara 1959, bagaimana Arsad boleh dilantik ke Perkhidmatan Awam tanpa tapisan keselamatan; sedangkan mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara kad pengenalan yang digunakan oleh Arsad iaitu H0740273 milik A Ramlee @ Ramli Bin Rasim, seorang penduduk Asal Sabah berketurunan Bajau dari Kg Kuala Abai, Kulambai, Usukan, Kota Belud.

A Ramlee telah tiga kali membuat penukaran kad pengenalan dan kali terakhir mengambil Mykadnya, 700710-12-5439 pada 21 Januari 2012; berbanding Arsad yang masih menggunakan Kad Pengenalan Lama bernombor H0740273.

A Ramlee juga merupakan pemilih berdaftar yang mengundi sejak beberapa pilihanraya lalu di Kg Kuala Abai, Kulambai, Usukan, Kota Belud dengan menggunakan MyKad 700710125439/H0740273 sedangkan Arsad tidak pernah mengundi kerana kad pengenalannya dikenalpasti sebagai PALSU dan TIDAK SAH!

Tambah menarik untuk dikaji bagaimana Akauntan Negara Malaysia boleh membuat potongan gaji Arsad untuk membayar Cukai Pendapatan (SG07356629021), KWSP (61135871) dan Bank Simpanan Nasional meluluskan pembukaan akaun bank Arsad jika kad pengenalannya TIDAK SAH?

Maklumat Semakan Sabahkini.net, berikut Biodata Arsad Bin Alawi;

1. Nama : ARSAD BIN ALWI

2. Jantina : Lelaki

3. Tarikh lahir & Tempat Lahir : 07 JULAI 1970 - Sijil Lahir tiada

4. No. Kad Pengenalan : H 0740273

5. No. Fail SPP : JP (SB) D1–04/3699

6. No. Cukai Pendapatan : SG 07356629021

7. No. KWSP : 61135871

8. Jawatan/Gred : Penolong Kanan HEM, DG 44

9. Tarikh mula berkhidmat : 01.09.1994

10. Lantikan pertama : 01.09.1994

11. Pengesahan Dalam Perkhidmatan (Lantikan pertama) : 01.09.1997

12. Tarikh Masuk ke Jawatan Berpencen : 01. 09. 1994

13. Alamat Tempat Kerja : SMK Balung, P.S. 60070, 91010 Tawau. Sabah.

14. No. Tel. H/S : 013 85878320

15. No. Tel. Sekolah : 089 951032

16. Fax Sekolah : 089 951160

17. Alamat Rumah : Tempat Tinggal sekarang : Rumah Guru, SMK Balung, P.S. 60070, 91010 Tawau. Sabah.

Alamat lain tempat tinggal sekarang

i. Kg. Baru Pasir Putih, Tawau.

ii. Kg. Getah Baru Kunak.

Agak menarik juga, semakan atas talian Rekod Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Malaysia mendapati rekod Arsad Haji Alwi seperti berikut;

Penemuan kes Arsad ini adalah 'Tip of Iceberg' dan Kerajaan Malaysia wajar mengkaji mekanisme RCI agar tidak menjadi seperti filem Epik Merong Mahawangsa yang hanya gah pada nama tetapi kutipan tidak seberapa; malah amat memalukan kerana kesilapan fakta meletakkan 'Garuda' sebagai Lanun Puaka?

Sebelum ini penulis telah mendedahkan kes PATI mendapati ijazah daripada Universiti Malaysia Sabah melalui artikel bertajuk 'UMS Untuk Siapa'?


30 comments:

  1. I hope the Federal Government will announce the implementation of the RCI soon to investigate these illegal immigrants issue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I wonder when will the announcement be made.

      Delete
    2. Don't know when RCI will be confirmed to establish or not.

      Delete
    3. The federal should take immediate action. The issues should not prolong.

      Delete
    4. Federal should not take too long for decision.

      Delete
    5. hope the decision will be made before GE-13. it is to ensured that government is really sincere to solve the PATI problem in Sabah.

      Delete
  2. No doubt many people find it unfair that an illegal immigrant can enter the country through the back doors and be given better status than local citizens, be sure to investigate these people.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Those who are involved in helping the illegal immigrant entering the country through back door and providing them IC should be heavily punished.

      Delete
    2. The PATI enjoy more benefit that the original Malaysian.

      Delete
    3. PATI juga tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya. Rakyat negara ini sendiri ada yang menggalakkan kemasukan PATI dan sanggup menggadai maruah negara.

      Delete
  3. Beliau memang tidak berhak mendapat hak ini, kita mesti melakukan sesuatu.

    ReplyDelete
  4. Apabila terfikir perkara ini, memang tidak senang hati.

    ReplyDelete
  5. kerana itulah RCI amat diperlukan bagi siasat isu projek ic dan PATI di Sabah.

    ReplyDelete
  6. kita tak boleh biarkan PATI berleluasa di tanah air kita.

    ReplyDelete
  7. Diharap RCI segera diumumkan dan segera di laksanakan.

    ReplyDelete
  8. Punca masalah harus dikenalpastikan. Jika tidak, keadah penyelesaian tidak mungkin berjaya.

    ReplyDelete
  9. Pihak yang terlibat haruslah disiasat terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  10. Mereka menjejas perkembangan ekonomi negara. Golongan ini menjalankan aktiviti yang haram dan penjenayah, tindakan wajar harus diambil serta merta.

    ReplyDelete
  11. Saluran mana yang mereka mendapatkan IC palsu? Adakah pihak JPN harus disiasat terlebih dahulu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga kata Anonymous, sari mana golongan ini mendapat IC jik atidak JPN yang mengeluarkannya?

      Delete
  12. Memandangkan masalah PATI adalah hal yang serius dan tidak boleh dipandang ringan oleh semua pihak, maka ia perlu diselesaikan dengan segera

    ReplyDelete
  13. jika benar hanya RCI sahaja yang dapat menyelesaikan isu PTI, maka mudah-mudahan PM kita akan meluluskan penubuhannya sebelum PRU nanti

    ReplyDelete
  14. walau bagaimanapun, penubuhan RCI harus dibuat dengan pertimbangan dan perlaksanaan yang wajar

    ReplyDelete
  15. Biarlah keputusan yang tepat dapat dibuat oleh kerajaan untuk kebaikan semua

    ReplyDelete
  16. harap ada perkembangan mengenai isu RCI ini dalam masa terdekat

    ReplyDelete
  17. Siasatan diperlukan untuk mengesan punca masalah.

    ReplyDelete
  18. Masalah ini tidak harus diperpanjangkan lagi, pihak kerajaan harus bertindak cepat.

    ReplyDelete
  19. Nampaknya RCI sememangnya perlu dilaksanakan secepat yang mungkin. Jangan biarkan perkara ini terus menjadi tandatanya oleh penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  20. "Arsad tidak pernah mengundi kerana kad pengenalannya dikenalpasti sebagai PALSU dan TIDAK SAH!"

    dari petikan ini cukup untuk menjelaskan bahawa pemilik IC projek atau IC palsu tidak layak dan tidak boleh mengundi.. bermakna, soal BN menang kerana projek IC adalah tidak benar sama sekali..

    ReplyDelete
  21. saya rasa baik empunya badan sendiri buat penjelasan jika dakwaan ini tidak tepat.. mungkin ada pihak yang salah faham dan terus membuat tuduhan tanpa usul periksa..

    ReplyDelete