MEWAH.....
Banglo tiga tingkat bernilai RM4 juta yang dimiliki seorang artis di The
Valley, Taman Bukit Indah, Ampang.
SEORANG artis yang didakwa
mempunyai hubungan dengan seorang menteri telah menduduki sebuah rumah berharga
RM3 juta mulai awal bulan ini. Rumah tiga tingkat beralamat di No 18, Jalan
Lembah TTDI 3, Taman Bukit Indah (The Valley), Ampang adalah didakwa milik
pelakon yang dikaitkan dengan seorang Menteri Kabinet.
Menurut sumber, rumah
tersebut berharga RM3 juta dan pelakon tersebut telah memasuki rumah itu awal
April lalu. Malah menurut sumber itu lagi, artis wanita itu telah melakukan
pengubahsuaian ke atas rumah tersebut dengan kos sebanyak RM1 juta.
Bagaimanapun, sumber itu
memberitahu, rumah itu tidak dibeli atas nama artis berkenaan tetapi atas nama
salah seorang ahli keluarganya tetapi segala urusan berkaitan ubahsuai rumah
itu dilakukan oleh artis berkenaan.
Tinjauan Harakahdaily
mendapati di bahagian hadapan kediaman tersebut turut terdapat pondok pengawal
dan beberapa kamera CCTV dipasang di sekeliling rumah.
Sumber turut menyatakan,
pelakon tersebut juga turut memiliki seorang jurulatih gimnasium peribadi yang
akan melatih beliau di sebuah kelab dalam kawasan perumahan tersebut.
Dalam pada itu, beliau
sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau
sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang.
Sebelum ini, Ahli Parlimen
Ampang Zuraida Kamaruddin mendedahkan pemberian wang tunai yang dianggarkan
berjumlah RM1.5 juta yang didakwa dilakukan oleh seorang menteri kepada seorang
artis hanya dalam tempoh empat bulan.
Beliau mendedahkan maklumat
itu berdasarkan laporan polis yang telah dibuat oleh bekas pemandu peribadi
artis terbabit.
Sementara itu, Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan beliau
mempunyai hubungan dengan seorang artis wanita bernama Zahida Mohd Rafik.
Mohd Shafie kelmarin
menafikan dakwaan yang dibuat ke atas sebelum ini dan mengancam untuk mengambil
tindakan saman kepada mereka yang mengaitkan dirinya.
Pelakon berkenaan, Zahida
juga turut tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu dan berkata peguamnya juga
sedang meneliti kes berkenaan.
tunggu saja la kena saman.. ada pemimpin dalam Pakatan yang sedang dalam ketakutan.. kalau kena saman berjuta2, entah dimana dia mahu cari duit.. agaknya guna kantung dana awam Selangor lagi la.. mesti MB selangor kasi approve tu..
ReplyDeleteMemang Zahida sudah memfailkan saman kepada Zuraida. tunggu dan lihatlah siapa yang akan menang nanti.
ReplyDeletesiapa sebarkan cerita ini mmg patut disaman.
Delete"beliau sebelum ini pernah memberitahu kepada penduduk taman tersebut bahawa beliau sudah berkahwin dan suaminya hanya datang bila ada masa terluang."
ReplyDeleteNampaknya dia ni bukanlah bini pertama jika si suami hanya datang bila ada masa terluang, kan?
Tidak sabar mahu tahu kebenaran di sebalik skandal ini!
ReplyDeleteZahida sudah saman Zuraida, jadi tunggu saja la hasil saman2 tu
ReplyDeleteSiapakah punya rumah ini?? Benarkah rumah milik Zahida??
ReplyDelete