Thursday, 26 April 2012

NAJIB BUKTIKAN MAMPU TADBIR NEGARA






PERDANA Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang baru tiga tahun mengambil alih tampuk pemerintahan negara, sudah membuktikan kemampuannya mentadbir negara ini dengan baik, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata ini terbukti dengan pelbagai program yang diperkenalkan untuk kebaikan rakyat termasuk gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEA).

Selain itu, katanya kerajaan Pusat turut memperkenalkan Klinik 1Malaysia, Kedai Rakyat 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (PRIMA) dan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia).

"Kini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) diberikan yang saya percaya turut memberikan manfaat kepada ramai rakyat di kawasan Kudat ini.

"Begitu juga dengan bantuan persekolahan RM100; baucar buku (RM200) untuk anak-anak di sekolah dan institut pengajian tinggi. Kesemua ini adalah untuk meringankan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan ketua-ketua masyarakat Zon Kudat, Rabu. (Bernama)

8 comments:

  1. malah dalam tempoh 3 tahun, telah banyak pembaharuan yang dia bawa yang mana gagal direalisasikan oleh pemimpin2 sebelum beliau seperti pemansuhan ISA, penggunaan dakwat kekal, penubuhan PSC, penubuhan akta perhimpunan aman,...

    ReplyDelete
  2. Gerenti,memang tidak akan disuruh letak jawatan seperti Pak Lah.

    ReplyDelete
  3. Najib pasti mampu mentadbir negara dgn baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Government is constantly making efforts to ensure the people in this country live in happiness

      Delete
  4. Kehebatan kepimpinan Najib tidak dapat disangkal. Semoga beliau terus memberikan khidmat yang terbaik untuk negara dan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Banyak transformasi telah dibawa oleh Najib.

    ReplyDelete
  6. We must be confident and trust the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who is all out to practise what he preaches under the 1Malaysia concept

    ReplyDelete
  7. Jika dengan niat yang baik dan melaksanakannya dengan baik pasti apa yang Datuk Najid hajatkan akan terlaksana sepenuhnya.

    ReplyDelete