Monday 9 April 2012

BUKU JINGGA EDISI SABAH DI PEKAN BEAUFORT


TERANG....Kelihatan Taufick dan AJK Cabang sedang memberikan penerangan kepada peniaga di pekan Beaufort.

PARTI Keadilan Rakyat Cabang Beaufort telah mengagehkan Buku Jingga Edisi Sabah kepada seluruh rakyat di P177 Beaufort sabtu lalu.

Pembahagian Buku jingga ini dilakukan oleh Ketua Cabangnya, Taufick Haji Ruschi dan disertai oleh AJK Cabang Parti Keadilan Rakyat Beaufort. Turut serta ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Beaufort, Sabri Sahpuan dan Ketua Wanita Cabang Puan Rubian Atan.

Lebih 400 buah Buku Jingga telah berjaya dibahagi-bahagikan kepada seluruh pekedai dan pengunjung tamu pekan Beaufort.

Pada sebelah petang, rombongan AJK Cabang Parti Keadilan Rakyat Beaufort telah mengageh-agehkan Buku Jingga di kawasan Dewan Undangan Negeri Kuala Penyu.

"Kita berpuas hati dengan sambutan rakyat di Beaufort dan mereka menerima baik Buku Jingga dan isi kandungannya kerana kita meluangkan banyak masa untuk berlapang dada dengan mereka menerangkan kebaikan Buku Jingga," kata Taufick yang meyakini angin perubahan semakin kencang melanda Beaufort.

6 comments:

  1. Pilihan ada di tangan rakyat. Tapi rakyat harus menilai sebaik mungkin.

    ReplyDelete
  2. Banyak sangat janji PKR tapi tidak dapat dipastikan sejauhmana mereka tepati janji mereka jika benar2 mereka mendapat kuasa untuk memerintah.

    ReplyDelete
  3. Masing-masing ada strategi untuk raih sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  4. ramai dah ahli PKR keluar, sampai terpaksa PKR buat mcm tu.. huhu..

    ReplyDelete
  5. PR mula mengatur strategi di Beaufort. Semoga penduduk tidak termakan dengan apa yang PR lakukan.

    ReplyDelete
  6. rakyat menerima buku jingga tidak semestinya mereka menerima perjuangan Pakatan.. rakyat juga sedar, apa yang terkandung dalam buku jingga belum tentu dapat dilaksanakan oleh Pakatan..

    ReplyDelete