Wednesday 4 April 2012

EMPAT TAHUN MINIMUM MANDAT KERAJAAN BARU


Oleh : CLARA CHOI (TMI)

JAWATANKUASA Pilihan Khas Parlimen (PSC) berkaitan penambah baikan pilihan raya telah mencadangkan kerajaan akan datang diberikan mandat memerintah selama empat tahun sebelum pilihan raya dijalankan.

“Jawatankuasa mencadangkan sesi Parlimen hanya boleh dibubarkan selepas mencapai tempoh empat tahun dan perkara ini perlu di peruntukkan oleh undang-undang,” kata panel berkenaan dalam laporan yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Fasal (3) Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, “Parlimen hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya dan selepas itu adalah terbubar”.

Panel sembilan ahli bipartisan yang ditubuhkan enam bulan lalu bagaimanapun menjelaskan kuasa untuk menentukan tarikh pembubaran bukan terletak di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kuasa SPR dalam hal ini menurut panel adalah menentukan tarikh pilihan raya 'selepas Parlimen dibubarkan'. Berdasarkan perundangan pilihan raya, SPR perlu mengemukakan tarikh pilihan raya selepas 60 hari daripada tarikh pembubaran.

“Jawatankuasa mengambil maklum bahawa terdapat cadangan tarikh Parlimen dibubarkan dinyatakan dalam peruntukan undang-undang bagi memudahkan persediaan oleh semua pihak yang terlibat dalam proses pilihan raya,” kata laporan panel PSC tersebut.

Panel turut mencadangkan SPR, untuk tiga bulan bermula hari ini, menyiapkan satu garis panduan untuk setiap parti yang menjadi kerajaan berkenaan pembubaran Parlimen.

Sembilan ahli bipartisan PSC telah diumumkan Datuk Seri Najib Razak tahun lalu setelah berbulan lamanya pentadbiran beliau menerima kritikan ketika menguruskan perhimpunan Bersih kedua pada 9 Julai.

Selepas13 mesyuarat, enam pendengaran awam, dan lawatan ke beberapa negara luar, panel berkenaan mengemukakan 22 hasil laporan akhir dan akan diserahkan kepada wakil rakyat di Parlimen semalam. Daripada kesemua hasil laporan tersebut, terdapat empat perkara yang tidak dipersetujui panel.

8 comments:

  1. This is one of the points from the 22 recommendation, but isn't that always been the rules that a term is four years for each government before the next GE will be held? Or is that 5 years?

    ReplyDelete
  2. Hope that PSC will do their best to fulfill the 18 points that they agreed upon so that we can have a cleaner and fairer elections.

    ReplyDelete
  3. Cadangan yang dipersetujui melalui PSC ni diharap dapat dilaksanakan dengan baik agar perjalanan pilihanraya di negara ni berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  4. terpulang nak laksanakan 4 tahun atau tidak, tapi buatlah keputusan yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pelaksanaan terhadap cadangan2 tu harus tegas.

      Delete
  5. Cadangan2 tu diharap dapat dilaksanakan dan dapat menambahbaik sistem yang sebelumnya.

    ReplyDelete
  6. Rasanya cadangan 4 tahun mandat kerajaan itu rasanya tidak cukup. Biarlah seperti apa yang ada sekarang ini.

    ReplyDelete
  7. bagaimana pula dengan kerajaan negeri yang mahu pilihanraya berasingan?? adakah perkara ini turut disentuh dalam kajian PSC??

    ReplyDelete