Wednesday 4 April 2012

KBBKB PENGELUAR UTAMA TEBU SABAH

LAWATAN……Noh Omar (dua dari kanan), Musbah (tiga dari kanan) ketika meninjau ladang tebu milik Koperasi Bumi Bistari Kota Belud di Kg. Taun Gusi, Kota Belud.

Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI

KOPERASI Bumi Bistari Kota Belud (KBBKB) merancang menjadikan Daerah Kota Belud sebagai daerah pengeluar produk berasaskan tebu di negeri ini di masa hadapan.

Pengerusinya, Arshad Bistari berkata buat masa ini KBBKB telah mengusahakan seluas 300 ekar ladang tebu di Kg. Taun Gusi di Kota Belud yang telah diusahakan sejak setahun yang lalu.

Menurut Arshad, KBBKB merancang memperluaskan lagi ladang tebu milik koperasi itu dalam masa yang terdekat ini seluas 1,000 ekar di kampung yang sama.

“Untuk penanaman ladang tebu seluas 1,000 ekar yang baru, KBBKB telah mengenal pasti kawasan yang sesuai di Kg. Taun Gusi untuk projek ini.

“Selain pembukaan kawasan 1,000 ekar itu KBBKB juga merancang memperluaskan lagi tanaman tebu di daerah ini di masa hadapan.“ Arshad berkata demikian ketika ditemui di ladang tebu KBBKB di Kg. Taun Gusi, Kota Belud semasa sesi lawatan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, Datuk Seri Noh Omar, baru-baru ini.

Jelas Arshad lagi, buat masa ini KBBKB sedang mendirikan kilang tebu di Kg. Taun Gusi yang bakal menyediakan peluang pekerjaan untuk penduduk di sekitarnya.

Menurutnya, hasil-hasil tebu yang sudah matang akan diproses di kilang itu seterusnya akan dipasarkan di daerah Kota Belud dan luar daerah ini.

“Antara produk tebu yang bakal dihasilkan menerusi kilang milik KBBKB itu nanti antaranya seperti jus tebu, gula merah dan gula batu, KBBKB yakin permintaan produk berasaskan tebu dipasaran di negeri ini masih terbuka luas, KBBKB juga merancang menjadi pengeluar utama produk berasaskan tebu di negeri ini.” tambahnya lagi.

Menyentuh mengenai lawatan Datuk Seri Noh Omar ke ladang tebu KBBKB, Arshad mengucapkan terima kasih kepada menteri berkenaan kerana sudi meluangkan masa melawat ladang tersebut.

Menurut Arshad, KBBKB kehadiran Datuk Seri Noh Omar ke ladang itu jelas membuktikan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia mengambil berat setiap pembangunan pertanian di daerah itu.

Hadir sama pada sesi lawatan itu antaranya Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sabah, Datuk Musbah Jamli serta para pemimpin setempat yang lain.

7 comments:

  1. KB akan menjadi jelapang padi, kini ia bakal menjadi pengelur tebu utama. KB sememangnya berpotensi sebagai pusat pertanian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taraf hidup penduduk KB pasti akan menjadi lebih baik lagi.

      Delete
    2. Selaras dengan rancangan kerajaan untuk menjadikan KB sebagai pusat pengeluaran makanan.

      Delete
  2. Harap2 semua yang dirancang berjalan dengan lancar

    ReplyDelete
  3. Bukan saja tebu namun KB juga boleh menjadi pengeluar padi untuk Negara jika diuruskan sebaiknya. Harap akan ada usaha yang baik dibuat untuk memastikan kejayaan.

    ReplyDelete
  4. KB berpotensi dimajukan sebagai daerah agropolitan jika tidak ada halangan dimana2 belah pihak, baik dipihak pembangkang mahupun rakyat..

    ReplyDelete
  5. Tebu untuk berpaut untuk kepentingin diri sendiri

    ReplyDelete