Wednesday 4 April 2012

SEMPORNA HUB PENDIDIKAN KETIGA SABAH

SAMPAIKAN.....Azis (tengah) menyampaikan Piala Pergerakan Pemuda Umno Semporna kepada pasukan Gempur FC menjuarai kejohanan Bola Sepak Sembilan sebelah Piala Ketua Pergerakan Pemuda Umno Semporna, di Semporna di sini kelmarin.

PENUBUHAN Pusat Giat Mara Pulau Bum-Bum, Maktab Sains Rendah Mara (MRSM) serta Kolej Polytech Mara Semporna menunjukkan keperihatian kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memperkasakan golongan belia di Parlimen Semporna.

Ketua Pemuda Umno Semporna, Mohd Azis Jamman berkata, ini merupakan impinan, komitmen serta perjuangan Pergerakan Pemua Umno Semporna untuk memastikan Parlimen Semporna tumpuan dalam sektor pendidikan di negeri ini.

Katanya, ketiga-tiga pusat pendidikan itu sudah terlaksana di Parlimen Semporna sekali gus membuktikan kerajaan begitu perihatian terhadap keperluan belia dalam menyediakan pendidikan khususnya penduduk di Sabah.

“Sudah tiba masanya golongan muda di Parlimen Semporna perlu memberikan padu serta tidak berbelah kepada kerajaan..Kita nasihatkan mereka jangan terpengaruh dengan hasutan pembangkang menjelang pilihan raya umum ke 13 akan datang.

"Kita perlu bersyukur dengan segala kemudahan yang disalurkan kerajaan, oleh itu belia perlu ambil peluang disediakan kerajaan untuk menimba segala ilmu pengetahuan serta kemahiran yang disediakan kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan kejohanan Bola Sepak Sembilan sebelah Piala Ketua Pergerakan Pemuda Umno Semporna, di Semporna di sini kelmarin.

Mohd Azis yang juga Ahli Lembaga Pengarah Kolej Polytech Mara Semporna berkata, golongan muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) boleh melanjutkan pelajaran mereka di Parlimen Semporna berdasarkan kursus yang mereka minati.

“Kita lihat ini merupakan pendekatan terbaik kerajaan mengurangkan kos ibu bapa dengan hanya melanjutkan pelajaran di kawasan Semporna sahaja. Inilah perjuangan Pemuda, Umno Bahagian Semporna dalam memperkasakan pendidikan di Semporna.

KENANGAN Azis (tengah) bergambar kenangan bersama Juara Piala Pergerakan Pemuda Umno Semporna kepada pasukan menjuarai kejohanan Bola Sepak Sembilan sebelah Piala Ketua Pergerakan Pemuda Umno Semporna, di Semporna di sini kelmarin.

“Kita ucapkan terima kasih kepada Ketua Umno Bahagian Semporna, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Hj Afdal selaku Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia merelisasikan memperkasakan pendidikan di Parlimen Semporna,” katanya.

Ketika diminta mengenai Mohd Azis berkata,setakat ini Pergerakan Pemuda Umno Semporna sudah berjaya mendaftarkan 7,300 pemilih baharu dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Sabah.

“Ini termasuk mengadakan pelbagai program di peringkat akar umbi, hasil kerjasama dengan agensi jabatan kerajaan di seluruh parlimen Semporna. Kita yakin hasil usahasama berterusan seumpama ini matlamat mencapai sasaran rendah dalam daftar pemilih baharu akan tercapai di masa depan,” katanya.

Dalam kejohanan disertai lebih 40 pasukan di seluruh Parlimen Semporna itu menyaksikan, pasukan Gempur FC menjuarai piala Pergerakan Pemuda Umno Semporna manakala Omadal FC di tempat kedua dan Uncle Chang FC di tempat ketiga.

6 comments:

  1. semoga pendidikan di Sabah akan tersu meningkat khuhusnya di Semporna.

    ReplyDelete
  2. Semporna pasti akan menjadi sebuah daerah yang pesat membangun bukan saja disebabkan ia menjadi hub pendidikan ketiga Sabah malah disebabkan ia terkenal sebagai pusat pelancongan.

    ReplyDelete
  3. macam mana sekalipun, bagi saya semporna lebih menyerlah dalam sektor pelancongan.. banyak usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan lagi pelancongan di daerah itu..

    ReplyDelete