Sunday 22 April 2012

KES NCR DARINSUK 14-18 MEI 2012



LUNGUN........ Begini bentuknya 'Lungun' (Keranda) dalam adat kematian suku Mangkaak, dalam kes Mahkamah bagi Kes Darinsuk P. Apan.

Oleh : GALUS AHTOI

PEGUAM utama Kes Darinsuk P. Apan, Datuk Kong Hong Ming, Peguam Ram Singh dan wakil PACOS Nousi sedang diberi taklimat oleh Robert Lunda semasa Bengkel Pengumpulan Bukti-Bukti Kes (Barang-Barang Kes) di Dewan Komuniti Kg. Maliau, Tongod pagi tadi 21 April 2012.

Kes Darinsuk P. Apan @ 4 orang lawan Hap Seng Consolidated Bhd, Asiatic Sdn. Bhd, Tanjung Bahagia Sdn. Bhd, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur dan Kerajaan Negeri Sabah akan dibicara bermula pada 14 - 18 Mei 2012.

Kes ini merupakan kes Tanah Adat (NCR) yang paling penting dalam kehidupan dan masa depan Tanah Adat / Orang Asal luar bandar Sabah. Sama-samalah datang memberikan sokongan moral demi kelangsungan hidup Orang Asal di Sabah.

9 comments:

  1. Semoga kemenangan berpihak di pihak yang benar.

    ReplyDelete
  2. Isu NCR seolah-olah tiada kesudahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau isu tanah memang susah dan perlu masa untuk kasi settle. Tapi harap2 orang2 yang berhak yang dapat tu tanah.

      Delete
  3. Kes tu perlu diadili seadil-adilnya, mereka yang layak harus menerima hak2nya.

    ReplyDelete
  4. Orang asal berhak untuk membela nasib mereka. semoga mereka memenangi kes ini.

    ReplyDelete
  5. amat diharap isu NCR ini dpt diselesaikan.

    ReplyDelete
  6. Selesaikan sebaiknya mengenai NCR di Sabah.

    ReplyDelete
  7. semoga Datuk Kong Hong berjaya mengembalikan semula hak2 penduduk asal negeri ini..

    ReplyDelete
  8. inilah tindakan yang patut diambil oleh pemimpin2 politik bila berhadapan dengan tuntutan2 rakyat.. bukannya membawanya ke jalanraya seperti yang dilakukan oleh PAS Sabah..

    ReplyDelete