Sunday, 22 April 2012

ADUN LAHAD DATU TERNAK BUAYA?



Saudara Pengarang,

BARU-BARU ini saya ke Lahad Datu untuk meninjau aduan rasmi yang difailkan oleh seorang peniaga yang kesal kerana rayuan dan aduannya tidak diendahkan Majlis Daerah Lahad Datu (MDLD) kerana Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur, membina kolam untuk menternak buaya berhampiran Bangunan Usia?

Menurut peniaga itu (nama dirahsiakan) kedainya sering kali banjir kerana air bertakung sehingga tidak ada pelanggan yang mahu masuk kerana kaki lima kedai seperti kolam ternakan buaya disebabkan tidak diselenggara dengan sempurna oleh kontraktor yang membina Bangunan Usia dan MDLD.

Saya tidak menyangka sikap 'buaya' Datu Nasrun terbawa dalam pentadbirannya sehingga tidak mempedulikan rungutan masyarakat, terutama peniaga yang menjadi mangsa kesombongan beliau.

Sehubungan itu, saya menggesa agar Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan MDLD lebih prihatin mengatasi masalah Kolam Buaya ini agar Kerajaan tidak memarahi pembayar cukai jika mereka memberikan undi kepada PKR adan Pakatan Rakyat.

Salam Hormat,

CITRA MASADI

Ketua Penerangan AMK PKR Sabah.

9 comments:

  1. Wakil rakyat di Lahad Datu kena peka dengan masalah yang berlaku di kawasan mereka.

    ReplyDelete
  2. Semoga aduan ini akan men dapat perhatian pihak berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pihak MDLD harus segera mengambil tindakan.

      Delete
  3. Kalau mahu buat kolam buaya pun jangan la susahkan orang.

    ReplyDelete
  4. Rakyat berhak menentukan nasib ADUN ni bila PRU nanti.

    ReplyDelete
  5. masalah ini harus diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  6. Ini mungkin masalah kecil saja. Daripada menyelesaikan masalah ini bagus lagi menyelesaikan masalah kawasan yang masih belum ada jalan raya yang bertar.

    ReplyDelete
  7. masalah yang dibawa oleh Citra ni mengganggu kepentingan orang awam ka?? saya tengok sekadar untuk kepentingan seorang peniaga sahaja.. tidak boleh ka peniaga itu menggunakan keuntungan beliau untuk melakukan kerja2 penyelenggaraan?? lagi pun tidak ada apa2 yang rosak melainkan sekadar air bertakung..

    ReplyDelete
  8. air bertakung itu bukannya sesuatu yang disengajakan.. lain la kalau kontraktor itu buat kerja2 pembinaan ketika waktu hujan.. barulah boleh dikatakan mereka sengaja membina kolam untuk ternakan buaya..

    ReplyDelete