Thursday 19 April 2012

MANGSA RUMAH ROBOH TERIMA BANTUAN




Oleh : SHAIMON S JUMADI

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Semporna bersama rombongannya Mohd Aziz Jamman telah menziarahi mangsa rumah roboh di Kampung Air Semporna, semalam.

Mangsa yang dikenali Hajah Ainie Hj Wahid, 47, seorang ibu tunggal yang mempuyai 8 orang anak telah menerima sumbangan berupa wang tunai daripada Aziz sebagai sumbangan ehsan untuk meringankan sedikit beban.

Menurut Aziz, rumah yang diduduki oleh Hajjah Ainie adalah rumah yang dibina oleh kerajaan pada tahun 2010 di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) sebanyak 38 buah rumah bagi menempatkan mereka yang kurang berkemampuan.

Tugas untuk membantu sesiapa sahaja yang memerlukan, kata Aziz, adalah tanggungjawab semua dan tidak semestinya terletak di bahu Ahli Parlimen mahupun Wakil Rakyat semata-mata.

"Sebagai Ketua Pergerakan Pemuda yang merupakan sayap kanan UMNO Bahagian Semporna, kita juga mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu ADR dan ADUN dalam menyelesaikan satu-satu masalah yang kita boleh selesaikan," kata Aziz.

Aziz menambah, ini adalah dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menyarankan ahli-ahlinya di peringkat akar umbi agar sentiasa turun padang untuk meninjau lebih dekat lagi segala masalah rakyat yang dihadapi kerana dengan adanya lawatan-lawatan kerap diadakan ini, sedikit sebanyak dapat memastikan permasalahan rakyat dapat dikenal pasti; lantas memberikan bantuan yang diperlukan.

Sementara itu, Hajjah Ainie sempat menceritakan bagaimana rumahnya boleh roboh dan menyembah bumi sedangkan struktur rumah yang dibina cukup kukuh.

“Keyika itu sedang berada di dapur. Saya terdengar satu bunyi kuat yang diikuti dengan gegaran yang aneh. Saya tidak peduli kerana pada masa itu air sedang pasang. Tiba-tiba rumah saya ini macam digoyang atau bagai digegar gempa bumi terus jatuh ke air. Mujurlah tidak tergelam, tapi semua barang kami habis basah,” jelas Hajjah Ainie dengan nada sebak.

Hajjah Ainie mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aziz kerana sudi memberikan bantuan kepada mereka dan merupakan orang yang pertama menziarahi keluarganya sejak ditimpa bencana.

7 comments:

  1. Bantuan dalam bentuk wang tunai telah diberikan kepada mangsa. adakah akan dibina semula rumah untuk mereka?

    ReplyDelete
  2. Kena kenalpasti punca mengapa rumah ini boleh roboh. Sama ada ia berpunca daripada keadaan kawasan itu atau binaan rumah yang tidak kukuh.

    ReplyDelete
  3. Nasib baik bantuan cepat dihulurkan.

    ReplyDelete
  4. Bantuan yang diberi harus boleh membantu

    ReplyDelete
  5. bantuan yabg diberikan pasti dpt ringankan beban mangsa. ia amat dihargai.

    ReplyDelete
  6. Harap akan ada bantuan seterusnya dari pihak kerajaan untuk perkara ini. Mungkin ada sebab lain kenapa rumah itu boleh roboh.

    ReplyDelete
  7. memandangkan rumah itu adalah bantuan kerajaan dibawah Program Bantuan Rumah, eloklah jika rumah itu dibina semula oleh kerajaan..

    ReplyDelete