GONG.....AZIZAH memukul gong diiringi muzik kulintangan sebagai simbolik perasmian Program 1Azam (Azam Kerja) Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Peringkat Bahagian Beaufort.
Oleh : ABU BAKAR ESAH
USAHA kerajaan membantu rakyat berpendapatan rendah adalah bagi melonjakkan pendapatan perkapita rakyat untuk mencapai matlamat negara berpendapatan tinggi sebagai mana yang terkandung dalam Wawasan 2020.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata program peningkatan pendapatan ini menjadi salah satu pendekatan penting kerajaan.
“Ketika ini pucuk pimpinan negara sedang berusaha untuk menjadikan Negara ini sebagai Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Oleh itu, jika rakyat yang sekarang ini berada dalam kategori berpendapatan rendah tidak dibantu untuk menikmati tahap pendapatan yang lebih baik, maka hasrat Kerajaan untuk melonjakkan pendapatan rakyat ke suatu tahap yang lebih tinggi tidak mungkin dapat dicapai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program 1Azam (Azam Kerja) Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Peringkat Bahagian Beaufort, di River Park Hotel, di sini.
Hadir sama, Setiausaha Tetap, Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna (KPMHEP) Sabah, Datuk Asnimar Hj. Sukardi; Pengarah Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah, Ithong @ Etong Terang; Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Beaufort, Mohd Shaid Othman dan Penolong Pegawai Daerah (Pentadbiran) Beaufort, Jupry Etok.
Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu berkata rakyat mestilah berperanan memastikan usaha kerajaan mencapai matlamatnya.
“Semua pihak yang terlibat sama ada dalam Program 1 Azam perlulah bergerak bersama-sama serta saling bantu membantu antara satu sama lain demi memastikan usaha kerajaan membawa kemakmuran dan kesejahteraan untuk seluruh lapisan rakyat di negara ini.
Program 1Azam, katanya adalah satu program di bawah peruntukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat [KPWKM].
“Azam adalah singkatan kepada perkataan Akhiri Zaman Miskin. Antara lain objektif utama program ini ialah bagi menyediakan peluang menjana pendapatan, memperkasakan ekonomi dan menggalakkan rakyat untuk berdikari melalui Azam Tani, Azam Niaga dan Azam kerja.
“Program ini sememangnya sangat dialu-alukan oleh semua pihak terutamanya golongan yang kurang berkemampuan kerana ianya dapat membantu mereka untuk keluar daripada belenggu kemiskinan yang selama ini telah menghalang mereka daripada menikmati kehidupan yang lebih baik dan sempurna,” katanya.
Beliau menambah, Kerajaan Negeri juga sentiasa komited untuk melaksanakan pelbagai inisiatif pembangunan bagi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya. Ini termasuklah usaha-usaha pembasmian kemiskinan khususnya kepada masyarakat di kawasan luar bandar.
PENGHARGAAN.....Ethong menyampaikan buah tangan kepada Azizah sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.
“Dalam hubungan ini, Kerajaan Negeri Sabah akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan semua program peningkatan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah di negeri ini. Kerajaan Negeri Sabah juga akan terus berusaha memastikan semua kelompok masyarakat di negeri ini dapat mengecapi nikmat pembangunan yang dibawakan oleh Kerajaan
Justeru itu, saya berharap kita dapat meneruskan iktizam dan komitmen agar Program 1 Azam ini akan dapat mencapai matlamatnya sekaligus menjadi wadah penting kepada pelaksanaan Gagasan 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan,” katanya.
Majlis itu diserikan dengan persembahan tarian, nyanyian, deklamasi puisi dan persembahan koir daripada pelatih Azam Kerja, Daerah Beaufort, Sipitang, Menumbok, Kuala Penyu, Membakut dan pelatih Azam Kerja di KPMHEP Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU: The Sabah Agriculture and Food Industry Ministry has allocated RM5.2mil for the second phase of the poverty eradication programme known as the 1Azam Programme for the year.
ReplyDeleteSabah Deputy Chief Minister Datuk Seri Yahya Hussin said 460 households will benefit from the seven projects under the programme which include food processing and short-term crops.
semoga program 1Azam dapat mencapai objektifnya untuk membasmi kemiskinan di Sabah.
ReplyDeleteProram2 kerajaan diharap dapat membantu rakyat
DeleteMasalah kemiskinan memerlukan usaha semua golongan.
DeleteTeruskan membantu rakyat yang memerlukan.
ReplyDeleteRakyat juga kena rebut peluang yang ada dan manfaatkan sepenuhnya.
ReplyDeletePeluang telah terbuka, rakyat harus sendiri sedar dan menghargai peluang yang kerajaan berikan.
DeleteAgree to me gusta, rakyat sendiri juga berusaha, sikap terlampau bergantung kepada kerajaan cuma membebankan sahaja.
ReplyDeleteRakyat juga harus mengambil bahagian supaya mereka tidak ketinggalan.
DeleteSikap ini harus diperbaiki supaya beban kerajaan untuk menampung perbelanjaan dapat dikurangkan.
DeleteKerajaan Negeri Sabah akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan semua program peningkatan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah di negeri ini.
ReplyDeleteHubungan baik kerajaan negeri dan persekutuan amat penting untuk mendapatkan sokongan dan peruntukan yang mencukupi untuk perkembangan ekonomi yang berterusan.
Rakyat harus memberi sokongan untuk program naik taraf. Semoga lebih banyak golongan dapat membaiki pendapatan masing-masing.
ReplyDeleteharap rakyat yang berpendapatan rendah akan dapat meningkatkan pendapatan mereka.
DeleteIni membuktikan kerajaan prihatin dengan rakyat. Semoga kesemua program mencapai matlamatnya.
ReplyDeleteya, diharapkan setiap program yang dirancang akan berjaya mencapai objektifnya.
DeleteKerajaan membantu rakyat, rakyat juga harus sedar diri untuk membantu dirinya sendiri.
ReplyDeleteJika rakyat enggan membantu dirinya sendiri, siapa lagi yang boleh bantu?
ReplyDeleteProduk Sabah mendapat sambutan yang baik di China adalah satu permulaan yang baik untuk memperbaiki ekonomi negeri Sabah dan taraf hidup masing-masign dapat diperbaiki.
ReplyDeletesambutan baik produk Sabah di China merupakan peluang baik untuk rakyat memajukan diri meneroka pasaran luar.
Deletebyk peluang diberikan untuk rakyat melonjakkan pendapatan, kita harus memanfaatkan peluang ini.
ReplyDeleteindividu juga perlu bijak merebut peluang untuk meningkatkan pendapatan.
Deleteteruskan lagi usaha untuk membantu meningkatkan pendapatan rakyat.
ReplyDeleteSemoga penduduk Sabah tidak akan melepaskan peluang dengan program yang memberikan kebaikkan kepada penduduk itu sendiri.
ReplyDeletebukan mudah untuk melonjakkan pendapatan rakyat.. apa2pun, saya harap rakyat sabah dapat memanfaatkan sebaik2nya bantuan2 yang disediakan oleh kerajaan ini..
ReplyDelete