Sunday 15 April 2012

POLIS LAHAD DATU TUMPAS PENGEDARAN DADAH



JABATAN Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Lahad Datu, sekali lagi berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah dan kali ini ia melibatkan rampasan dadah jenis ganja seberat 1,085.81 gram yang dianggarkan bernilai RM6,000 ekoran penahanan lapan suspek, dua daripadanya adalah wanita.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superitenden Shamsudin Mat berkata, dua daripada lapan suspek yang ditahan itu juga merupakan lelaki warga tempatan dan kesemua mereka yang berusia antara 18 hingga 50 tahun ditahan dalam satu serbuan hasil maklumat awam yang dibuat pada kira-kira jam 1 pagi, di dalam sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sabah Baru.

Katanya, sewaktu serbuan dijalankan oleh pasukan JSJN yang diketuai oleh Inspektor Mohamad Noor, salah seorang suspek wanita telah dilihat berlari ke arah serambi rumah lalu mencampak keluar sebuah beg berwarna hitam.

Jelasnya, pihak polis kemudian telah mengarahkan suspek mengambil semula beg tersebut dan apabila diperiksa didapati ia mengandungi beberapa bungkusan plastik dan bungkusan kertas yang berisi daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja dengan anggaran berat 883.47 gram.

“Pemeriksaan lanjut ke dalam rumah tersebut kita turut menjumpai satu bungkusan plastik yang mengandungi beberapa bungkusan kertas di dalamnya yang turut berisi daun-daun kering disyaki dadah jenis ganja seberat 201.05 gram.

“Manakala kira-kira 1.29 gram ganja lagi turut ditemui dalam dompet semasa pemeriksaan dibuat di sebuah bilik yang berikutnya dan menjadikan anggaran berat keseluruhan dadah yang dirampas ialah 1,085.81 gram,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di Lahad Datu, semalam.

Hadir sama pada sidang media tersebut Ketua Bahagian JSJN IPD Lahad Datu, ASP Jasmin Hussin dan Inspektor Fadzli Hairi Ramli, Pegawai Penyiasat Jenayah IPD Daerah ini.

Mengulas lanjut Shamsudin berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan pihaknya mendapati daun kering ganja itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran untuk pasaran tempatan.

“Kejayaan ini juga adalah yang terbesar dihasilkan membabitkan rampasan dadah jenis Ganja oleh JSJN Lahad Datu pada tahun ini,” katanya sambil mengucapkan syabas dan tahniah kepada pasukan JSJN Lahad Datu atas kecekapan pasukan itu.

Dalam pada itu tambahnya, kelapan-lapan suspek terbabit kini ditahan untuk siasatan lanjut.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Sementara itu, kita juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan berharap kerjasama ini dapat berterusan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kegiatan jenayah dan penyeludupan dadah di daerah ini,” ujarnya.

16 comments:

  1. Syabas! Kegiatan pengedaran dadah ini perlu ditentang habis-habisan.

    ReplyDelete
  2. tahniah, teruskan lagi usaha membanteras aktiviti ini.

    ReplyDelete
  3. Tahniah kepada polis LD kerana berjaya menumpaskan sindiket dadah ini.

    ReplyDelete
  4. kejayaan pihak polis membanteras kes2 jenayah seperti ini banyak dibantu oleh orang awam.. oleh itu orang awam perlu diberikan pujian kerana tidak semua orang awam mempunyai keberanian, kesungguhan dan kebertanggungjawapan untuk membanteras jenayah yang berlaku disekeliling mereka..

    ReplyDelete
  5. The drug menace is becoming more serious with the advent of sophisticated technology, which now makes it even more difficult to detect the entry of drugs.

    ReplyDelete
  6. As a concerned and responsible society, we must act fast to prevent traffickers from taking advantage to expand their illegal activities in the State, particularly in Papar district, said Deputy Minister of Health, Datuk Rosnah Shirlin Haji Abdul Rashid.

    ReplyDelete
  7. She believes the fight against drug is endless for as long as there is a demand, the supply and purchase will be there and this is why people today need to mobilise their resources to eradicate the drug menace that can destroy our race, religion and country.

    ReplyDelete
  8. The Papar Member of Parliament said this when opening the “Tekad” programme organised by Pemadam Papar at the district rest house recently.

    ReplyDelete
  9. According to Rosnah, the government had tried to get rid of this menace for a long time already with various campaigns and activities, but these efforts have yet to achieve success as expected, she said.

    ReplyDelete
  10. She said the “Tekad” programme is implemented to encourage participation of the general public, especially among the fisherman community, in government campaigns to eradicate the dadah menace.

    ReplyDelete
  11. She said it had been acknowledged that dadah is the number one enemy of the nation.

    ReplyDelete
  12. Dadah, she said, is not only harmful to the human body but it can also destroy the faith of a person. This is because when a person is taking drugs, he will become hallucinated.

    ReplyDelete
  13. Some drug addicts would even hurt members of their families, just for the money to buy drugs.

    ReplyDelete
  14. “Sometimes we also hear of the collapse of the family institution caused by drug addiction of one member of their family,” she explained.

    ReplyDelete
  15. She advises the people to look at this problem seriously by helping to educate and motivate the fishermen to work together to ensure that drug abuse would be reduced in time in the State.

    ReplyDelete