Oleh : SALHAN K AHMAD
TIMBALAN Presiden PKR, Azmin
Ali berkata beliau tidak merasakan bahawa peluangnya dalam parti 'terancam'
dengan jumlah anggota keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini menduduki
jawatan penting dalam parti tersebut.
"Saya tidak merasakan
apa-apa ancaman dalam konteks itu kerana saya percaya kepada proses demokrasi
di dalam parti," katanya ketika ditanya dalam satu wawancara dengan
Malaysiakini.
Jelasnya, pemimpin berkenaan
dipilih bukan kerana nepotisme atau kronisme tetapi diputuskan anggota parti
tersebut melalui demokrasi.
"Pada waktu ini Presiden
(isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan naib presiden (anak
perempuan Anwar, Nurul Izzah) dipilih dari kalangan anggota keluarga.
"Dalam pemilihan parti
selepas ini kita tidak tahu. Saya tidak tahu apa jawatan saya selepas ini.
Biarlah kita jalankan kerja dahulu. Sekarang fokus kita ialah pada pilihan raya
umum.
"Lepas itu kita boleh
bincang masa depan parti," katanya yang hanya ketawa apabila ditanya
sekiranya beliau akan menjadi presiden PKR pada satu masa nanti.
Mengulas lanjut, Azmin
berkata Nurul Izzah sendiri terlibat di dalam reformasi sejak pemecatan Anwar
pada September 1998 dan memainkan peranan penting dalam menggembleng sokongan
kepada Anwar.
Jangan dipengaruhi nepotisme
"Kelantangan beliau,
keberanian beliau untuk bersama rakyat dan parti untuk mengerakkan gerakan
rakyat dan ini diiktiraf anggota parti, bukan diangkat oleh presiden dan ketua
umum tapi dipilih oleh anggota parti.
"Baik, Alhamdulillah
pemilihan dia dibuat secara sah. Kita perlu maju ke depan dan pastikan
keputusan yang dibuat dalam parti dan kerajaan negeri dan pusat insya-Allah
tidak dipengaruhi elemen (nepotisme).
"Itu sahaja peringatan
saya. Saya tak mahu parti ini mengamalkan amalan tidak sihat," katanya
yang yakin bahawa Anwar akan mempertahankan prinsip tersebut di dalam parti.
Tambahnya, kenyataan Anwar
yang keras menentang amalan tersebut ketika di dalam Umno merupakan perkara
yang mencetuskan pertembungan Anwar dan Mahathir pada 1997.
"Maka saya yakin
(Anwar) akan terus mempertahankan prinsip ini dalam PKR," katanya.
Wawancara dijalankan Salhan
K Ahmad dan Aidila Razak. (MKINI)
There is certainly a strong nepotism in Pakatan Rakyat, with Anwar's wife Wan Azizah and daughter Nurrul Izzah in the same party, meanwhile Lim Kit Siang and his son Lim Guan Eng has dominated DAP Penang.
ReplyDeleteBut Azmin is also currently involved in a corruption scandal, allegedly that Vincent Tan paid him RM15,000 per month for reasons known to themselves. Will this scandal affect his chances?
ReplyDeletebyk skandal melibatkan Azmin seperti skandal video seks, rasuah dan sebagainya. takkan ini tak memberi kesan terhadapnya dan parti?
ReplyDeleteSkandal tu pasti suatu hari nanti akan menjatuhkan dia sendiri
DeleteGood luck for your corruption cases.
ReplyDeletehahahaa... yup. Good luck his corruption cases.
DeleteMemang tidak terancam sebab Azmin adalah aset yang penting buat Anwar.
ReplyDeleteBetulkah tidak terancam.Bagimana pula dengan rahsia yang disimpan oleh RPK??
ReplyDeletepergh.. konon percaya demokrasi dalam parti.. apa demokrasinya jika jawatan2 penting di pegang oleh anak beranak.. sampaikan jawatan pengerusi PKR Sabah sebelum ini pun dipegang oleh isterinya..
ReplyDeleteAzmin kata peluangnya tidak terancam sebab duit akan tetap masuk ke poket beliau sekiranya Anwar berjaya merampas kerusi PM..
ReplyDelete