Thursday 28 June 2012

UMNO TENOM HARGAI SUMBANGAN GURU





SOKONGAN...Jamawi (tiga dari kiri) ketika bersama sebahagian daripada guru-guru sekolah yang hadir ke sambutan tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

TENOM: Pergerakan Pemuda Umno bahagian Tenom amat menghargai sumbangan besar para guru yang bertugas di negeri ini khususnya di kawasan Pedalaman  sehingga berjaya melonjakkan kemajuan pendidikan dalam kalangan pelajar di luar bandar.

Ketua Pemuda UMNO Tenom, Jamawi Jaafar berkata, tanpa guru yang berdedikasi, pelajar di luar bandar tidak akan dapat mencatat kemajuan dari aspek modal insan walaupun dalam keadaan prasarana pendidikan yang masih kurang lengkap; khususnya di sekolah-sekolah di kawasan Pedalaman.

“Justeru, Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenom amat menghargai jasa guru-guru berkenaan kerana mereka sanggup bertugas jauh di kawasan Pedalaman walaupun berhadapan dengan kekangan kemudahan asas yang belum lengkap," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Sambutan Hari guru di Dewan Datuk Seri Panglima Antenom baru-baru ini.

Majlis perasmian sambutan tersebut disempurnakan oleh Wakil Rakyat Kawasan Kemabong, Datuk Rubin Balang dan turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran daerah Tenom Azmal Jumah.

Menurut Jamawi yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, guru yang berintegriti ialah mereka yang memasyarakatkan diri dengan menterjemahkan tanggungjawab mendidik anak-anak dan menjadi sebahagian daripada ahli qariah (masyarakat) di setiap sekolah mereka bertugas.

Tambahnya pencapaian cemerlang beberapa buah sekolah di daerah itu baik dalam kurikulum dan ko-kurikulum merupakan pencapaian terbaik dalam KPI guru-guru di kawasan tersebut dan diharapkan ia akan sentiasa berkembang maju dalam wawasan pemimpin dan masyarakat di daerah itu bagi menjadikannya sebagai daerah membangun bersama budaya ilmu.

“Inilah yang dikatakan transformasi pembangunan pendidikan yang dizahirkan menerusi kesungguhan guru berkenaan dan menyuntik pengetahuan kepada anak-anak di kawasan Pedalaman," katanya.

Bagaimanapun, menurut Jamawi tanggungjawab untuk mempekasakan mutu dan pencapaian pendidikan khususnya di daerah itu tidak akan dapat dicapai sepenuhnya tanpa sokongan semua pihak, ibubapa pemimpin masyarakat tempatan termasuklah NGO.

"Diperingkat Pergerakan Pemuda Umno Tenom kita meletakkan program serta agenda pendidikan merupakan keutamaan dimana kita setaip masa sedia untuk menjalin hubungan serta kerjasama dengan pihak sekolah untuk melaksanakan apa juga program yang berhubung kait dengan pembangunan pendidikan," katanya.

No comments:

Post a Comment