Oleh : NOOR HALIM DATUK HAJI
ZAINI
BERITA BAIK bagi orang Sabah
apabila Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan RCI pada 1 Jun
2012 bagi menangani masalah pendatang tanpa izin diberikan hak kerakyatan di
negeri ini.
Diharapkan masalah ini akan
dapat diselesaikan sebelum pilihan raya dijalankan kerana isu ini sangat
berkait rapat dengan pilihan raya akan datang. Diramalkan sebanyak 500,000
orang pendatang asing di Sabah tetapi sesetengah pihak menjangkakan hampir
separuh penduduk Sabah adalah terdiri daripada pendatang tampa izin atau atau
keturunan pendatang haram.
Jika RCI yang ditubuhkan
mendapati isu pendatang tanpa izin ini wujud dan telah diberikan hak kerakyatan
Malaysia, apakah implikasinya terhadap orang Sabah? Pendatang asing yang
mendapat warganegara sonsang dan keturunan pendatang asing generasi pertama dan
malah ada kemungkinan telah mencapai generasi ke tiga kerana isu ini telah
berlarutan sekian lama.
Perbincangan di kedai kopi
dan kawasan tumpuan umum di Sabah sangat jelas melihatkan kemarahan rakyat
tempatan Sabah terhadap isu ini. Jika dilihat melalui laman sosial seperti FB,
Twitter dan Blog-blog anti dan pro kerajaan, lebih jelas berlaku sehingga
perkataan cacian melampau dan ugutan diungkapkan.
Mereka di alam maya yang
marah bukan sahaja dari rakyat jati Sabah tetapi juga diluahkan daripada mereka
yang berasal dari Semenanjung Malaysia kerana fenomena yang sama telah mula
menular ke sana.
Jika kita lihat dan halusi
dua keadaan ini, berlakunya secara tidak rasmi kewujudan kumpulan 'berhaluan
kanan' yang marah dan membenci kepada pemerintah sekarang ini (BN).
Manakala pendatang tanpa
izinyang diberi kerakyatan songsang dan keturunannya lebih banyak berdiam diri
dan tidak cuba menimbulkan atau cuba berbincangkan secara terbuka hal ini
dengan penduduk jati Sabah.
JIikalau RCI mengambil
keputusan bahawa pendatang asing yang telah diberi kewarnegaraan akan ditarik
balik; saya yakin Sabah akan menjadi 'negeri yang malang' sekali.
Pendatang asing ini
mengambil kesempatan menjadi warganegara Malaysia kerana adanya kesempatan yang
ditawarkan oleh 'Pengkhianat Negara'. Harta pendapatan semua atas nama
warganagera sonsang ini yang mana mereka usahakan secara bersusah payah
terpaksa dijual atau dirampas oleh kerajaan.
Begitu juga generasi
pendatang asing ini yang telah mengumpul harta dan kedudukan beberapa dekad.
Kemarahan dan ketidakpuasan tahap 'Dewa' pasti berlaku. Suatu masa dulu
kumpulan ini hanya berdiam diri dan bersikap pasif secara tidak langsung boleh
mewujudkan kumpulan baru yang 'berhaluan
kanan' yang menentang usaha kerajaan Malaysia ini.
Sama halnya juga jika RCI
yang ditubuhkan mengambil keputusan bahawa pendatang tampa izin dan
keturunannya dikekalkan sebagai warganegara Malaysia, saya yakin Sabah akan
menjadi 'negeri yang malang' sekali.
Perasaan rakyat jati Sabah
yang selama ini dipendam akan berkemungkinan akan meletup dan penubuhan 'Kumpulan
Berhaluan Kanan' akan menjadi kenyataan.
Ada ungkapan mengatakan
“kadang- kadang kita menang dan kadang-kadang kita kalah,” yang pasti hari ini
kita 'kalah'. Apa pun kata putus dari RCI nanti terhadap kerakyatan songsang di
Sabah ini, pasti membawa 'nasib malang' bagi Rakyat Sabah.
Untuk mengurangkan
ketegangan ini kerajaan perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi
golongan 'berhaluan kanan' ini dan seterusnya menghapuskan perasaan marah
daripada semua pihak.
Jika pendatang tanpa izin yang
diberikan kewarganegaraan setaraf dengan Bumiputera Sabah, maka akan
menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan Bumiputera dan Suku kaum Cina
di Sabah khasnya dan penduduk jati Malaysia amnya.
Pendatang asing yang baru
mendapat warganegara ini melebihi taraf suku kaum Cina yang telah lebih seratus
tahun menetap dan membantu membangunkan Malaysia. Tidak dinafikan juga golongan
pendatang tanpa izin banyak membantu dalam membangunkan Negeri Sabah.
Jikalau kerajaan masih ingin
mengekalkan taraf Bumiputera, generasi baru sampai ini harus diberi satu taraf
yang parasnya tidak melebihi taraf kewargenagaraan suku kaum Cina dan India.
Jalan yang paling mudah bagi
semua pihak adalah mengaplikasikan prinsip yang diketengahkan oleh Pakatan
Rakyat, 'Negara Kebajikan'. Konsep ini membantu pihak yang dalam kesusahan
mendapat bantuan daripada pihak berwajib tanpa melihat suku kaum dan agamanya.
Tidak seperti konsep
1Malaysia dilaungkan sekarang ini, yang masih berat sebelah terhadap kaum
Melayu dan Bumiputera sahaja, seolah suku kaum Cina dan India itu sentiasa kaya
raya dan tidak pernah susah.
Untuk maklumat rakyat
Malaysia, Bangsa yang terawal menduduki Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah adalah
Orang Asli dan peribumi Sarawak dan Sabah dan diikuti oleh bangsa lain seperti
Melayu, Cina dan India.
RCI adalah penting dan jalan penyelesaikan bagi masalah2 PATI di Sabah.
ReplyDeleteada sesetengah pihak yang takut jika RCI ditubuhkan di sabah..sebab itulah mereka cuba memanipulasi dan memutarbelitkan kedudukan RCI..
DeleteRCI pasti akan di tubuhkan...
DeleteRCI mungkin berjaya mencari kesan kes projek ic?
Deletejadi RCI perlu ditubuhkan segera.
ReplyDeleteToR sedang diperhalusi dan kini berada di peringkat terakhir untuk ditubuhkan.
DeleteI wonder how long does it takes for TOR to finally be done. Till now its still in the final stage of drafting.
DeleteBagi yang tiada kewarganegaraan tu, janganlah pula keluarkan KP khas untuk mereka. itupun lagi memburukkan keadaan.
ReplyDeletesetuju..KP khas yang dicadangkan oleh ghafur salleh hanya akan mengundang lebih ramai pati ke sabah...cadangan beliau tidak perlu dipertimbangkan dan harus diketepikan..
DeletePemegang IMM13 juga perlu diselesaikan. sampai bila mereka terus menetap di Sabah??
ReplyDeletepemegang IMM13 juga merupakan beban kepada kerajaan dan negeri sabah...mereka ini harus dihantar pulang dengan kadar segera..
DeleteBelum lagi RCI ditubuhkan sudah ada pihak membuat andaian bahawa RCI akan bawa nasib malang.
ReplyDeleteWe will never know unless we tried, give RCI a chance.
Deletesabah-go-green.blogspot.com
RCI is needed by Sabahans to resolve the illegal immigrants and Project IC problems.
ReplyDeletesabah-go-green.blogspot.com
Kata2 kan satu doa juga. Kenapa doakan yang buruk untuk RCI walaupun ia belum dilaksanakan?
ReplyDeleteRCI akan bawa berkat kepada rakyat tulen sabah dan bencana kepada PATI/PATAI dan dalang2 projek IC..
ReplyDeleteperkara ini bukan sahaja berkaitan dengan isu politik tetapi ianya soal sosial, perlembagaan, kebudayaan, keselamatan dan isu-isu demografi yang perlu diselesaikan secara positif tetapi tegas sebelum PRU akan datang.
ReplyDeletesememangnya, isu PTI wujud dan perkara ini tidak boleh disangkalkan lagi, meminta agar kerajaan mengambil berat akan masalah ini yang semakin ketara di Sabah
ReplyDeleteIsu Pati harus segera di selesaikan.
Deletelagipun, penubuhan RCI ini adalah permintaan dari rakyat Sabah sendiri
ReplyDeleteRCI tidak akan mempunyai nilai yang lebih jika ianya diumumkan selepas pilihanraya
ReplyDeleteRCI harus dikemukakan walaupun selepas PRU. Mereka yang terlibat dalam projek ic dan isu pati harus dikenakan tindakan undang-undang.
Deleteapa yang nyata, ia mesti dilakukan pada tahun ini kalau boleh sebelum PRU13
ReplyDeleteWait for the TOR from Najib.
ReplyDeleteInvestigate NRD & imigresion. There are all may be high chance involve.
ReplyDeleteMudah sahaja ditubuhkan, yang penting panel yang menjalankan tanggung jawab harus juga amanah.
ReplyDeleteTOR harus disegerakan, laksanakan RCI dengan tegas.
DeleteRCI harus dilaksanakan secepat yang mungkin.
ReplyDeleteTidaklah..RCI ini yang akan membawa nasib yang baik kepada Sabah. Kerana jika RCI berjaya pasti penduduk Sabah akan terus menyokong kerajaan.
ReplyDeletebagaimana pula dengan rakyat tempatan yang membawa mereka masuk ke negeri ini, memberikan mereka tempat tinggal, menyediakan pekerjaan untuk mereka, memberikan kemudahan seperti lot kedai untuk mereka berniaga, membantu mereka mendapatkan IC dan membantu anak2 mereka yang beru lahir untuk mendapatkan sijil lahir dan sebagainya..
ReplyDeletekadang2 semua ini berpunca dari rakyat tempatan juga.. tidak mahu melakukan kerja2 berat yang dilakukan oleh PATI sedangkan kemahiran dan kepakaran untuk mendapatkan kerja yang lebih baik tidak ada langsung..
ReplyDelete