Friday, 29 June 2012

SEMAKIN RAMAI KANAK-KANAK JALANAN




MEREMPAT...... Winnie bersama rombongannya melihat gelagat dua anak-anak PTI yang berkeliaran di kaki lima pekan Penampang.

Oleh : SHAIMON S JUAMDI

KELALAIAN dan kurangnya tanggungjawab kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya  Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam menangani masalah pengemis jalanan di pusat-pusat bandar, termasuk beberapa pekan tertentu semakin menular dan sukar dibendung.

Dalam tinjauan bersama Sabahkini.Net dan rombongan Wanita PKR Penampang yang diketuai oleh Ketua Wanita PKR Penampang, Winnie Juanis mendapati ramai anak-anak Pendatang Tanpa Izin (PTI) Filipina bergelandangan di pekan Penampang; kebanyakan mereka meminta sedekah dan ada pula yang tidur di dalam kotak di tepi-tepi kaki lima deratan kedai berkenaan.

"Sudahlah begitu, mereka langsung tidak tahu bercakap Melayu. Tanpa segan silu mereka akan memungut sisa-sisa makanan dan mengotorkan kawasan sekeliling. Kita amat simpati dan kesihan betul melihat keadaan nasib mereka," kata Winnie kepada Sabahkini.Net sambil memberikan sedikit makanan kepada dua orang kanak-kanak tersebut yang kelaparan.

Kata Winnie, beliau amat kesal kerana Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dan Jabatan Kebajikan Masyarakat langsung tidak memperdulikan kanak-kanak PTI yang menjadi gelandangan dan kutu rayau di sana sini.

Senario ini kata Winnie, mencerminkan bahawa Negara kita masih di paras kemiskinan di mata para pelancong asing sehingga memalukan rakyat Malaysia di Sabah kerana anggapan orang luar bahawa mereka itu adalah kanak-kanak tempatan.

"Para pemimpin UMNO kalau bercakap memang lantang sambil mendabik dada dan mendakwa bahawa Negara kita cukup kaya. Bermacam-macam hal boleh buat untuk menarik pelancong asing datang dan melawat ke negeri kita.

"Tetapi dengan adanya para pengemis jalanan yang semakin berleluasa itu tanpa di ambil tindakan oleh pihak-pihak berwajib, maka imej Sabah sebagai Pusat Tumpuan Pelancong tercemar,” tegas Winnie lagi.

12 comments:

  1. kanak2 jalanan ini kebanyakkan adalah PATI, bukan mereka tidak ada ibu bapa.. tapi ibu bapa mereka membiarkan mereka bebas.

    ReplyDelete
  2. kanak2 jalanan ini benar2 byk menganggu pemandangan. mereka tak harus dibiarkan berkeliaran.

    ReplyDelete
  3. Kehadiran PATI yang menjadi peminta sedekah ni memang memberi persepsi negatif kepada negeri Sabah.

    ReplyDelete
  4. Buat apalah mau pungut anak PTI ni masuk Jabatan Kebajikan..patut mereka ni dihantar balik saja ba.

    ReplyDelete
  5. The problem with these illegal children or stateless children is not easy to resolve. Hope that there will be a good plan in to tackle this matter.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. If it were up to me, I'm also at lost for any ideas.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. All the stateless childrenn belongs to PATI

    ReplyDelete
  8. Kehadiran PATI ini sememangnya menyedihkan kita. Tapi apa yang mampu dibuat.

    ReplyDelete
  9. Bila agaknya masalah PATI ini akan dapat diselesaikan. Tambahan lagi kehadiran mereka ini membimbangkan penduduk Sabah sendiri jika berterusan tanpa ada pengawalan.

    ReplyDelete
  10. kenapa perlu salahkan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am dan Jabatan Kebajikan Masyarakat?? mahu kerajaan yang tanggung kehidupan anak2 PATI ni?? kenapa tidak salahkan saja anggota beruniform atau ibubapa anak2 jalanan ini??

    ReplyDelete
  11. kalau mahu sangat anak2 ini diambil perhatian oleh jabatan kebajikan, kenapa Winnie tidak bawa saja mereka ke jabatan itu?

    ReplyDelete