Saturday 30 June 2012

'PAKAT' LANDASAN TEPAT TUNTUT NCR




Oleh: JACKSON LU

KEMABONG: Pengerusi AMANAH Sabah (NGO), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing melancarkan Persatuan Anak-Anak PAKAT (Pangulobon, Abingkoi, Kolorok, Ahuron Tenom) iaitu sebuah persatuan yang menghimpunkan pewaris tanah adat (NCR) di Kg Abingkoi dalam Mukim Rundum baru-baru ini dengan jayanya.

Majlis yang berlangsung dalam dua acara (dua dalam satu-acara Pelancaran Persatuan PAKAT dan Pesta Kaamatan) pada Ahad berlangsung dengan penuh tradisi mengikut adat dan kebudayaan masyarakat Murut yang diketuai Presiden PAKAT, Rainus Sagulau.

Turut hadir di majlis itu, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa era kerajaan PBS Datuk Kadoh Agundong; bekas Adun Kemabong yang juga merupakan Ketua Penyelaras AMANAH Tenom Datuk Laimun Laikim; Ketua Penyelaras AMANAH Keningau Paul Kadau dan Penyelaras AMANAH Kemabong Biyou Suyan.

Pesta Kaamatan peringkat Kg Abingkoi dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi manakala Wilfred yang juga merupakan Timbalan Presiden AMANAH Kebangsaan dan Ahli Parlimen Tuaran melancarkan Persatuan Anak-Anak PAKAT sebaik sahaja perasmian Pesta Kaamatan telah selesai.

Wilfred melahirkan rasa syukur dan sukacitanya di atas inisiatif penduduk perkampungan yang berada di kawasan NCR yang penuh dengan kontroversi sebelum ini berhubung kedudukan tanah tumpah darah mereka yang mendapat tentangan kerajaan berdasarkan Ordinan Tanah Sabah (SLO).

Tegasnya, hak mereka untuk menubuhkan satu persatuan yang bakal dijadikan landasan untuk menghimpun pendapat termasuk hak untuk bersuara dalam satu nada yang kemudiannya mengemukakan tuntutan hak asasi mereka kepada kerajaan mengikut saluran yang betul adalah jalan yang sebaik-baiknya.

Tambahnya, peranan AMANAH sebuah NGO yang tidak sahaja berperanan menyokong dasar-dasar kerajaan tetapi juga bangkit untuk membela rakyat yang berada di tengah-tengah kepelbagaian kaum dan keturunan untuk di negara ini supaya segala rintihan kerana ketidak adilan untuk mereka dapat dilihat atau didengari kerajaan supaya rakyat jelata mendapat hak kesamarataan di negara ini.

“Kekadang, suara lantang kita bagaikan pembangkang, namun niat dan tujuan kita adalah membawa rakyat yang merasakan diri mereka tersisih supaya didengari kerajaan. Kita tidak mengira arah dan paksi perjuangan kita dalam AMANAH; sama ada ia di kelompok pembangkang mahupun kerajaan, namun apa yang penting matlamat perjuangan kita untuk mendekatkan rakyat kepada kerajaan,” tegas beliau.

10 comments:

  1. moga PAKAT dalam memperjuangkan hak2 NCR penduduk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah2an semua rancangan dilaksanakan dengan baik

      Delete
  2. Dengan adanya persatuan ni dan sokongan kuat pemimpin pasti masalah mengenai tanah NCR akan dapat diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  3. Hope that the Persatuan Anak-Anak PAKAT can help bring the NCR land owners together and protect their mutual rights.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. All the best to Amanah and PAKAT for fighting for the native land rights.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Semoga alternatif ini mampu bawa perubahan. Setuju dengan kenyataan Wilfred bahawa bersuaar lantang tidak semestinya pembangkang. Mana yang salah memang perlu dibetulkan.

    ReplyDelete
  6. hak NCR harus dipertahankan..

    ReplyDelete
  7. Segala perjuangan pemimpin2 Sabah adalah untuk rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  8. Semoga isu masalah tanah adat ini akan dapat ditangani.

    ReplyDelete
  9. syabas kepada AMANAH dan juga PAKAT..

    ReplyDelete