KUALA LUMPUR : Murai Batu
agak sedih apabila terbaca dalam akhbar hari ini bahawa pasangan Raja Azmi dan
Jalani Sidek telah mengambil keputusan untuk bercerai.
Selepas sekian lama bertahan
dengan kontroversi, akhirnya mereka mengalah juga dan mengambil keputusan
terbaik untuk kebaikan bersama.
Selepas itu, Murai Batu
membelek laman-laman akhbar online lain untuk bacaan penambahan ilmu. Terkejut
sedikit Murai Batu apabila terbaca yang bekas anggota kumpulan Elite, Sasha
Saidin, 36, dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (mahkamah
yang sama Raja Azmi dan Jalani failkan perceraian).
Sasha hadir mengenakan baju
kurung hitam dipadankan dengan tudung berona sama ditemani ibunya, kira-kira
pukul 10 pagi, semalam.
Ketika ditanya mengenai
tujuan ke mahkamah berkenaan, Sasha berkata, dia ingin menggunakan saluran
mahkamah bagi menyelesaikan hal peribadi keluarga.
Namun, ada laporan yang
menyebut mereka ternampak Sasha hadir untuk mengambil borang bagi memfailkan
perceraian.
Sasha kemudian turut ditanya
adakah kehadirannya itu berkenaan masalahnya dengan suami iaitu Salyo
Priyanto,37, dia bagaimanapun mengambil pendekatan untuk tidak mengulas
mengenai perkara itu tetapi bersedia memberi kerjasama kepada pihak media.
Sasha dan Salyo yang
merupakan warganegara Indonesia telah berkahwin pada tahun 2007 dan dikurniakan
seorang anak iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono, berusia tiga tahun.
Sebelum perkahwinan itu
Sasha pernah bernikah dengan Jason Skinner atau nama Islamnya, Johan Abdullah
Skinner, pada 21 Jun 2003 di Masjid Central Regent Park, London, namun mereka
berpisah empat tahun kemudian.
Tak tahu Murai Batu nak ulas
apa lagi, setiap orang ada masalah mereka tersendiri dan dengan hanya dengan
fikiran yang rasional mereka mampu membuat penyelesaian terbaik. Apa-apa pun,
Murai Batu doakan yang terbaik buat Raja Azmi dan suami juga buat Sasha dan
suami.
No comments:
Post a Comment