Friday, 29 June 2012

"SAMA-SAMA CURI MAKANLAH?"



MATI.....Salah seorang peniaga, Zulkifli Majid menunjukkan isyarat 'Mati' yang bermaksud perniagaan mereka terganggu oleh kewujudan gerai haram.


Oleh : SUZILAWATI AMBOTANG

"SAMA-SAMALAH curi makan haji," kata seorang Wakil Rakyat kepada Setiausaha Persatuan Penjaja Ikan Basah Pasar Ikan Lahad Datu, Haji Joh Haji Abupa ketika beliau mengadu keluhan para peniaga ikan berhubung kewujudan 61 meja haram di pasar berkenaan.

Menurut Haji Joh beliau agak kesal dengan sikap wakil rakyat berkenaan yang mempersendakan aduan persatuan, sebaliknya membela pendatang asing tanpa izin (PATI) dan orang perseorangan yang berani menceroboh pasar ikan berkenaan untuk berniaga secara haram.

Bagimanapun Haji Joh memaklumkan beliau tidak mendedahkan nama wakil rakyat tersebut bagi memberi peluang kepada wakil rakyat berkenaan menyelesaikan masalah tersebut secara menang-menang.

"Niat kami bukan untuk mencari perbalahan, tetapi untuk mencari penyelesaian," ujar Haji Joh yang juga Ahli UMNO Cawangan Kg Panji 2, Silam.



MARAH.....Haji Joh (membelakang) sedang memujuk salah seorang peniaga yang marah dengan kewujudan Gerai haram berkenaan.


Menurut Haji Joh, daripada 124 meja atau pemilik lesen asal pasar ikan berkenaan, terdapat 61 meja haram yang dibina tanpa kelulusan Majlis Daerah Lahad Datu.

"Kita tidak tahu siapa yang mengendalikan Pasar Ikan Lahad Datu sekarang kerana semua pihak berkenaan tidak mahu bertanggung jawab dan tidak mempedulikan aduan kami," kata Haji Joh yang sudah bosan dengan sikap berdolak-dalik MDLD, Wakil Rakyat dan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

Kewujudan 61 meja haram di pasar berkenaan kata Haji Joh, bukan sahaja menyebabkan pasar tersebut sesak, malah turut mengurangkan pendapatan mereka kerana terpaksa bersaing harga.

Kata Haji Joh lagi, keadaan tambah buruk kerana ada pemilik lesen menyewakan gerai mereka kepada PTI yang menjual ikan bom dan kepada orang tertentu yang memonopoli gerai di Pasar Ikan Lahad Datu sehingga keadaan keselamatan tidak lagi terjamin.


 

BURUK....Zulkifli menunjukkan isyarat 'Buruk' kerana MDLD gagal memantau Pasar Ikan Lahad Datu.


Sehubungan itu, Haji Joh menggesa agar Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Wakil-Wakil Rakyat, Majlis Daerah Lahad Datu dan Ketua Polis Daerah Lahad Datu turun padang melawat Pasar Ikan berkenaan.

"Apakah Menteri, Wakil Rakyat, MDLD dan Polis hanya mahu mengambil tahu setelah ada pembunuhan atau pergaduhan di Pasar Ikan Lahad Datu? Kita harap tidaklah sampai perlu mengorbankan jiwa sebelum semua pihak turun tangan," ujar Haji Joh yang memberi amaran bahawa mereka tidak mampu lagi bersabar dengan senario yang berlaku.

Kata Haji Joh, pihaknya mahukan penjelasan MDLD berhubung kewujudan 61 gerai haram dan siapa yang bertanggung jawab meluluskan pembinaan gerai haram berkenaan kerana dikhuatiri ada kroni dan proksi wakil rakyat mengambil kesempatan kerana tiada penguatkuasaan.  

12 comments:

  1. mana boleh biarkan PATI brniaga secara haram dan menjejaskan perniagaan orang tempatan, pihak brkuasa seharusnya mengambil tindakan.

    ReplyDelete
  2. Orang tempatan pun ada juga yang berniaga secara haram dan ada juga yang mempunyai lesen dan kelulusan tapi diberi pula dengan PATI.

    ReplyDelete
  3. Harap pihak yang bertanggungjawab terhadap pasar ikan tersebut tidak lepas tangan dengan masalah yang dihadapi. bertindak segera.

    ReplyDelete
  4. It is irresponsible for the people's representative for brushing off this complaint from the locals, it should be their duty to bring this matter to the related authorities.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Hopefully the existence of these illegal stalls will be tackled as it affects the livelihood of the local people.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  6. Apa tidak PATI makin manja dan makin berani mahu tunjuk belang kalau tiada pengawasan tegas?

    ReplyDelete
  7. PATI tidak harus dibela, mereka yang salah harus diadili dengan undang2.

    ReplyDelete
  8. Laporkan perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab. Ini akan menjejaskan pendapatan para peniaga itu sendiri nanti.

    ReplyDelete
  9. Mereka yang berniaga secara haram dan salah perlu diambil tindakkan.

    ReplyDelete
  10. ramai2 la ba kamu kasi keluar itu meja haram.. pemilik meja haram itu tidak boleh buat apa2 juga.. lain la jika mereka juga ada bayar sewa..

    ReplyDelete
  11. anyway, pasar Lahad Datu memang dari dulu dimonopoli oleh warga asing.. entah kenapa sehingga hari ini MDLD tidak mampu menyelesaikan masalah ini..

    ReplyDelete