Wednesday 27 June 2012

RM11 JUTA NAIK TARAF TIGA JALAN DI KENINGAU




KUALA LUMPUR : Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM11 juta untuk membolehkan projek naik taraf tiga jalan di Keningau, Sabah iaitu Jalan Mailo Sodomon, Jalan Biah Skim dan Jalan Linggaran Biah dimulakan segera.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata daripada jumlah itu RM2 juta diperuntukkan untuk Jalan Mailo Sodoman, Jalan Biah Skim (RM3 juta) dan Jalan Linggaran Biah (RM6 juta).

Selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Keningau baru-baru ini, beliau meminta Shaziman supaya membaikpulih jalan-jalan tersebut kerana berada dalam keadaan teruk.

Katanya projek menaik taraf Jalan Mailo Sodomon sepanjang 1.85 kilometer itu telah pun dimulakan dan dijangka siap dalam tempoh sebulan.

"Manakala projek menaik taraf Jalan Biah Skim sepanjang 5.23 kilometer pula buat masa ini dalam proses penyediaan dokumen tender. Projek ini dijangka dapat dimulakan di tapak selewat-lewatnya pada bulan Ogos ini," katanya dalam kenyataan di sini. (Bernama)

37 comments:

  1. Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan rakyat dapat menggunakan jalan raya ini dengan segera. Syabas kepada kerajaan yang prihatin dengan keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Beruntung Keningau ni dapat khabar baik berturut2 dari kerajaan. dari loji rawatan air, KLIC dan sekarang peruntukan untuk naiktaraf jalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya.. byk projek pembangunan dilaksanakan di keningau.

      Delete
    2. Rakyat Keningau sangat beruntung dengan pembangunan yang di buat di Keningau.

      Delete
    3. Good news to Keningau. Hope all going on smoothly to help the people.

      Delete
  3. Hope that the RM11 million will help bring vast improvements to the three roads in Keningau, namely Jalan Mailo Sodomon, Jalan Biah Skim and Jalan Linggaran Biah.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. This shows that the government listened to the people's complaints regarding the bad road conditions.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. harap lebih byk jalan di Sabah akan dinaiftaraf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Masih banyak jalan-jalan di Sabah ini yang perlu diberi perhatian. Tapi saya yakin semuanya pasti akan dinaiktaraf nanti.

      Delete
  6. Di harapkan lebih banyak kawasan pendalaman akan di bangunkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangunan kawasan luar bandar sentiasa menjadi agenda pembangunan utama kerajaan..

      Delete
    2. Kerajaan tidak akan berhenti membangunkan kawasan pedalaman Sabah. Pasti ada saja usaha yang akan dilakukan kelak.

      Delete
  7. Dalam bajet 2013 pasti lebih banyak peruntukan untuk pembangunan di kawasan2 seperti ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu yang kita harapkan...peruntukkan yang lebih besar harus diberikan kepada sabah.

      Delete
    2. Semoga peruntukan yang disediakan nanti digunakan sebaik mungkin demi memastikan sasaran utk membangunkan kawasan yang perlukan perhatian tercapai.

      Delete
  8. nah, kerajaan memberikan peruntukkan segera untuk membaikpulih jalan2 tersebut...ini membuktikan bahawa kerajaan khasnya PM adalah prihatin dan mengambil berat akan isu2 rakyat di sabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah rakyat memilih kerajaan yang sentiasa memihak kepada rakyat dan memberi yang terbaik untuk rakyat.

      Delete
  9. Berita yang mengembirakan ramai dan sudah pasti orang keningau lah paling manis senyuman ni:P

    ReplyDelete
  10. Semoga semuanya berjalan lancar sebagaimana yang diharapkan:)

    ReplyDelete
  11. Peruntukan untuk projek naik taraf harus diuruskan dengan baik.

    ReplyDelete
  12. Setiap aduan harus diambil perhatian agar rakyat faham dimana kerajaan mengambil berat masalah rakyat.

    ReplyDelete
  13. Harapkan kerja naik taraf ini dijalan lancar dan membawa kemudahan kepada rakyat di sana.

    ReplyDelete
  14. RM11juta..banyak juga itu.Semoga peruntukkan yang diberikan itu akan digunakan sebaiknya untuk memastikan jalan Sook Keningau akan baik.

    ReplyDelete
  15. Rasanya peruntukkan ini mencukupi jika digunakan sebaiknya.

    ReplyDelete
  16. banyak lagi kerja naik taraf perlu dilaksanakan.

    ReplyDelete
  17. Elakkan pembaziran dan kegagalan. Peruntukan ini bukannya senang didapat dan harus digunakan dengan wajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastikan peruntukan tersebut digunakan dengan sebaiknya.

      Delete
  18. Hope another new look for Keningau city.

    ReplyDelete
  19. Sistem jalanraya di Sabah banyak lagi perlu diusahakan. Harap peruntukan yang mencukupi di masa akan datang untuk negeri Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangunan infrastruktur jalan raya luar bandar adalah merupakan salah satu daripada 6 Bidang Keberhasilan Utama Negara NKRA. kerajaan amat prihatin dengan pembangunan infrastruktur bagi memastikan rakyat di luar bandar tidak ketingglan dalam arus pembangunan perdana Negara.

      Delete
  20. Sejumlah RM11 juta diperuntukkan bagi membina tiga batang jalanraya di kawasan Sook

    ReplyDelete
  21. Terima kasih atas segala keprihatinan dari kerajaan...sebagai pengundi di kawasan sook, kami berterima kasih dengan usaha berterusan dari YB...kerja keras untuk membawa pembangunan...

    ReplyDelete
  22. ini berita baik. jalan memang penting untuk kegunaan penduduk.

    ReplyDelete
  23. baguslah, ini memang dinantikan oleh penduduk disana.

    ReplyDelete
  24. pastikan semuanya berjalan lancar dan siap seperti yang dirancang.

    ReplyDelete
  25. ada baiknya juga Najib kerap melawat negeri ini.. lawatan seterusnya, masuk ke kampung2 dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda..

    ReplyDelete