OLEH : RIDZAL ABDULLAH
LAHAD DATU : Pendidikan
prasekolah sesuatu yang sangat penting dan ia perlu diterapkan pada peringkat
awal kanak-kanak sebelum mereka masuk ke peringkat lebih formal.
Pembantu Menteri kepada
Ketua Menteri, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata, pendidikan merupakan
salah satu daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang diberi
keutamaan oleh Kerajaan kerana kajiselidik serta tinjauan yang telah dijalankan
oleh pelbagai pihak swasta dan kerajaan mendapati pendidikan merupakan perkara
yang amat dekat di hati rakyat.
“Harapan kerajaan ialah
melihat NKRA Pendidikan ini akan berjaya melahirkan modal insan yang cemerlang
bagi pembangunan tenaga kerja bagi memacu ekonomi negara mencapai Model Baru
Ekonomi, seterusnya mencapai Wawasan 2020 seperti yang dihasratkan,” ucap
beliau sempena lawatan ke Tadika Tazkiq Al-Quran dan Sunnah Kg.Bugis,Lahad
Datu,di sini baru-baru ini.
“Pendidikan merupakan harta
paling berharga peninggalan ibu bapa kepada anak-anak mereka. Maka saya menyeru
kepada golongan ibu bapa agar tidak memandang enteng aspek pendidikan dan
berlengah untuk menghantar anak-anak ke pra-sekolah atau tadika kerana ia
sangatlah penting,” katanya.
Dalam lawatan singkat
tersebut, Datu Nasrun yang juga Ketua Umno Bahagian Silam telah meluluskan peruntukan
berjumlah RM15,000 bagi membaik pulih struktur bangunan tadika tersebut.
Pengetua tadika, Fatmawati
Yulis menyifatkan pemberian peruntukan ini amat bermakna bukan kerana nilainya
yang besar tetapi adalah menunjukkan keprihatinan seorang pemimpin kepada
keperluan rakyat.
“Kami amat gembira dan
terharu kerana beliau (Datu Nasrun) sudi melawat tadika ini dan menghulurkan
bantuan yang kami tidak sangkakan, tiada kata dapat gambarkan perasaan kami
seluruh penduduk kampung. Hanya ucapan terima kasih kepada kerajaan Barisan
Nasional kerana sentiasa mendengar keluh kesah rakyat di sini,” katanya.
Turut mengiringi lawatan
Datu Nasrun, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Aljen Johnny; Pegawai Pembangunan
Masyarakat, Amat Paduka Kawoh; Penyelia Masyarakat, Saidin Seperudin dan
Pegawai-pegawai Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat(UPKR) Lahad Datu.
anak2 harus kita didik lagi peringkat awal lagi, samada dari tadika atau prasekolah.
ReplyDeletependidikan amat penting dalam melahirkan generasi berilmu.
ReplyDeleteSaya pernah mendengar ibu bapa berkata, "kami tiada harta. hanya menyekolahkan kamu yang mampu kami berikan". besar maksud tersiratnya.
ReplyDeletePendidikan sebenarnya salah satu juga bentuk pelaburan. setuju??
ReplyDeletePre-school education is indeed important to set a foundation for the building blocks of future education. Integration between parents and teachers are needed to guide the children in their early learning abilities.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
It's good to know that the government gives attention to early education through the NKRA program. Hope that the studies made on the subject will make improvement on the current education system for the country's future.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
I hope that can be achieved.
DeletePre-education is beginning of all of us, so I think that is important.
ReplyDeleteItulah peribahasa orang dulu-dulu lentur buluh biar dari rebungnya. Maka begitu jugalah untuk kita mendidik generasi kita. Didiklah dari kecil.
ReplyDeleteBetul..Didiklah dari mula kerana ini akan membantu mereka untuk menjadi lebih berguna.
ReplyDeletewahh.. ramai pula pemimpin2 yang perihatin terhadap warga sekolah sekarang ni..
ReplyDeletelagi bagus jika wakil2 rakyat dan pemimpin2 kerajaan dapat turun ke kawasan2 pedalaman untuk mengenalpasti mana2 sekolah yang mana keadaan prasarana pendidikannya serba serbi kekurangan..
ReplyDelete