Monday 25 June 2012

JANGAN LANGGAR BATAS MORAL DAN ETIKA NEGARA




KUALA LUMPUR : Kartunis dan penggiat animasi yang mempunyai pengaruh dalam menentukan kestabilan, perpaduan dan kemakmuran negara perlu menghasilkan karya yang tidak melanggari batas moral dan etika yang sepatutnya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri barkata kartunis dan animator perlu bersifat lebih peka dan sensitif terhadap budaya serta adat ketimuran masyarakat Malaysia yang penuh santun dan berhemah.

Berucap semasa merasmikan pameran kartun dan animasi 1Malaysia berjudul 'Anda, PM dan Kartunis' di Pasar Seni di sini hari ini, beliau berkata setiap karya atau produk yang dihasilkan perlu juga didasari, diasaskan seterusnya diadun dengan nilai murni tempatan yang tinggi, yang mampu mencapai tahap antarabangsa.

"Sungguhpun begitu, ini tidaklah bermakna kita mahu menyekat kreativiti serta inovasi kartunis atau animator dalam berkarya.

Cumanya sahaja, dalam situasi yang sebegini, sememangnya karya-karya berbaur provokasi serta hasutan yang mampu membawa kepada perpecahan dan perbalahan perlulah dielakkan sama sekali," katanya.

Beliau turut melahirkan keyakinan bahawa kartunis dan penggiat animasi di negara ini cukup matang dalam menilai dan membuat pertimbangan kepada perkara seperti ini demi kebaikan bersama.

Sambil melahirkan harapan agar kartunis dan penggiat animasi mampu menjadi kartunis dan penggiat animasi glokal, Perdana Menteri turut menyatakan rasa bangganya dengan watak animasi Upin dan Ipin.

Produk anak tempatan itu berjaya menjangkau sempadan antarabangsa apabila mempunyai slot tayangan di saluran Disney Channel Asia, yang boleh dianggap sebagai duta budaya Malaysia kepada masyarakat luar.

"Sebenarnya, karya-karya kartun dan animasi ini memberi warna kepada minda masyarakat. Sindiran, pandangan sinis yang berkaitan moral masyarakat sering menjadi subjek para kartunis dan bukan sekadar hiburan semata-mata.

"Ini kerana, kartun dan bidang animasi merupakan wahana yang sewajarnya bersih, tidak mengenal warna kulit mahupun kecenderungan pegangan sahsiah. Kartun adalah bidang yang bersifat universal dan harus kekal menjadi bidang yang universal dan unik," katanya.

Najib berkata untuk itu, kartun dan karya animasi yang dihasilkan wajar dengan tulusnya mencerminkan wajah dan identiti Malaysia selaku masyarakat majmuk dan berbilang kaum. "Di sinilah penting dan mustahaknya peranan kartunis dan animator dalam pembangunan dan kemajuan negara.

Dalam humor dan dalam jenaka, mereka perlu juga memasukkan mesej berbentuk perpaduan, kerjasama, toleransi serta kebersamaan bagi menjunjung falsafah 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata kreativiti kartunis dan animator diharapkan mampu bersama-sama menterjemah dan menyampaikan segala dasar serta agenda murni yang dirangka kerajaan dalam sisi yang lebih ringan, santai dan mudah difahami oleh masyarakat.

Pada majlis itu, Najib turut menyatakan sokongan penuhnya terhadap penubuhan Yayasan Penggiat Kartun 1Malaysia dalam usaha membantu membangunkan dan mengukuhkan perpaduan kartunis, komikus dan animator di negara ini.

Beliau berharap yayasan itu dapat meningkatkan kerjasama dalam melahirkan karya serta produk yang lebih kreatif.

Najib kemudian menyampaikan sumbangan RM10,000 setiap seorang kepada empat kartunis veteran sebagai mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang kartun di negara ini iaitu Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, Zainal Buang Hussein, Reggie Lee dan Jaafar Taib.

Di sinilah penting dan mustahaknya peranan kartunis dan animator dalam pembangunan dan kemajuan negara. Dalam humor dan dalam jenaka, mereka perlu juga memasukkan mesej berbentuk perpaduan, kerjasama, toleransi serta kebersamaan bagi menjunjung falsafah 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata kreativiti kartunis dan animator diharapkan mampu bersama-sama menterjemah dan menyampaikan segala dasar serta agenda murni yang dirangka kerajaan dalam sisi yang lebih ringan, santai dan mudah difahami oleh masyarakat.

Pada majlis itu, Najib turut menyatakan sokongan penuhnya terhadap penubuhan Yayasan Penggiat Kartun 1Malaysia dalam usaha membantu membangunkan dan mengukuhkan perpaduan kartunis, komikus dan animator di negara ini.

Beliau berharap yayasan itu dapat meningkatkan kerjasama dalam melahirkan karya serta produk yang lebih kreatif.

Najib kemudian menyampaikan sumbangan RM10,000 setiap seorang kepada empat kartunis veteran sebagai mengiktiraf sumbangan mereka dalam bidang kartun di negara ini iaitu Datuk Mohammad Nor Khalid atau lebih dikenali sebagai Lat, Zainal Buang Hussein, Reggie Lee dan Jaafar Taib. (Bernama)

22 comments:

  1. Biarlah karya kartunis dan animator memberikan impak positif yang kuat dalam minda rakyat.

    ReplyDelete
  2. jika nak berkarya sekalipun, biarkan memberi kesan positif dan tidak melanggar batasan yang ditetapkan.

    ReplyDelete
  3. The readers should also judge these materials wisely so that they will not be easily influenced.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. The government should work harder to change the people's negative perception about them.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Others won't say negative things if the govt itself reflects a positive image.

      Delete
  5. Sebaiknya ikutlah peraturan yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  6. Sebagai seorang kartunis dan animasi haruslah menfaatkan apa yang ada itu sebaiknya.

    ReplyDelete
  7. gunakan bakat yang ada untuk kebaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, gunakan bakat yang ada untuk kebaikan bukan memburukan keadaan.

      Delete
  8. Setiap kebebasan ada limit.

    ReplyDelete
  9. bakat melukis kartun sepatutnya digunakan untuk tujuan baik.. bukannya untuk menimbulkan provokasi atau mengajar anak2 atau generasi muda untuk membenci kerajaan..

    ReplyDelete
  10. Datuk Seri Najib Tun Razak announced the creation of cartoonist 1Malaysia Foundation for the development of cartoon and animation industry in addition to the welfare of local players to the field.

    ReplyDelete
  11. The Prime Minister said, the foundation also aims to recognize the role, contribution and service of the cartoonist in helping to develop community cohesion through their works.

    ReplyDelete
  12. He also announced an initial allocation of RM300, 000 to the foundation are delivered through the Community Prince 1Malaysia (KP1M).

    ReplyDelete
  13. He said most of the cartoonists who have now turned their discourse to the field of animation, plays an important role in nation building by applying the message of unity among people of various races and religions.

    ReplyDelete
  14. "Of course, when I express the 1Malaysia concept, I want the cartoonist can apply the message of 1Malaysia and national transformation agenda in their work," he said.

    ReplyDelete
  15. He spoke at 1 Malaysia Cartoon and Animation Exhibition 2012 which was first held at the premises of the Central Market here today.

    ReplyDelete
  16. Also present were Umno Youth Exco Datuk Sohaimi Shahadan and Prince 1Malaysia Club president Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

    ReplyDelete
  17. The event, jointly organized by the Consortium Cartoonist At Work (CAW) and KP1M recorded in the Malaysia Book of Records (MBOR) as the largest gathering cartoonist in the country, to collect field of 356 players.

    ReplyDelete
  18. Meanwhile, the Prime Minister also presented prizes in conjunction with a two-day exhibition, including 11 awards in the field.

    ReplyDelete
  19. Cartoonist Datuk Mohammad Nor Khalid or Lat, known through the work of cartoonist awarded The Village Boy of All Time.

    ReplyDelete
  20. Also receiving the award are 10 other cartoonists and animators including Sariman Mior Mior Hassan in the category Cartoons Trigger Revolution; Jaafar Taib (cartoonist Dedication); Hassan Abd. Underdeveloped (Father Animation Malaysia) Tan Sri Lim Kok Wing (Professionals Innovative) and Reggie Lee (cartoonist Society of Malaysia).

    ReplyDelete