PUTRAJAYA : Jabatan Kastam
Diraja Malaysia (JKDM) yakin sasaran kutipan hasil RM33 bilion tahun ini akan
dapat dicapai berdasarkan jumlah kutipan sehingga semalam yang mencecah RM15
bilion.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk
Khazali Ahmad berkata jumlah itu adalah peningkatan RM716 juta berbanding
RM14.38 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
"Bahagian
penguatkuasaan JKDM juga menunjukkan prestasi semasa yang cemerlang dengan
nilai rampasan sebanyak RM270 juta, melibatkan duti sebanyak RM196 juta,"
katanya kepada pemberita, pada hari Selasa.
Nilai rampasan bagi tempoh
yang sama tahun lalu adalah RM262 juta.
Daripada segi kes
tatatertib, Khazali berkata sebanyak 25 kes direkodkan untuk tahun ini sehingga
Mei lalu, dan daripada jumlah itu hanya 19 kes disabitkan bersalah. (Bernama)
Lebih banyak tangkapan dibuat, lebih banyaklah pungutan hasil yang diperolehi. semoga pihak kastam akan terus mempergiatkan aktiviti rondaan dan penguatkuasaan mereka.
ReplyDeletehasil kastam bukan sahaja dari hasil rampasan, tapi jg dari hasil cukai yang mereka kenakan pada barangan import.
Deleteorang2 yang cuba menyeludup perlu ditangkap.
DeleteKeep up the good job.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Banyaknya sampai RM15 billion.
ReplyDeletemoga hasil pungutan kastam akan terus meningkat.
ReplyDeleteKaya sudah Kastam kalau macam itu.
ReplyDeleteBagus. Kerapkan lagi operasi.
ReplyDeletepeningkatan jumlah rampasan itu bukan berita baik.. tidak perlu dibanggakan.. peningkatan jumlah rampasan menunjukkan semakin banyak jenayah penyeludupan berlaku di negara ini..
ReplyDeletekesimpulannya, peningkatan jumlah rampasan itu samalah dengan peningkatan jumlah kes jenayah penyeludupan..
ReplyDelete