Wednesday 27 June 2012

TIDAK BERLAKU SEBARANG KEBOCORAN RAHSIA



Oleh : SHANNON TEOH

KUALA LUMPUR : Putrajaya menegaskan tiada sebarang maklumat keluar dari negara ini berhubung pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7 bilion pada 2002 walaupun dokumen mahkamah yang mendakwa sebaliknya dalam inkuiri yang sedang berlangsung di Perancis.

Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata dalam jawapan terhadap ucapan penangguhan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar bahawa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan dokumen rahsia dijual kepada syarikat milik penganalisis Abdul Razak Baginda kepada sebuah firma Perancis.

"Setakat ini daripada kementerian, tiada maklumat dibawa keluar dari Malaysia.

"Kementerian Pertahanan tiada maklumat berkenaan dakwaan yang dikatakan penjualan dokumen rahsia oleh Terasasi (Hong Kong) kepada Thint Asia (Thales International) yang dikatakan bernilai  €36 juta (RM142 juta)," kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen awal pagi tadi.

Beliau turut menafikan mempunyai maklumat berkenaan rundingan antara kedua-dua syarikat tersebut, yang mana kemudiannya bekerjasama dengan syarikat gergasi Perancis DCNS untuk membina dua kapal selam, dan kerajaan tidak mengadakan sebarang rundingan dengan mana-mana syarikat dalam pembelian tersebut.

"Kenyataan Lembah Pantai bahawa dua kapal selam Scorpene dibeli daripada Thales International adalah tidak benar," kata Ahli Parlimen Bagan Datoh tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang pada masa itu merupakan menteri pertahanan semasa perunbdingan itu dibuat telah menafikan perkara itu sejak empat tahun lalu.

Tiada bukti yang mengaitkan beliau secara langsung dengan rasuah dalam perjanjian tersebut dan penyokongnya berkata pembangkang politiknya cuba memainkan isu tersebut dengan pilihan raya yang semakin hampir.

Peguam dari Perancis, Joseph Breham, yang mewakili badan bukan kerajaan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam inkuiri di Paris berkata, data yang didakwa dijual adalah untuk kerja-kerja "kejuruteraan komersial."

Abdul Razak, bekas ketua "think-tank" yang menjadi perhatian pada 2006 ketika siasatan kes pembunuhan penterjemah Mongolia, Altantuya Shaariibuu, disenaraikan sebagai pengarah Terasasi bersama bapanya, Abdul Malim Baginda.

Syarikat itu sebelum ini pada 28 Jun 2002 diperbadankan sebagai Kinabalu Advisory dan Support Services Ltd, menurut Pendaftar Perniagaan Hong Kong.

Suaram telah memfailkan rungutan terhadap DCNS di mahkamah siasatan khas Perancis, di Paris Tribunal de Grande Instance pada April lalu.

Pembangkang telah memperincikan rahsia pertahanan negara itu adalah satu pengkhianatan dan menuntut satu siasatan dijalankan.

Namun Zahid membidas sebarang langkah sedemikian oleh pentadbiran Najib, berkata perolehan itu dilakukan mengikut garis panduan sedia ada dan ia akan tidak mendapatkan akses kepada dokumen-dokumen daripada siasatan itu.

"Kerajaan Malaysia faham tidak berlaku pendengaran di mahkamah di Perancis berhubung isu Scorpene. Tidak timbul persoalan untuk kerajaan untuk menjadi pemerhati.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan dengan lebih lanjut apabila ditanya oleh The Malaysian Insider, dan menegaskan "itu adalah kenyataan rasmi,"

Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR berkata kepada pemberita, menteri itu "betul dari segi teknikalnya" kerana kes itu belum lagi diperingkat pendengaran, dan masih lagi disiasat.

Malaysia membayar sejumlah RM6.7 billion pada 2009 untuk kedua-dua kapal selam berkenaan yang mana RM574 juta sedang diuruskan dan mendapatkan sokongan untuk Perimekar Sdn Bhd, milik Abdul Razak.

Abdul Razak telah disoal siasat dan menjadi saksi dalam kes di Perancis ini.

No comments:

Post a Comment