CEROBOH....Sopikit
menunjukkan antara kesan aktiviti menggali batu dan pasir di kawasan Sungai
Kogopon.
Oleh : RUZAINI ZULKIFLI
PAPAR: Pendedahan mengenai
isu pencerobohan kawasan tagal Sungai Kampung Kogopon, di sini terus mendapat
reaksi di kalangan penduduk yang meminta agar kawasan berkenaan tidak diganggu
lagi.
Ketua Kampung Kogopon,
Sopikit Lianjun, 52, berkata kedegilan pihak pemaju yang masih meneruskan
aktiviti menggali batu dan pasir di sungai berkenaan menyebabkan mereka berasa
terkilan.
Sehubungan itu, beliau yang
mewakili suara penduduk Kampung Kogopon mahu aktiviti itu dihentikan bagi
menjaga sistem tagal serta tidak merosakkan kawasan sekeliling.
“Apa yang menyedihkan
semenjak isu ini dibongkar, aktiviti menggali masih diteruskan. Kawasan ini
dahulunya amat terjaga dengan keindahan alam semulajadinya, namun kini ia telah
dirosakkan,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo kelmarin.
Selain sistem tagal
terjejas, Sopikit turut mendakwa aktiviti itu juga mengakibatkan hakisan tanah
di sekeliling sungai selain aliran sungai kini dialihkan beberapa ratus meter
berikutan proses tambakan batu.
“Aliran sungai telah berubah
dan kami bimbang berlaku insiden buruk seperti hakisan tanah serta banjir jika
ia dibiar berterusan,” katanya.
Menurutnya, tanda amaran
yang tertera di kawasan itu yang menyatakan bahawa sesiapa melanggar peraturan
tagal boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 tidak diendahkan. Sungai Papar
ditagal sejak 2008 membabitkan enam kampung, termasuk Kogopon, Kundasang,
Mandalipau, Bolotikon, Kaiduan dan Bisuang.
Mengulas tindakan sogit
seperti diarahkan Jabatan Perikanan Sabah kepada penduduk, Sopikit menjelaskan
mereka akan mengadakan mesyuarat tergempar dalam masa sehari dua ini.
“Kami akan mengumpulkan
orang kampung bagi membincang perkara ini seperti diarahkan, dan barulah
dirujuk kepada Mahkamah Anak Negeri,” katanya, sambil menjelaskan mengikut adat
resam mereka, secara kebiasaan sogit yang dikenakan adalah seekor lembu. (UB)
Hope that the authorities will give attention to this illegal sand mining activity in the Kogopon area.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Hopefully the Native court will be able to fight for the people's rights in this.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
patut kenakan tindakan pada mereka yang melanggar sistem tagal tersebut.
ReplyDeletekegiatan ini telah mencemarkan alam, baik bawa hal ini ke pihak berkuasa.
ReplyDeleteKalau dibawa ke mahkamah, pasti pihak yang terbabit akan dikenakan tindakan yang lebih berat.
ReplyDeleteSiapa pihak yang berada di sebalik aktiviti ni?jangan pula ada pihak berkuasa yang melindungi kegiatan ni.
ReplyDeleteSusah sangatkah pihak pemaju mahu beri kerjasama?
ReplyDeleteSemua pihak perlu bekerjasama untuk memajukan kawasan tu.
DeleteJanganlah menganggu adat orang dikawasan tersebut. Tindakkan ini perlu diambil perhatian oleh pihak bertanggungjawap.
ReplyDeleteSekiranya mahu membantu, bantu la dengan lebih sungguh.
ReplyDeletememandangkan mereka telah melanggar peraturan tagal, kenapa tidak bawa saja kes ini kemahkamah bagi membolehkan penduduk kampung menuntut dena rm50k??
ReplyDeletependuduk kampung patut menggunakan peraturan tagal ini untuk menyekat mana2 pihak yang cuba merosakkan tagal mereka.. melainkan peraturan itu tidak diiktiraf di mana2 mahkamah di negeri ini..
ReplyDeleteAmanah, suhakam dan parti2 politik pembangkang patut berada di kampung ini untuk menghulurkan bantuan bagi menyelamatkan kampung ini dari terus menjadi mangsa pihak tertentu yang hanya pentingkan keuntungan wang ringgit..
ReplyDelete