Wednesday 27 June 2012

MALAYSIA TOLAK LABEL 'DEMOKRAT PALSU'




KEMENTERIAN Luar sedih dengan artikel dalam akhbar Kanada yang mengkategorikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebegai 'Demokrat Palsu', dengan meletakkkannya sebaris dengan autokrat lain dunia.

Tulisan itu, bertajuk "A 21st-century checklist of the new autocrats" disiarkan pada 8 Jun oleh The Globe and Mail.

Ia ditulis oleh ketua biro Beijing Mark Mackinnon, pemenang anugerah kewartawanan yang sudah mewawancara sebahagian pemimpin paling kontroversi dan terkemuka di seluruh dunia.

Antara mereka, ketua pembangkang Burma Aung San Suu Kyi, bekas pimimpin Soviet Mikhail Gorbachev, bekas perdana menteri Thailand Thaksin Shinawatra, Presiden Israel Shimon Peres dan Raja Abdullah daripada Jordan.

Dalam artikelnya, Mackinnon mengelaskan autokrat dalam empat kategori - demokrat palsu, egois gila, populis ganas dan kapitalis tanpa perasaan.

Najib dimasukkan dalam kategori pertama bersama Presiden Rusia Vladimir Putin, Presiden Palestin Mahmoud Abbas, Presiden Algeria Abdelaziz Bouteflika, perdana Menteri Ethiopia eles Zenawi dan Perdana Menteri Kambodia Hun Sen.

Bekas pemimpin yang pernah dikelaskan dalam kategori itu bekas presiden Yugoslavia Slobodan Milosevic dan bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.

Mackinnon menulis, pemimpin ini "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal".

12 comments:

  1. Mungkin itulah pandangan dari sudut kaca mata Mackinnon, bukannya pandang majoriti pemimpin atau rakyat dari luar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. pandangan yang tidak mencerminkan situasi sebenar di negara ini.. mungkin hanya berdasarkan satu sumber iaitu sumber yang pro kepada pembangkang di negara ini..

      Delete
  2. Datuk Najib must do his best to change the people's perception that he is a false democrat.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Different people with different perspective.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Kita tidak dapat kawal pandangan orasng terhadap kita.

    ReplyDelete
  5. itu pandangan mereka, masing2 ada pandangan.

    ReplyDelete
  6. Mungkin ini petandanya juga ada perkara yang perlu diperbaiki dari cara pemerintahan Najib.

    ReplyDelete
  7. Mungkin dengan cara sebegini baru dia rasa dirinya akan terkenal.

    ReplyDelete
  8. berusaha naikkan lagi nama Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berusaha untuk naikan nama M'sia,diharap M'sia terkenal dengan perkara yang baik2.

      Delete
  9. Mainkan pembangkang untuk mengaburi mata rakyat

    ReplyDelete
  10. "mengadakan pilihan raya tetapi tiada hasrat memberikan kuasa" dan "penentang politik seriusnya dipenjara dan parti mereka diharamkan atas alasan teknikal"

    tidak ada satu pun yang betul.. pertama, Pakatan berkuasa di empat buah negeri.. kedua, Anwar dan pemimpin2 pembangkang yang lain masih bebas kehulu kehilir menyebarkan agenda politk.. dan ketiga, buktikan mana parti pembangkang yang diharamkan??

    ReplyDelete