Saturday, 30 June 2012

WANITA HAMIL MALAYSIA SELUDUP DADAH


  



MELBOURNE : Seorang wanita hamil dari Malaysia yang menelan 34 until kecil heroin di Kuala Lumpur sebelum ditahan di lapangan terbang Melbourne pada Jumaat, dihukum penjara 14 bulan setelah mengaku bersalah mengimport heroin.

Akhbar The Age melaporkan, Hakim Mahkamah Daerah Gabriele Cannon menyelar Norazlinda Ramli, 35, dari Puchong, Selangor kerana sanggup membahayakan nyawa bayi yang dikandungnya dengan berkata tindakannya menjadi penyeludup dadah

Kata hakim itu walaupun Norazlinda, yang dijadual melahirkan bayi perempuan dan sudah diberi nama ‘Grace’ pada 15 Julai, berhasrat untuk tinggal bersama bayinya di dalam penjara, tetapi perkara itu akan diputuskan pihak berkuasa berkenaan.

Norazlinda, yang dipercayai menghadapi masalah kewangan, mengandung 12 minggu ketika menelan untilan dadah berkenaan dan menaiki pesawat Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke Melbourne pada 12 Februari.

Setelah ditahan para pegawai kastam, dia mengeluarkan untilan yang mengandungi 83.1 gram heroin tulen dan dianggarkan bernilai A$92,200 (RM298,101) di pasaran gelap.

Hakim Cannon berkata Norazlinda mendakwa dia tidak menyedari untilan berkenaan mengandungi heroin.

Dalam keterangan kepada polis, Norazlinda berkata dia didatangi seorang lelaki semasa bekerja di pusat beli-belah di Subang Jaya dua minggu sebelum menaiki pesawat dan diberitahu akan dibayar RM9,000 sekiranya dia menelan 80 until kecil dan pergi ke Australia.

Bagaimanapun, kata wanita ini, dia hanya dapat menelan 34 until.

Hakim Cannon berkata Norazlinda menerima tawaran lelaki berkenaan kerana ingin menyara keluarganya.

Norazlinda mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarganya ketika berusia 16 tahun dan mempunyai lima anak. Anak lelakinya meninggal dunia ketika berusia tiga tahun kerana masalah paru-paru tiga tahun lepas, manakala ibunya meninggal dunia akibat kanser pada 2009.

Rumah tangganya hancur pada 2010 apabila suaminya mengalami masalah mental dan kembali tinggal dengan keluarganya.

Berikutan itu, Norazlinda bersama anak-anaknya yang berusia 8, 11, 16 dan 19 tahun, terpaksa tinggal dengan bapa tirinya di sebuah pangsapuri tiga bilik.

Ketika bekerja di sebuah kedai pakaian, dia menjalin hubungan dengan lelaki bernama Abdul Ramen yang mengusahakan kedai runcit bersebelahan tempatnya bekerja.

Apabila hamil hasil hubungannya dengan Ramen, Norazlinda mengalami masalah kewangan untuk menanggung keluarganya dan ini mendorongnya bersetuju menelan untilan dadah berkenaan dan pergi ke Australia.

Hakim Cannon berkata Norazlinda boleh dikenakan hukuman maksimum 25 tahun penjara serta denda A$550,00, tetapi beliau mengurangkan hukuman itu setelah mengambil kira “masalah keluarga luar biasa yang dihadapinya.” (Bernama)

10 comments:

  1. Hopefully this sort of drug smuggling will be stopped.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. If one of those capsules breaks while still in the body, the drugs will soon spread through the bloodstream and it could be lethal.

    ReplyDelete
  3. desakan hidup sering dijadikan alasan mereka dalam melakukan kegiatan ini.

    ReplyDelete
  4. Macam mana tidak sedar untilan tersebut mengandungi dadah/heroin. kalau saya pun, pasti tertanya2 kenapa perlu makan benda tu dan untuk tujuan apa. takkan dia tidak syak sesuatu, dengan hanya makan untilan tu boleh dapat sampai RM9, 000??sebelum ni pun kita sering juga dengar wanita yang jadi keldai dadah. Rasanya, apa yang ada di fikiran wanita tu cuma 'DUIT', langsung tidak fikir akibatnya.

    ReplyDelete
  5. Tidak dapat bayangkan untuk menelan dadah2 ni semua.

    ReplyDelete
  6. Memang tidak mustahil perkara sebegini berlaku. Jika terdesak pasti sanggup buat apa saja demi meneruskan kehidupan.

    ReplyDelete
  7. dia tidak tanya ka apa benda yang lelaki itu minta dia telan??

    ReplyDelete
  8. satu perkara lagi yang menarik perhatian saya ialah, bagaimana dia boleh lepas pemeriksaan di KLIA tapi ditahan di Melbourne?? pihak KLIA patut meningkatkan keberkesanan pemeriksaan mereka..

    ReplyDelete