Oleh : NASPAZI
NEGARA Sabah telah dicampak
ke dalam longkang kemiskinan dan kehinaan sekian dekad; dan tiada sesiapa pun
yang lebih patut untuk bangun mendepani cabaran-cabaran jahat tersebut
melainkan rakyat Sabah sendiri melalui kesedaran dinamik dan kearifan baru yang
berhemah.
“World Bank confirms Sabah
as M'sia's poorest state. The World Bank (WB) in Washington has confirmed
through a new study that Sabah is not only the poorest state in Malaysia but
it's likely to stay that way for a considerable length of time given current
efforts in poverty eradication.” - Malaysiakini (Nov 11, 2010)
Justeru, penulis tidak
bermaksud untuk mempertikaikan laporan bank dunia yang mengesahkan bahawa Sabah
adalah negeri paling miskin di dalam Malaysia. Namun, penulis mempertikaikan
factor-faktor yang menjerumuskan Sabah ke lembah kemiskinan dan kehinaan.
Sabah
Dikhianati
Altantuya Shaariibu amat
berjasa kepada regim Malaya. Altantuya Shaariibu lima tahun bertungkus lumus
sebagai juru bahasa dan penterjemah kepada dokumen dalam projek pembelian Kapal
Selam Scorpene dengan janji Komisyen USD500,000 (Lima Ratus Ribu Dollar Amerika
Syarikat). Selepas urusniaga berjaya, tentulah Altantuya Shaariibu hendak
menuntut Komisyen yang dijanjikan kepadanya.
Malangnya, janji tinggal
janji. Akhirnya, Altantuya Shaariibu telah datang ke Malaysia demi menagih
janji tersebut. Namun, jawapan yang diterima adalah meletupkan Altantuya
Shaariibu dengan C4 sehingga jasadnya berkecai berjuta-juta. Demikianlah
kejamnya pengkhianatan regim Malaya terhadap Altantuya Shaariibu.
Demikian juga dalam soal
Projek Malaysia 1961 yang dimasyhurkan pembentukannya pada 16 september 1963.
Brunei tidak menyertai Projek Malaysia atas alasan tidak mahu dijajah atas nama
Malaysia dengan mengatakan "Adalah muktamad Brunei tidak mahu menyertai
Malaysia kerana tidak mahu menjadi tanah jajahan, taklok, rantau dan pesisir
kepada Malaya" – (Sultan Omar Ali Saifuddien III). Mana kala Singapura
pula, telah keluar Malaysia pada tahun 1965.
Projek Malaysia dalam
konteks negara Sabah, dua buah parti politik yang telah memainkan peranan utama
dalam usaha merealisasikannya iaitu, United Kadazan National Organisation
(UNKO) dan United Sabah National Organization (USNO).
Projek Malaysia, idea Tunku
Abdul Rahman telah memberi jaminan kepada negara Sabah bahawa, “The granting of
self-government too would enable Sabah to stand on its own feet as equal with
Malaya, Sarawak and Singapore.” - Sabah Times (August 30,1963).
Namun, realitinya pada hari
ini adalah sebaliknya. Sabah bukan sahaja diturunkan statusnya kepada negeri,
bahkan dimiskinkan angkara pengkhianatan regim Malaya. Dalam perjanjian
Malaysia 1963 dan 20 Perkara, dinyatakan dengan jelas tentang hak-hak Sabah
dalam Negara Komponen Malaysia.
Malangnya, pengamal politik
Sabah sendiri yang menafikan kewujudan hak-hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia
1963 melalui Perkara 20 sebagai tidak sah! Justeru, kalau Perkara 20 tidak sah;
yang menjadi intipati kepada penyertaan negara Sabah dalam perjanjian Malaysia
1963, maka kenapa kewujudan Malaysia atas nama Sabah Sarawak Malaya masih sah?
Kenapa regim Malaya berhak
melaungkan ‘hak ketuanan melayu; hak istimewa melayu; 1melayu, 1bumi’
sedangkan, pada masa yang sama negara Sabah tidak berhak mempertahankan 20
Perkara yang menjadi haknya dalam Perjanjian Malaysia 1963? Kalau regim Malaya
terasa dirinya ada hak dalam Negara Komponen Malaysia, maka kenapa 20 Perkara
yang menjadi hak negara Sabah dalam Negara Kompnen Malaysia dinafikan?
Bukankah penafian regim
Malaya terhadap hak-hak negara Sabah dalam Negara Komponen Malaysia sebagai
lambang kepada pengkhianatannya terhadap Sabah Sarawak yang menjadi rakan
kongsinya dalam Negara Komponen Malaysia; atau regim Malaya hanya berselindung
disebalik nama Malaysia untuk menghisap dan merompak hasil Sabah Sarawak?
Hasil
Sabah Dihisap
Menurut Awang Ahmad Sah
Datuk Awang Sahari, Malaya memungut melebihi RM36 Billion setahun - (Januari
19, 2012). Menurut Datuk Dr Jeffrey Kitingan pula menyatakan bahawa, hasil
Sabah berjumlah RM41 billion setahun - (Mei 7, 2012).
Kalau begitu, Sabah bukan
negeri termiskin di dalam Malaysia! Dengan kata lain, Sabah menjadi termiskin
di dalam Malaysia kerana sengaja dimiskinkan, lantaran pengkhianatan nyata oleh
regim Malaya terhadap 20 Perkara yang menjadi hak Sabah dalam Perjanjian
Malaysia 1963.
Sesungguhnya, tanpa
pengkhianatan regim Malaya terhadap 20 Perkara, tidak mungkin mereka dapat
menghisap sekian banyak hasil negara Sabah ke negara Malaya. Yang demikian,
penulis menjabarkan soalan, sama ada Sabah negeri paling miskin di dalam
Malaysia; atau Malaya yang menjadi komponen negara termiskin di dalam Malaysia?
Namun, Negara Malaya menjadi kaya kerana telah menggigit tangan Malaysia Timur
yang menyuapnya!
Justeru, jika regim Malaya
telah menghisap hasil Sabah, sehingga jatuh menjadi negeri yang paling miskin
di dalam Malaysia, melalui pengkhianatan terhadap 20 Perkara yang menjadi hak
Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963, maka adalah menjadi tanggungjawab
golongan professional dan cendekiawan Sabahan untuk berhenti dari menjadi kuli
dan barua kepada parti-parti Malaya, di samping membina ‘esprit de corp’ atau
semangat berpasukan demi mendaulatkan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963
sebagaimana berikut :
DUA PULUH PERKARA ASAS
PERSEKUTUAN MALAYSIA
PERKARA 1: AGAMA
Walaupun tidak ada bantahan
kepada ketetapan bahawa Islam sebagai agama rasmi Malaysia, namun di Borneo
Utara tidak ada agama rasmi Negeri, dan peruntukan-peruntukan yang berkaitan
dengan Islam di dalam Perlembagaan Malaya sekarang ini tidak berkuatkuasa
terhadap Borneo Utara.
PERKARA 2: BAHASA
(a) Melayu merupakan bahasa
kebangsaan Persekutuan;
(b) Inggeris hendaklah terus
digunakan, bagi tempoh 10 tahun selepas hari Malaysia.
(c) Inggeris hendaklah
menjadi bahasa rasmi Borneo Utara bagi semua maksud Negeri atau Persekutuan,
tanpa ada penghadan waktu.
PERKARA 3: PERLEMBAGAAN
Perlembagaan Persekutuan
Malaya sekarang diterima sebagai asas kepada Perlembagaan Malaysia,
bagaimanapun Perlembagaan Malaysia itu haruslah merupakan satu dokumen yang
baru sepenuhnya, didraf dan dipersetujui dengan adanya persatuan bebas
negeri-negeri dan bukannya satu siri pindaan kepada Perlembagaan yang telah didraf
dan dipersetujui oleh negeri-negeri berasingan dalam keadaan yang berbeza
sama-sekali. Satu Perlembagaan baru bagi Borneo Utara, sudah tentu penting.
PERKARA 4: KETUA PERSEKUTUAN
Ketua Negeri di Borneo Utara
tidak tertakluk untuk pemilihan dalam pilihan raya sebagai ketua Persekutuan.
PERKARA 5: NAMA PERSEKUTUAN
“Malaysia” dan bukannya
“Melayu Raya”.
PERKARA 6: IMIGRESEN
Kuasa Imigresen ke dalam
mana-mana bahagian Malaysia dari luar haruslah terletak pada tangan Kerajaan
Pusat, tetapi kemasukan ke Borneo Utara hendaklah juga mendapatkan kelulusan
kerajaan Negara (Borneo Utara). Kerajaan Persekutuan tidak boleh memberi kuasa
kepada kemasukan seorang ke Borneo Utara bagi maksud Kerajaan Negara kecuali
atas dasar keselamatan yang ketat. Borneo Utara haruslah mempunyai kuasa yang
bebas terhadap pergerakan seseorang, selain daripada mereka yang bekerja dalam
perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, dari bahagian lain di Malaysia yang memasuki
dalam Borneo Utara.
PERKARA 7: HAK BERPISAH
Sepatutnya tidak ada hak
untuk menarik diri dari Persekutuan.
PERKARA 8: BORNEONISASI
Pemborneosisasian
perkhidmatan awam hendaklah dilaksanakan seberapa segera yang boleh.
PERKARA 9: PEGAWAI BRITISH
Setiap usaha hendaklah
dibuat untuk menggalakkan para pegawai British supaya kekal di dalam
perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil alih oleh orang-orang
Borneo Utara yang sesuai dan berkelayakan.
PERKARA 10: KEWARGANEGARAAN
Syor di perenggan 148 (k)
Laporan Suruhanjaya Cob Bold hendaklah meliputi hak kewarganegaraan penduduk
Persekutuan Borneo Utara tertakluk kepada pindaan berikut:
(a) perenggan (i) tidak
seharusnya mengandungi syarat mengenai permastautin lima tahun;
(b) untuk dikaitkan dengan
undang-undang kami, perenggan (ii) (a) hendaklah berbunyi “tujuh daripada
sepuluh tahun”, dan bukannya “lapan daripada dua belas tahun”;
(c) perenggan (iii)
Kewarganegaraan ibu bapa tidak seharusnya mengandungi sebarang penghadan -
seseorang yang lahir di Borneo Utara selepas Malaysia hendaklah menjadi
warganegara Persekutuan.
PERKARA 11: TARIF DAN
KEWANGAN
Borneo Utara hendaklah
mengekalkan kuasa mengawal ke atas kewangannya sendiri, tabung pembangunan dan
tarifnya sendiri, dan hendaklah mempunyai hak untuk memungut cukai sendiri dan
untuk mendapatkan pinjaman kredit sendiri.
PERKARA 12: KEDUDUKAN KHAS
KAUM ASLI
Pada prinsipnya, kaum-kaum
asli Borneo Utara hendahlah menikmati hak khusus setanding dengan apa yang
dinikmati oleh masyarakat Melayu di Malaya, tetapi formula yang diamalkan di
Malaya berhubung dengan perkara itu sekarang ini tidak semestinya diamalkan di
Borneo Utara.
PERKARA 13: KERAJAAN NEGERI
(a) Perdana Menteri (Prime
Minister) hendaklah dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan;
(b) Perlu wujud satu sistem
kementerian yang betul di Borneo Utara.
PERKARA 14: TEMPOH PERALIHAN
Tempohnya ialah tujuh tahun
dan dalam tempoh itu kuasa perundingan hendaklah terletak kepada Negeri Borneo
Utara mengikut Perlembagaan dan bukan setakat yang diamanahkan kepada kerajaan
Negeri oleh Kerajaan Persekutuan.
PERKARA 15: PENDIDIKAN
Sistem Pendidikan Borneo
Utara yang sedia wujud hendaklah dikekalkan dan atas sebab ia haruslah terletak
di bawah kuasa Negeri.
PERKARA 16: PERLINDUNGAN
PERLEMBAGAAN
Tidak ada pindaan,
pengubahasuaian atau penarikan semula
yang harus dibuat terhadap mana-mana perlindungan khusus yang diberikan
kepada Borneo Utara oleh Kerajaan Negeri Borneo Utara.
Kuasa meminda Perlembagaan
Negeri Borneo Utara harus dimiliki secara eksklusif kepada rakyat di negeri
ini. (Nota: Parti Bersatu, Parti Demokratik dan Parti Pasok Momogun menganggap
bahawa majoriti tiga perempat diperlukan untuk melaksanakan apa-apa pindaan
kepada Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, manakala UNKO dan USNO
menganggap bahawa majoriti dua pertiga sudah mencukupi).
PERKARA 17: PERWAKILAN DALAM
PARLIMEN PEREKUTUAN
Ini harus mengambil kira
bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga keluasan serta potensinya
serta dalam apa hal sekalipun tidak seharusnya kurang daripada perwakilan
Singapura.
PERKARA 18: GELARAN KETUA
NEGERI
Yang di-Pertua Negara.
PERKARA 19: NAMA NEGERI
Sabah / Sarawak.
PERKARA 20: TANAH, HUTAN,
KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN
Peruntukan di dalam
Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa Majlis Tanah Negara tidak
seharusnya tertakluk kepada Borneo Utara. Begitu juga Majlis Tanah Negara bagi
Kerajaan Tempatan tidak berkuatkuasa di Borneo Utara.:)
PERJANJIAN BERKENAAN DENGAN
PENUBUHAN MALAYSIA 1963
Perjanjian berkenaan dengan
penubuhan Malaysia antara United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland,
Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura.
1. Kerajaan United Kingdom of
Great Britain dan Northern Ireland,
2. Kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu,
3. Kerajaan Borneo Utara,
4. Kerajaan Sarawak dan
5. Kerajaan Singapura
United Kingdom of Great
Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak
dan Singapura;
Oleh kerana hendak membuat
suatu perjanjian berkenaan dengan Malaysia;
Bersetuju saperti di·bawah
ini:
Perkara I
Tanah2 Jajahan Borneo Utara
dan Sarawak dan Negeri Singapura hendak-lah di-sekutukan dengan Negeri2
Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang sa-bagai Negeri Sabah, Negeri
Sarawak dan Negeri Singapura mengikut surat2 perlembagaan yang di-kembarkan
kapada Perjanjian ini dan Persekutuan itu kemudian daripada itu hendak-lah
di-namakan « Malaysia ».
Perkara II
Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya
menentukan bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu
Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran A kapada Perjanjian ini,
dan behawa Undang2 itu di-jalankan kuat kuasa-nya pada 31 haribulan Ogos, 1963
(dan tarikh Undang2 tersebut di-jalankan kuat kuasa-nya itu sa-lepas ini
di-gelar « Hari Malaysia »).
Perkara III
Kerajaan United Kingdom akan
menyembahkan ka-bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen sa-belum Hari Malaysia
Perentah2 dalam Majlis Meshuarat bagi maksud menguat kuasakan Undang2 Tuboh
Kerajaan Negeri2 Sabah, Sarawak dan Singapura sa-bagai Negeri2 di-dalam
Malaysia saperti yang di-tetapkan dalam Kembaran2 B, C dan D kapada Perjanjian
ini.
Perkara IV
Kerajaan United Kingdom akan
mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya menentukan bahawa
Parlimen United Kingdom akan meluluskan suatu Undang2 supaya mulai daripada
Hari Malaysia kedaulatan dan kuasa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen berthabit
Negeri Borneo Utara, Sarawak dan Singapura di-mansohkan, dan kedaulatan serta
apa2 kuasa tersebut hendak-lah di-serahkan mengikut Perjanjian ini dan surat2
perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini.
Perkara V
Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka kapada-nya supaya
menentukan sa-belum Hari Malaysia bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan
meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran E
kapada Perjanjian ini bagi maksud meluas dan menyesuaikan Undang2 Imigeresen
Tahun 1959, Persekutuan Tanah Melayu, ka-Malaysia dan menambah isi2 kandongan
berkenaan dengan masok ka-Negeri2 Sabah dan Sarawak; dan isi2 kandongan yang
lain dalam Perjanjian ini hendak-lah bergantong kapada Undang2 tersebut itu
diluluskan.
Perkara VI
Perjanjian berkenaan dengan
Pertahanan Luar Negeri dan Bantuan Bersama antara Kerajaan United Kingdom
dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang bertarikh 12 haribulan Oktober,
1957, dan kembaran2-nya hendak-lah berkuat kuasa di-semua wilayah Malaysia, dan
apa2 sebutan dalam Perjanjian itu kapada Persekutuan Tanah Melayu hendak-lah
disifatkan sa-bagai sebutan kapada Malaysia, terta’alok kapada sharat behawa
Kerajaan Malaysia akan memberi kapada Kerajaan United Kingdom hak menggunakan
lagi pengkalan2 dan Iain2 kemudahan yang pada masa ini di-gunakan oleh pehak2
berkuasa Tentera-nya dalam Negeri Singapura dan akan membenarkan Kerajaan
United Kingdom menggunakan pengkalan2 dan kemudahan2 itu sa-bagaimana yang
di-fikirkan mustahak oleh Kerajaan itu bagi maksud membantu dalam usaha
mempertahankan Malaysia dan bagi pertahanan Commonwealth dan bagi memelihara
keamanan di-Asia Tenggara. Perlaksanaan Perjanjian tersebut hendak-lah
terta’alok kapada isi2 kandongan Kembaran F kapada Perjanjian ini (terutama-nya
berkenaan dengan tanah2 tentera di-Singapura).
Perkara VII
(1) Persekutuan Tanah Melayu
bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen boleh sa-belum Hari
Malaysia membuat Perentah2 Dalam Majlis Meshuarat mengikut chara yang
di-tetapkan dalam Kembaran G kapada Perjanjian ini bagi maksud membuat
peratoran bayaran2 sagu hati dan faedah2 masa bersara kapada sa-tengah2 pegawai
seberang laut yang berkhidmat, sa-belum sahaja Hari Malaysia, dalam
perkhidmatan ‘awam Tanah Jajahan Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak.
(2) Pada Hari Malaysia atau
sa-berapa segera-nya Perjanjian2 Pegawai2 Kerajaan mengikut chara yang
di-tetapkan dalam Kembaran2 H dan I kapada Perjanjian ini hendak-lah di-tanda
tangani bagi pehak Kerajaan United Kingdom dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan
Malaysia hendaklah meminta persertaan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau
Negeri Singapura, berkenaan dengan Kerajaan Malaysia menanda tangani Perjanjian
itu sa-takat mana sharat2 Perjanjian itu mengenai tanggong-jawab2 atau
kepentingan2 Kerajaan Negeri itu.
Perkara VIII
Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu, Kerajaan Borneo Utara dan Kerajaan Sarawak akan mengambil tindakan membuat
Undang2, menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak bagi melaksanakan
jaminan2, pengakuan2 dan shor2 yang terkandong dalam Bab III dan Kembaran2 A
dan B kapada Penyata Jawatan Kuasa Antara Kerajaan yang di-tanda tangani pada
27 haribulan Februari Tahun 1963, sa-takat mana jaminan2, pengakuan2 dan shor2
itu tiada di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu dalam Perlembagaan
Malaysia.
Perkara IX
Isi2 kandongan Kembaran J
kapada Perjanjian ini berthabit pasaran bersama dan peratoran kewangan
hendak-lah menjadi Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan
Kerajaan Singapura.
Perkara X
Kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu dan Kerajaan Singapura akan mengambil tindakan membuat Undang2
menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak bagi melaksanakan atoran2
berkenaan dengan siaran radio dan television yang di-tetapkan dalam Kembaran K
kapada Perjanjian ini sa-takat mana atoran2 itu tiada di-laksanakan dengan isi2
kandongan yang tertentu dalam Perlembagaan Malaysia.
Perkara XI
Perjanjian ini hendak-lah
di-tanda tangani dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kechuali Kembaran2-nya
ada-lah di-dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika ada persalahan faham maka naskhah
bahasa Inggeris hendak-lah di-gunakan.
BAGI MENYAKSIKAN Perjanjian
ini, yang menanda tangan di-bawah ini dengan mendapat kuasa berbuat demikian,
telah menanda tangan Perjanjian ini.
DI-PERBUAT di-London pada
sembilan haribulan July, tahun 1963 sabanyak lima naskhah, satu naskhah
daripada-nya hendak-lah di-simpan oleh tiap2 Pehak yang membuat Perjanjian ini.
Bagi pehak United Kingdom:
[HAROLD MACMILLAN]
[DUNCAN SANDYS]
[LANSDOWNE]
Bagi pehak Persekutuan Tanah
Melayu:
[T. A. RAHMAN]
[ABDUL RAZAK]
[TAN SIEW SIN]
[V. T. SAMBANTHAN]
[ONG YOHE LIN]
[S. A. LIM]
Bagi pehak Borneo Utara:
[DATU MUSTAPHA BIN DATU
HARUN]
[D. A. STEPHENS]
[W. K. H. JONES]
[KHOO SIAK CHIEW]
[W. S. HOLLEY]
[G. S. SUNDANG]
Bagi pehak Sarawak:
[P. E. H. PIKE]
[T. JUGAH]
[ABANG HAJI MUSTAPHA]
LING BENG SIEW
[ABANG HAJI OPENG]
Bagi pehak Singapura:
[LEE KUAN YEW]
[GOH KENG SWEE]
Beri kuasa autonomi kepada Sabah supaya dapat mentadbir negeri sendiri seperti apa yang sudah termeterai dalam 20 Perkara.
ReplyDeletekita harus bersabar dan memang tidak senang mendapatkan kuasa autonomi.
DeleteIllegals are the biggest contributor of the poverty problem.
Deletekalau ada kuasa autonomi, adakah keadaan sekarang akan berbeza?
DeleteGood question Mike. I doubt the situation would be any much different than now if Sabah has autonomy power.
DeleteBut, hopefully i'm wrong. Sabah should be given its autonomy power.
DeleteApakah unsur utama kemiskinan di Sabah? Pemimpin? Rasuah? Perjanjian 20 perkara? PATI?
Deleteperkara 20 adalah perkara yang boleh menjaga hak2 dan kepentingan Sabah, ia harus dilaksanakan sepenuhnya.
ReplyDeleteHarap hak orang sabah akan dipertahankan.
DeleteIndeed but somehow it has been politicized.
Deletebersama kita perjuangkan perkara 20.
ReplyDeleteLets do it.
DeletePerjuangan ini harus diteruskan agar hak rakyat di Sabah dapat dibela.
DeleteHarus juga kerajaan negeri memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.
Deletetelah banyak ditunjunkkan tapi kenalah menunggu kerajaan untuk mengambil perhatian tentang ini.
ReplyDeleteseharusnya rakyat sabah yang patut mengambil perhatian akan perkara ini...kerajaan hanyalah sebagai medium..
DeleteSabah rights should be prioritized.
ReplyDeleteperjanjian 20 perkara haruslah dilaksanakan dan ditunaikan sepenuhnya..
ReplyDeletePersonally I think Sabah is no longer the poorest state in the whole country. We are catching up actually. Thanks to the government efforts.
ReplyDeleteHardcore poverty exist anywhere in the world, not just in Sabah.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Even in Semenanjung, there are many hardcore poor as well. Sabah seems like the poorest because of the high number of illegal immigrants in the state.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Tiada rekod Altantuya Shariibu masuk ke Perancis. Macam mana isu itu boleh timbul? Snegaja direka-reka?
ReplyDeleteStatus kemiskinan harus diperbaiki dengan perancangan ekonomi yang lebih merancang dan berperingkat.
ReplyDeleteHarapkan pembangunan memasuki kawasan luar bandar yang masih mengalami masalah bekalan asas.
DeleteRakyat juga harus berusaha untuk membaiki pendapatan.
ReplyDeletePATI another root of the poverty. Thus, its needed to resolve soon.
ReplyDeleteSerahkan kes ini kepada kerajaan untuk menanggani melalui RCI.
Deletethe opposition was manipulating the World Bank's 2010 Malaysia Economic Monitor (MEM) Report that Sabah is the poorest State, for its own political interest and mileage.
DeleteKerajaan persekutuan harus melihat sendiri mengenai perkara sebegini. Inilah yang memerlukan bantuan daripada kerajaan.
ReplyDeleteKita percaya kerajaan akan serius menangani isu ini di Sabah. Tambahan lagi kita dapat lihat yang mana pelbagai peruntukkan dan pembangunan sedang membangun di Sabah untuk meningkatkan ekonomi penduduk Sabah itu sendiri.
ReplyDeletePembangunan dan projek SDC akan mengurangkan kadar kemiskinan.
ReplyDeleteSabah tidak harus digelar negeri termiskin sedangakn sumber alam semulajadi yang cukup menjana pendapatan yang berterusan.
ReplyDeleteSabah mempunyai Sumber yang banyak, dijangka Sabah mampun untuk jadi lebih maju.
ReplyDeletemelalui pelbagai usaha dan projek seperti SOGT dan SAMUR, ekonomi Sabah berpotensi untuk terus berkembang.
ReplyDeleteharap usaha yang berterusan akan menjadikan ekonomi Sabah terus berkembang.
Deletegovernment’s poverty eradication aid must be complimented by the people’s strong desire to be removed from the grasp of poverty. Only then, can the government’s objective toward poverty eradication be met
ReplyDeletepelagai usaha dibuat untuk meningkatkan ekonomi rakyat seperti bantuan 1Azam.
ReplyDelete10 tahun akan datang, isu yang sama tetap akan digunakan iaitu 'bank dunia mengesahkan Sabah negeri termiskin' sekiranya Pakatan masih membangkang.. itu saja la yang dipusing2 sekalipun negeri ini telah banyak berubah..
ReplyDeletejika bank dunia cakap Sabah negeri terkaya, mesti akan ada suara2 sumbang mempertikaikan dengan menuduh kerajaan membayar bank duni untuk mengeluarkan kenyataan itu.. begitulah pembangkang di negara ini yang semakin hari semakin berkobar2 mahu mendapatkan jawatan kabinet persekutuan..
ReplyDeleteSabah continued to record strong economic growth, with the services sector remaining the biggest contributor to its gross domestic product (GDP), according to the data gathered by the National Statistics Department (NSD).
ReplyDeleteThe latest statistics published by the department showed the sector contributed about 50.4 per cent to Sabah’s overall GDP, followed by agriculture at 22.9 per cent, mining and quarrying 16.9 per cent, manufacturing 7.9 per cent and construction 1.4 per cent.
ReplyDeleteA census conducted by the department among 22,119 business entities in Sabah last year found 18,047 of them or 81.6 per cent were in the services sector.
ReplyDeleteNSD head Dr Abdul Rahman Hasan said this was in tandem with the country’s effort towards achieving a developed nation status, by emphasising on the shift to service-driven economy.
ReplyDeleteBased on the statistics, the country is heading in the right direction as underlined in the Economic Transformation Programme that aims to grow the services sector from 58 per cent in 2009 to 65 per cent by 2020.
ReplyDeleteA handout containing key statistics at the function showed Sabah recorded a steady increase in exports and trade balance over the last three years.
ReplyDeleteLast year, the state’s export value stood at RM49.4 billion with trade surplus of RM16.6 billion, a significant increase from RM37.2 billion exports and RM11.2 billion trade surplus recorded in 2009.
ReplyDeletePalm oil represented the biggest chunk of Sabah’s exports in 2011 at 38.8 per cent, followed by crude petroleum at 32.88 per cent.
ReplyDeleteChina was Sabah’s biggest export destination, importing RM10.9 billion worth of products or 22.1 per cent of the state’s exports last year, while Peninsular Malaysia remained the biggest exporter to Sabah accounting for RM15.75 billion or 48.1 per cent of the total imports.
ReplyDeleteOther positive indicator of Sabah’s economic health was the relatively low unemployment rate of 5.2 per cent that had remained stagnant despite increase in population.
ReplyDeleteThe principal statistics on employment for last year showed that there were over 1.64 million people in the labour force in Sabah, a visible increase from almost 1.59 million in 2010 and 1.35 in 2009.
ReplyDeleteAccording to the statistics, there were only about 85,200 unemployed citizens in Sabah last year, a slight increase from the estimated 82,100 and 74,600 in 2010 and 2009 respectively.
ReplyDeleteMeanwhile, Sabah Statistics Department director, Norezan Wahid, when delivering a talk at the event, said Sabah recorded the biggest gross output in agriculture compared to other states in the country.
ReplyDeleteHe said Sabah produced RM13.21 billion or 24.7 per cent of the total of RM53.45 billion agricultural output in Malaysia last year.
ReplyDeleteIn the manufacturing sector, Sabah contributed RM34.1 billion or 4.1 per cent to the country’s total output, not including RM4.6 billion or 2.7 per cent in value-added products.
ReplyDeleteIn the construction sector, the state recorded RM7.4 billion, equivalent to 8.1 per cent and the fifth highest in the country.
ReplyDeleteAbout 6.5 per cent of 591,137 organizations and business entities under the sub-sector category were also operating in Sabah, said Norezan.
ReplyDeleteGreat post. I am a regular visitor of your web site and appreciate you taking the time to maintain the nice site. I will be a frequent visitor for a really long time. اجراءات الخلع في السعودية
ReplyDelete