Friday, 29 June 2012

PEMIMPIN BN, PEMIMPIN TAHI KUCING?




BERLUBANG….Taufick dan rombongannya memeriksa kerosakan Jalan Kg Tunon Lubak yang sekian lama dibiarkan begitu saja  tanpa diambil peduli oleh ADUN Klias.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

"MANA sudah perginya janji-janji Wakil Rakyat Klias dan Ahli Parlimen Beaufort untuk memberikan pelbagai kemudahan kepada penduduk Kampung Tunon Lubak kerana sehingga ke hari ini habukpun tiada?

"Memang benar para pemimpin UMNO/BN hanya pandai bercakap tetapi tidak serupa bikin. Ini jelas  kelihatan kerana kerosakan jalan masuk menuju ke kampung Tunon Lubak dalam kawasan DUN Klias dan Parlimen Beaufort sudah hampir tiga tahun tidak pernah dibaiki atau dinaik taraf sedangkan kerajaan BN memperoleh peruntukan berjuta-juta ringgit untuk menyelenggara dan menaik taraf jalan-jalan kampung yang bermasalah."

Timbalan Ketua Cabang Parti KeADILan Rakyat (PKR) Beaufort, Taufick Ruschi, berkata demikian kepada Sabahkini. Net sejurus selepas lawatannya ke kampung Tunon Lubak, kelmarin.

Menurut Taufick, beliau menerima banyak aduan daripada para penduduk kampung mengenai kerosakan jalan tersebut yang sekian lama tidak diambil perhatian oleh kerajaan.

“Sebagai pembangkang kita tidak mampu untuk membantu kepada rakyat kerana PKR belum lagi menjadi kerajaan, tetapi kita juga mempunyai tanggungjawab yang sama untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai masalah rakyat,” tambahnya.

Taufick menambah, penduduk kampung telah mengadu kepada Pejabat Wakil Rakyat khususnya Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Klias, tetapi sehingga ke hari ini langsung tiada sebarang tindakan walaupun pelbagai janji telah dilafazkan.

Pemimpin BN 'Tahi kucing berjiwa rakyat' jelas Taufick, hanya tahu masuk kampung keluar kampung bercakap bertubi-tubi sambil mendakwa hanya UMNO dan BN mampu membawa kemajuan dan menaiktaraf segala kemudahan asas di setiap kampung; tetapi kerosakan jalan di Kampung Tunon Lubak dibiarkan begitu sahaja,

"Ini kali lah UMNO/BN akan menerima hukuman daripada rakyat pada PRU 13 nanti kerana rakyat sudah jelak dengan sikap angkuh dan sombongan pada pemimpin UMNO/BN termasuk para pegawai kerajaan.

"Bila mereka nampak penyokong pembangkang yang berurusan untuk melaporkan sesuatu masalah yang berlaku, mereka pura-pura keluar dengan alasan ada urusan lain di luar. Inilah kejahilan dan kebiadapan para pegawai dan kakitangan kerajaan melayan para penyokong pembangkang. Tidak apa, kita hukum mereka pada PRU 13  nanti,” jelas Taufick.

No comments:

Post a Comment